Friday, May 29, 2009

Ulama' rabbani kunci kemenangan Islam

Hari ini adalah tarikh kejatuhan Constantinople ke tangan Islam. Satu tarikh bersejarah yang perlu dikenang oleh kita semua. Mengingat kembali usul kita sebagai ummat yang dimuliakan dengan Islam. Dimuliakan dengan kesatuan diatas dasar tauhid. Saya memang tidak tahu tarikh kejatuhan Constantinople. Itulah peranan media massa memainkan peranan menyebarkan kepada ummat ini tarikh-tarikh dan detik-detik penting dalam sejarah ummat ini.
Saya membaca tulisan YB Husam Musa di harakah mengenai peristiwa hari ini. Saya tidak minat membaca dengan teliti strategi kemenangan penaklukan biarpun ianya sepatutnya menjadi syllabus penting di Militiary College. Malangnya apabila secular menyerang system hidup kita, semua bidang kehidupan ini dicabut dari iman. 
Ayah saya seorang bekas pegawai tentera. Buku-buku mengenai ketenteraan memenuhi rumah saya. Dan saya amat yakin tiada satu buku pun yang menerangkan peranan iman dan taqwa dalam mencapai kemenangan. Kalau ada pun sekadar keberanian dan semangat cintakan negara. Patriotisme. 
Malaysia banyak mencedok sistem British dalam semua bidang termasuk lah ketenteraan. Pegawai-pegawai tentera Malaysia banyak dihantar berkursus di UK dan Australia pada era 70-80an. Nilai ilmu ketenteraan mereka kosong dari iman. 
Ilmu yang ditimba di semua institusi pengajian sekarang perlu diletakkan nilai tauhid. Kita memerlukan pengislaman ilmu secara global untuk meranapkan sistem secular. Bukan sahaja dalam bidang ilmu sains tetapi juga ekonomi, politik, ketenteraan. Nilai iman dan taqwa perlu dimasukkan dalam syllabus Military College. Siapa yang hendak melaksankan tanggungjawab sebesar ini untuk mereview syllabus Military College yang kosong dengan nilai iman. Pastinya pegawai-pegawai tentera yang mempunyai kesedaran iman itu sendiri.
Kehidupan saya sebelum sampai disini berputar dalam kehidupan keluarga tentera. Saya melihat perubahan yang positif dalam ATM. Sejak KAGAT ditubuhkan, proses pengislaman ketenteraan Malaysia berjalan dengan baik. Di bawah kepimpinan Brig Jen Dato (B) Hj Najmi Ahmad sebagai pengarah KAGAT, ATM telah banyak membuang warisan-warisan tentera bristish yang tidak syarie’. Biarpun tidak semua dapat disempurnakan oleh beliau. Tapi Dato Najmi telah melaksanakan tanggungjawab sekadar mana termampu. 
Beliau adalah anak seorang ulama’ terkenal di Baling dan beliau sendiri adalah seorang ulama’ rabbani lepasan Azhar dari kullliyah Dakwah. Keluarga saya amat rapat dengannya. Pakcik isteri saya mengsifatkannya sebagai seorang yang berilmu dan wara’. Beliau telah menyimpan cita-cita yang lama untuk menyambung belajar di Darul Ifta, Mesir. Namun kerana beliau diperlukan di Malaysia semasa dalam perkhidmatan, cita-cita kekal terpendam. Sehinggalah apabila beliau hampir tamat tempoh perkhidmatan, beliau memohon untuk berkursus peralihan di Darul Ifta selama 3 bulan. Begitulah sifat ulama’, pada umur menjangkau akhir 50an, semangat dan cintakan ilmu tidak pernah luput.
 Tidak perlu saya nyatakan jasanya dalam mengislamkan ATM Malaysia. Tetapi cukup saya katakan, amanah agama ini diberikan kepada orang yang layak seperti Dato Najmi maka Islam ini akan didaulatkan dalam apa bidang sekalipun.
Apabila saya pulang ke Malaysia tahun lepas, saya dipesan oleh pakcik isteri saya, seorang pegawai KAGAT untuk mencari buku-buku mengenai ketenteraan Islam disini untuk dijadikan material menyuntik nilai iman dalam ketenteraan. Apa yang diusahakan oleh Dato’ Najmi sedang diteruskan oleh anggota bawahannya. Alhamdulillah.

Apabila saya membaca artikel YB Husam Musa, beliau menyampaikan satu mesej yang cukup jelas bahawa ulama’ memainkan peranan yang cukup penting dalam tarbiyah untuk kebangkitan dan kemenangan Islam. Mungkin Sultan al-fatih tidak sealim’ tok gurunya, ttetapi sifat utama ulama’ itu ada. Iaitu takut kepada Allah. Orang yang ada sifat takut kepada Allah ialah orang bertaqwa. sifat taqwa ini masih lemah dalam diri kita. Dan saya sendiri tiada sifat itu.

 االهم ارزقنا التقوى و اجعلنا من المتقين

 Nama sultan al-fateh lebih mashyur diatas lembaran sejarah. Namun orang yang membentuk insan gemilang sepertinya ialah guru-gurunya. Dekatilah ulama’, hormatlah ulama’, thiqahlah pada ulama’ kerana mereka itu adalah kunci kepada kebangkitan dan kemenangan Islam. Kepimpinan Ulama’ bukan semata slogan tetapi itu adalah kunci kepada mengembalikan kegemilangan kita.


Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home