Saturday, June 06, 2009

Pemaduan mentality ulama' dan intelektual

Timbul isu di Malaysia. Dalam PAS ada kem ‘erdogan’. Di malaysia kejap dulu ‘protaz’. Ada juga yang bawak konsep ‘profesional muslim’. Tapi selagi masih belajar kita bukan profesional. 

(Saya exclude diri awal-awal. Maaf bebanyak… saya tak termasuk golongan “erdogan”, “protaz”, “professional muslim”. Saya belajar setakat untuk keperluan diri dan keluarga. Setakat borak-borak boleh. Tapi ambik apa saya kata, save sebagai permanent file. Itu tak betul. Melainkan saya naqal dari ulama’ rabbani. Itu save sebagai permanent protected file. Taknak save, takpe. Dunia kan liberal sekarang. Mana suka ambik, mana tak suka buang. Saya otak konservatif. Old school punya minda. Apa Dr kuliah kata, terima. Apa ulama’ kata, terima. Biasalah, budak primary school. Tak faham baru tanya.  Orang universiti lain, Dr faculty ngajar. Abis kelas, gie library. Check balik betul tidak Dr ngajar. Itu baru mahasiswa berhemah tinggi. Barat kan begitu…Dr memang nak student argue mereka, jangan terima bulat-bulat. Tp barat tak hilang hormat pada academician. Tetapi kita hilang hormat pada ulama’.)

Membezakan manusia atas kerjaya nie idea sape nie? Saya terpikir sape yang mula datangkan konsep mengklasfikasikan manusia berdasarkan kerjaya.
• Islam bezakan manusia dengan iman. Kafir dan muslim. Dalil cari sendiri.
• Islam bezakan muslim dengan taqwa. Dalil cari sendiri.
• Islam bezakan mu’min dengan ilmu (bukan dengan kerjaya). Ini saya bagi dalil. 
يَرْفَع اللَّه الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُم والَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْم دَرَجَات
 
Membeza-bezakan manusia atas dasar kerjaya nie, kesan dari pemikiran secular. Idea-idea secular dibina atas dasar pemisahan agama dari kehidupan. Cabut nilai iman, nilai agama dari dibenarkan “bermain” dalam lapangan kehidupan. 
 Maka pertembungan antara golongan professional dan ulama’ tidak boleh sama sekali berlaku. Kerana itu tok guru nik aziz bila wartawan tanya tentang “erdogan” dan “ulama”, dia “pancung” asas yang tak betul awal-awal. Takde dah ulama’-ulama’ yang tak professional. Ulama sekarang professional belaka. Orang alim kalau cakap jauh beza kan… Allahh.
Lawan ulama’ ialah ulama’. Bila masuk politik, letak luar gelanggang title Dr dan Ir. Ini yang Dr Mahathir kena ‘pancung’ balik dengan tok guru nik aziz (tok guru lagi yer..) bila Dr Mahathir kata tok guru nik aziz balik dok pondok. Tok guru balas, mu balik dok klinik. Hoorreyyy….. applause.
 Ayat diatas menerangkan, manusia ini memang dilebihkan antara satu sama lain dengan ilmu. Kita dilebihkan kerana ada ilmu medic. Teman-teman kita dilebihkan kerana ada ilmu lain. Dalam medic, mungkin kita lebih dari teman-teman yang belajar pharmacy. Tetapi dalam ilmu pharmacology, mereka itu lebih dari kita. Kita bukan sentiasa superior. Tapi ulama’ kita dilebihkan dengan ilmu agama. Ilmu agama ini atas semua ilmu-ilmu lain. Mereka sentiasa superior dalam konteks ilmu secara umum. Kerana itu secular pisah ilmu agama dalam pendidikan. Mereka tak benarkan ilmu-ilmu lain duduk bawah ilmu agama. Mereka taknak ilmu mereka dikawal oleh agama. Tak maju… seperti apa yang berlaku sebelum zaman Renaissance. Sebab agama mereka tak lengkap. Sebab paderi mereka penipu. Mereka sumbat paderi dalam gereja. Bagi mereka berperanan “ampun dosa” aja. Mereka naikkan golongan cerdik pandai. Profesional. Nie konsep kedudukan manusia dalam masyarakat pada pandangan secular.
 Kita kena buat opposite way. Kita perlu bebaskan ulama’ kita dari masjid dan pondok. Kita kena duduk bawak ulama’. Kita ummat Nabi Muhammad yang terbaik. Terbaik apabila kita junjung agama. Julang mereka yang ada ilmu agama. Kemuliaan ulama ini, Allah yang bagi. Kerana itu kita kena letak mereka paling atas. Kalau kita nak jugak duduk kerusi sebaris dengan mereka. Maka kena rintih, kena lalu, kena ikut jalan untuk menjadi ulama’. Bila saya kata ikut jalan ulama’, kena belajar bermanhaj(rujuk post yang lalu). Serupa kalau ulama’ nak jadi doctor, kena belajar bermanhaj. 
 Ummat ini hendak maju, ulama’ rabbani kena diberi tempat sewajar bagi mereka. Kena letak kerusi VIP pada mereka. Dalam mesyuarat ulama’ kena ada. Bukan kita ambil peranan ulama’. Kita ada idea yang bernas dalam apa jugak bidang; ekonomi, pendidikan, pertahanan, kesihatan, politik. Bawak kepada ulama’, bagi ulama’ nilai. Nape kita nak sangat kredit kepada idea yang bernas? Nak sangat orang nampak kita yang bawak, bukan ulama’. Sebab kita hilang rasa hormat dengan ulama’. Kita tidak thiqah dengan ulama’. Kita nampak ulama’ kita lekeh. Serupa macam barat nampak paderi mereka. Bagi ulama’ tempat untuk baca doa aja. Nak ambik berkat semata. 
 Kalo businessman, jmpa ulama mntak doa untung berniaga. Hukum berniaga taknak tanya. Kalo politician, nak pilihanraya mntak doa ulama, tapi bila menang 4 tahun lagi baru nampak muka. Kalo student, nak exam mntak doa lulus peksa. Ngaji ilmu taknak plak. Dulu saya pernah berziarah sorang ulama’ nama Tok Guru Ayah Chik Kodiang.(meninggal dah, masa tue umur pun dah lewat 90an). Nak balik biasalah mntak doa orang alim. Dia bacalah jugak doa, tapi dia kata “orang mntak doa ulama’ nie orang yang malas beramal”. Haha..kena sebijik.
 Kesan pendidikan secular menjadikan status ulama’ sama level dengan professional. Biarpun ini bukan totally idea radical secular ( secular nak ulama’ duduk bawah sekali). Turning 90 degree dengan menyamakan status ulama’ dan professional masih tidak cukup lagi. Kena turn 180 degree. 
 Selesai saya menulis bahagian diatas, saya kembali membaca 2 post; “Kepimpinan Ulama di Bawah Suluhan Sejarah”dan “ulama dan intelektual” yang diulas oleh ustaz hasrizal berdasarkan apa yang diucapkan oleh Allahyarham ustaz yusuf rawa. Saya merasa ada contradiction dengan apa yang dinyatakan diatas, dengan pemahaman ulama’ rabbani seperti Allahyarham ustaz yusuf rawa. Saya mencari titik pertemuan antara apa yang saya faham dengan apa yang dinyatakan oleh ustaz hasrizal. Mencari titik pertemuan pandangan ulama’ rabbani seperti Ustaz Ahmad Awang yang merasakan jawatan Presiden dan Timb. Presiden boleh dijawat oleh intelektual sementara ust Daud Iraqi berpandangan sebaliknya. saya cenderung dengan pandangan Ust Daud Iraqi. Konservatif punya otak, biasalah. 
 Benar, “memadukan pemikiran” itu perlu berlangsung antara ulama’ dan profesional. Tetapi proses itu perlu berlangsung secara vertical dan bukan horizontal. Ulama’ berada diatas, profesional berada dibawah ulama’. Kerana kemuliaan ulama’ lebih tinggi. Ini tidak bererti PAS berkonsepkan kepimpinan Mullah. Kerana konsep itu menafikan perkongsian pemikiran secara mutlak. 
 Kita lihat biarpun pemimpin-pemimpin PAS berbeza pendapat tetapi mereka ittifaq pada konsep perkongsian pemikiran secara vertical. Khilaf mereka hanya pada peringkat mana perkongsian vertical itu bermula. Ustaz Ahmad Awang melihat pada peringkat Dewan Ulama. Maka jawatan Presiden dan Timb Presiden berada dalam peringkat AJK Pusat. Ustaz Daud Iraqi melihat peringkat perkongsian itu perlu bermula dari Naib Presiden(bawah lagi dari Ust Ahmad Awang). Ir Khalid Samad melihat perkongsian itu pada peringkat Timb. Presiden. Kerana itu kawasannya mencalonkan YB Husam Musa.
Gagasan Allahyarham ust Yusuf rawa adalah konsep menyeluruh “perkongsian pemikiran” tanpa meletakkan axis perkongsian kerana beliau mahu [merawat paradigma sekular] yang memisahkan agama dan dunia. Dalam politik,gagasannya diolah dengan diletakkan axis pada konsep perkongsian. Tidak boleh diletakkan dalam bulatan yang tiada axis. Kerana apabila tiada axis, intektual merasakan mereka setaraf dengan ulama’. Ini juga kesan dari paradigma secular.
Yang dipertahankan dalam konsep kepimpinan ulama’ ialah perkongsian yang beraxis. 

Seperti yang dinyatakan oleh Ust Hasrizal, PAS hanya berjaya memadukan [kebersamaan mereka bekerja] tetapi masih belum berjaya [memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview)][ proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku]

Saya tertanya, mengapa proses “memadu” ini hanya berjaya pada peringkat kebersamaan bekerja tetapi tidak pada pemikiran,disiplin dan ilmu. Pada hemat saya, (ini gambaran minda peribadi saya) puncanya kerana profesional dalam PAS ramai yang berubah “kulit” menjadi ustaz bernametag profesional. Bagaimana perkongsian boleh berlaku jika tiada proses “give and take” oleh dua kelompok yang berbeza pandangan. Orang profesional dalam PAS (bukan semua) tidak bersedia kekal duduk bawah ulama’ (bukan agamawan yer). Mereka boleh kerja bersama kerana kerja tidak dibina atas mentality yang menjadi background cara berfikir ulama’ dan profesional. Kerja dibina atas fizikal yang nilainya sama antara ulama’ dan profesional.
 Sebaliknya perkongsian pemikiran dan ilmu adalah atas dasar mentality yang dibina atas background yang pelbagai. Apabila terlibat dalam politik, hampir semua bidang profesional tidak relevan lagi untuk dipraktik dalam medan politik. Kecuali mereka di dalam bidang undang-undang, sains politik (ini yang saya nampak, mungkin ada bidang lain).
 Tetapi ilmu syarie’ adalah core kepada politik menjadikan ulama’ tidak perlu meninggalkan title “syaikh” mereka apabila masuk politik sama seperti peguam dan pakar sains politik. Sementara bidang profesional lain seperti doktor, engineer, arkitek etc tidak menyumbang peranan yang besar dalam politik melainkan dalam aspek yang agak minor. Jika engineer mungkin boleh bagi pandangan untuk buat bangunan PAS (pejabat, sekolah and etc). Jika doktor mungkin boleh bagi khidmat kesihatan pada awam. 
 Tapi untuk kita kata, profesionalisme mereka itu totally bermanfaat adalah tidak tepat. Apa yang profesional (selain undang-undang dan sains politik) bawa apabila masuk kedalam politik bukan profesionalisme kerjaya mereka tetapi mentality (kecerdikan,kepandaian, keterbukaan, analytical thinking, critical thinking etc) yang membuatkan mereka berjaya sebelum ini sebagai seorang profesional.
 Sekarang kita bertanya, untuk mengasimilasi ilmu dan disiplin ini perlu bermula dari pihak mana? Ataupun perlu berlangsung secara dua arah? Dalam hal ini saya melihat golongan intelektual yang perlu mengislamkan ilmu mereka dengan meletakkan nilai tauhid. Kerana jika asal ilmu sebelum dipisahkan oleh idea secular, semua ilmu itu membawa kepada tauhid. Yang dilakukan oleh secular ialah mencabut nilai tauhid, nilai ketuhanan. 
 Sebelum kita memulakan proses asimilasi ilmu secular dan syarie’, kita perlu mengembalikan ilmu kepada matlamat yang sebenar iaitu membawa kita kepada Allah. Ilmu syarie’ yang ada dalam dada ulama’ tidak hilang nilai tauhid. Yang hilang nilai ini ialah intelektual Islam kerana secular telah mencabut nilai tauhid dalam sistem pendidikan moden. 
 Jalannya untuk mengembalikan nilai tauhid ini ialah dengan mempelajari ilmu syarie’. Matlamat mempelajari ilmu syarie’ bukan untuk meletakkan diri mereka satu level dengan ulama’ tetapi untuk meletakkan nilai tauhid pada ilmu secular mereka. Apa yang berlaku , setelah intelektual islam mempelajari ilmu syarie’, mereka berubah “kulit” menjadi ustaz. Mereka tidak kekal dengan identiti intelektual mereka. Proses pengislaman ilmu secular tidak berlaku dalam diri mereka biarpun disatukan dalam satu otak. 
 Apabila ini berlaku, maka mereka merasakan bahawa mereka lebih hebat dari ulama’ kerana ulama’ hanya mengetahui ilmu syarie’ sedangkan mereka mempunyai kedua-dua jenis ilmu. Maka proses [memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview)] gagal. Mereka membentangkan pemikiran, paradigma dan worldview yang didasarkan kepada identiti “ustaz” bukan identiti “intelectual” asal mereka. 
 Sepatutnya intelectual tidak perlu berubah kulit setelah mempelajari ilmu syarie’. Pengekalan identiti itu penting untuk [memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview)], penting untuk [proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing]. 
 Golongan agamawan tidak nampak [apa yang perlu diambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya] kerana mereka tidak melihat mereka sebagai profesional setelah masuk PAS. Yang agamawan lihat mereka ialah neoustaz dengan nametag “we are profesional”. Maka apa yang perlu diambil daripada disiplin dan ilmu mereka jika mereka telah berubah “kulit”. Matlamat allahyarham yusuf rawa ialah menggabungkan ulama’ dan intelektual tetapi jika intelektual telah berubah kulit, bagaimana penggabungan ilmu dan disiplin dapat berlangsung. Kerana itu [kebersamaan mereka bekerja] berjaya kerana gerakerja dimanifestasikan daripada GABUNGAN nilai yang sama (tenaga dan fizikal ) untuk mencapai matlamat yang sama. Gerakerja tidak mensyaratkan adanya dua kelompok yang kekal dengan identiti masing-masing. Jika kekal, maka gerakerja akan celaru.
Tetapi PERKONGSIAN memerlukan dua kelompok yang berbeza buah fikiran. Jika 2 kelompok ini tiada, bagaimana berlaku perkongsian. Adakah kita mengharapkan ulama’ yang perlu mempelajari ilmu secular, agar mereka boleh jadi profesional untuk perkongsian ini boleh berlaku? Ini tindakan songsang. Profesional yang perlu menyalurkan mentality profesionalisme mereka kepada ulama’ bukannya mengambil peranan ulama’.
Kerana itu orang seperti Mad Sabu, Hanipa Maidin, Cikgu Pa (antara contoh) adalah aset yang bernilai dalam parti. Mereka kekal dengan identiti mereka.
Gagasan Ust Yusuf Rawa bergerak dengan baik
Saya katakan bahawa pemaduan ulama’ dan profesional dalam PAS sebenarnya berlangsung dengan baik. Dibawah adalah contoh yang diobserve dari luar. (aku dok sini, mana tau apa kat dalam ); 
1. selepas PRU 2004, PAS melaksanakan satu postmortem drastik dengan memanggil journalist dan political analycist mengkritik dan memberi pandangan faktor kekalahan teruk PRU 2004. Mengikut kajian Erica Miller; Democratic islamists? A case study on PAS “This was the first time the party invited observers from outside of its ranks to provide this type of feedback”. Idea menerima feedback dari luar ini jelas “profesional” dan saya rasa bukan idea dari ulama’. Natijahnya PAS review semula pendekatan dakwah politik mereka. Bagi saya ini satu kejayaan pemaduan mental ulama’ dan profesional.

2. Idea penubuhan kelab penyokong PAS bagi non muslim juga adalah idea “profesional” biarpun diterajui oleh ust mujahid rawa namun dengan closed observation kita tidak boleh menafikan bahawa ust Mujahid ada think tank dari golongan profesional dan beliau ada mentality background untuk berfikir sebagai seorang profesional lebih dari seorang ustaz konservatif PAS yang lain. Kerana itu ideanya mewujudkan dewan bagi non muslim adalah radikal buat masa sekarang. (ini bergantung kepada keputusan Syura, kalau mereka kata “on”, so tak radical lah)

3. PAS mempunyai lajnah kajian dasar yang diterajui oleh Dr Dzulkifli Ahmad (seorang toxicologist) yang jelas bukan dari background mentality seorang ustaz. Namun dia diamanahkan dengan peranan yang cukup besar. Cikgu Pa yang merupakan bekas peguam juga memberi sumbangan yang sangat besar dalam PAS. Beliau diamanahkan sebagai Pengarah Pilihanraya peringkat pusat. Hanipa Maidin diamanahkan memegang jawatan penasihat undang-undang PAS. 

Semua itu adalah keberkesanan pemaduan mentality antara ulama’ dan profesional yang menjadikan PAS cukup competent dalam berdepan dengan cabaran politik semasa. Di waktu yang sama, PAS mempunyai gabungan ulama’ muda dan tua. Gabungan ulama’ moderat dan ulama’ konservatif . Yang bersifat sebagai payung besar dalam mengawal dasar parti agar berada di bawah kehendak syara’. Kajian sarjana political barat melabelkan PAS sebagai Modernist (Islamist) (rujuk case study Erica Miller ) apabila dibandingkan dengan gerakan dan parti politik Islam yang lain. PAS betul-betul duduk di tengah-tengah. Parti AKP (erdogan) di turki pun dilabelkan sebagai Modernist (Liberal). 
 Apabila PAS dilabel sebagai Modernist Islamist maka PAS sebenarnya telah berjaya memadukan mentality antara ulama’ dan profesional. PAS telah keluar dari kelompok tradionalist seperti Nahdatul Ulama’ dan tidak pula terlalu terbuka untuk dilabel seperti AKP. 
Malah ada balancing antara dasar traditonalist (saya lebih suka guna konservatif) dan liberal. Dalam PAS, penampilan tok-tok guru masih berjubah, berserban, berkain pelekat (konservatif) dan diwaktu yang sama profesional mereka pakai dressing code modern. Biarpun dressing code hanya gambaran zahir, tapi untuk mengukur zahirlah yang mencerminkan batin.
 Apabila media menggembar-gemburkan pergeseran golongan “erdogan” dan “ulama” dalam PAS, bagi saya mereka HASAD dengan keberkesanan proses pemaduan dalam PAS. Mereka tidak mahu PAS competent dengan arus politik semasa. Kerana itu sebarang usaha untuk mengganggu gugat keseimbangan antara “erdogan” dan “ulama” di anggap satu usaha hijacking dalam PAS dan golongan yang cenderung kepada satu golongan sukar mendapat tempat dalam PAS selagi PAS dipimpin oleh ulama’ rabbani.
 Extrimist memang akan ada dalam setiap gerakan mahupun kelompok manusia. Extrimity yang bertentanganlah yang menghasilkan balancing dalam pemikiran. Jika kita belajar endocrinology, konsep hypo dan hyper lah yang menyebabkan badan kita berfungsi dengan baik kerana konsep extrimity ini saling bertindakbalas untuk menghasilkan negative feedback kepada hypothalamus. Hypothalamus ini dalam gerakan Islam mesti diwakili oleh ulama’. Kerana hanya mereka yang mampu menilai berdasarkan ilmu syarie’ samaada extrimity itu telah berlebihan atau berkurangan. Oleh itu, yang perlu duduk paling atas ialah ulama’ rabbani dan itulah dasar PAS. Kepimpinan Ulama’. 
 Ulama’ PAS bukan nak sangat jadi pemimpin jika ada orang lain yang lebih layak. Tapi setakat nie, tak ada lagi profesional dalam PAS yang boleh sampai tahap seperti Syaikh Saied Hawa, dan Syaikh Fathi Yakan yang mereka itu diiktiraf sebagai ulama’ biarpun background profesional. Bila tiba masa pemaduan minda berjaya dengan makna yang sebenar. Ulama’ PAS akan serah kepimpinan pada golongan profesional. Thiqahlah dengan ulama’ kita. Jangan terlalu gopoh meminta sesuatu yang kita masih belum layak. Anak kecik mintak duit tak diberi mengikut kehendaknya, tapi diberi mengikut kemampuannya berbelanja. 
 Saya teringat kata-kata Ust Salehuddin Mukhyi suatu ketika dahulu apabila pemimpin UMNO selangor mengatakan ulama’ PAS nie gila kuasa, nak jadi pemimpin. Ust Ismail Kamus jawab, kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambik kuasa dari orang gila. Haha... Applause. 


Gagasan Ust yusuf rawa yang lebih global

Jika kita kembangkan gagasan Ust Yusuf rawa dalam konteks yang lebih besar. Iaitu pemaduan ilmu aqliah (science) dan ilmu syarie’ (ini asal matlamat Ust yusuf rawa) , maka itu memang kita jauh lagi. Tapi PAS boleh jadi platform kepada pemaduan itu dengan syarat profesional kena kekal identiti. Scientist kena kekal identiti scientist. Doctor kena kekal identiti doktor. (bukan makna kekal identiti, tak boleh berjubah kopiah) Apa yang perlu ialah bagaimana untuk kita ialah correlatekan ilmu science dengan ilmu agama. Ini satu gagasan yang besar. MasyaAllah. Kerana jika berjaya, kita akan meranapkan sistem pendidikan secular. Besar cabaran ini wahai teman-teman sekalian. Amat besar. Tetapi InsyaAllah kita akan usahakan. Dalam ilmu perubatan, usaha ini sedang dipelopori oleh Dr Muhammad Ali Al-Barr di Saudi (Pengarang kitab at-tobib adabuhu waa feqhuhu). Itu sekadar yang saya tahu.
Kita mahu lihat buku-buku Medicine yang kosong dari nilai tauhid diganti dengan buku-buku yang membawa kita kepada tauhid. Di mesir, doktor-doktor kita memulakan buku-buku karangan mereka dengan ayat Quran, mengajarkan ilmu dengan bersulamkan kekuasaan Allah keatas makhluk, maka kita kena usaha kumpulkan nilai-nilai itu dan membawa pulang ke Malaysia.
Ketepikan perbezaan khilafiah kita dalam masalah agama. Letakkan tangan kita diatas satu sama lain atas dasar tauhid. Susun dan rapatkan saf-saf kita seperti kita hendak solat. Isi kekosongan yang ditinggalkan. Sambut seruan ulama’ kita “ luruskan saf-saf kamu” sebelum kita mengangkat takbir kejayaan. Allaahhhu Akbar!
InsyaAllah kita akan lihat sistem pendidikan secular akan ranap. Ya Rabb... 


Abu Abbas Lutfi
Manyal, Kaherah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home