Friday, May 01, 2009

Nape aku sokong PAS

Lama jugak tak menulis dengan santai macam awal2 tulis blog dulu. Asyik tulis benda ngan bahasa skema aje. Yang tak boleh ditulis dengan nada santai. Jadi kali nie tulis dengan nada santai lah pulak. Org dok berpolemik relevan tidak taadud jemaah. Sampai semua nak bercakap dengan tone “korang semua apa tahu, aku sorang aja tahu”. Semua berpolemik aja. Apapun, pendirian aku kita kena sokong PAS.
Biarpun aku tak pernah dapat tarbiyah direct dari PAS. Cuma sekadar ikut pakcik masa kecik-kecik (masa dah baligh lah) dulu dengar taujihat-taujihat pemimpin-pemimpin PAS, pergi markaz tarbiah PAS, dengar ceramah PAS. Pakcik aku lah tanam perlulah kita berusaha mengislamkan diri,keluarga,kawan-kawan, orang kampong dan masyarakat. Jadi saje kongsi pengalaman dengan orang apa sebab aku memang tetap sokong PAS.
Allahyarham Tok Aki dan datuk sedara aku orang UMNO johor. Negeri yang memang kuat UMNO. Tapi pakcik aku meredah arus jugak, dengan darah muda 30an berjidal dengan Allah yarham datuk sedara aku kenapa kena tinggal UMNO. Sampai mak aku kata give-up jugak datuk saudara aku. Akhirnya cakap, ana ahli UMNO tapi undi bagi PAS. Dulu nak patah hujah orang UMNO bukan mudah. Takde point lain melainkan kena attack dasar UMNO sahaja. UMNO banyak jasa pada bangsa melayu. Apatah lagi negeri johor. Tapi itu dulu.. UMNO dulu. Dulu masuk UMNO nie satu kebanggaan, masuk PAS pulak kehinaan. Parti kampong. Masa balik cuti, aku mesti cari harakah dan sengaja baca harakah dalam bas. Bukan nak baca sangat pun sebab penat musafir, tapi nak biar orang tahu yang aku orang PAS. Aku bangga sokong PAS.
Sekarang tanya orang yang sokong UMNO yang lama-lama. Nak ngaku UMNO pun malu.
Bila balik kampong, pakcik aku akan pusing kampong. Kempen supaya sokong Islam. Kalau jual durian, jangan jual pada orang cina. Biar rugi sedikit sebab dulu durian Muar mahal sebab cina Singapore beli. Bila datang umah aku, pakcik aku bawak kaset-kaset ceramah, bawak suratkhabar harakah. Yang dulunya nak beli pun kena sorok-sorok. Jiran umah aku memang kuat UMNO biarpun pegi keje pakai kopiah. Tapi pakcik aku tak segan bila anak dia tanya, pakcik din undi siapa. Ohh..pakcik din undi PAS. Terngaga anak dia sebab PAS masa tue macam hantu raya pada masyarakat.
Dalam pilihanraya... Pakcik dan makcik aku peraih undi kat Parlimen Titiwangsa. Kawasan Dr Lo’lo sekarang. Jumpa orang supaya undi PAS. Biarpun Titiwangsa tue kubu kuat UMNO. Sebab kampong bharu tue boleh kata semua UMNO. Pakcik aku cerita kalau dulu nak pasang poster PAS, tunggu tengah-tengah malam. Orang semua dah tidur baru boleh pacak bendera PAS. Baru boleh tampal poster. Ada pemuda PAS mati kena pukul sebab tampal poster. Bayang betapa susah orang-orang PAS dulu nak martabatkan Islam.
Semasa operasi Lalang, pakcik aku masuk front page suratkhabar. Gambar dia bersama rakan-rakan buat pagar manusia nak lindung Mat Sabu berucap. Semasa tue tak rasa takut kata dia. Tapi bila keluar paper, semua sedara telefon risau kena ISA. Bila kelantan kecoh nak laksana hudud, pakcik aku pusing abis sedara mara terangkan hudud. Nape kena terima hudud.
Dekat rumah depan ruang tamu tampal poster kelebihan mati syahid. Sepupu-sepupu aku dari kecik diajar makan dalam dulang. Tapi pakcik aku cakap, ini simple sangat. Kawan-kawan dia ajar anak tido atas papan aja. Supaya rasa hidup susah.
Musim durian tak balik kampong kalau sekolah malam tak cuti. Dulu pemuda PAS kuala Lumpur yang betul ikut tarbiyah belajar malam-malam. Masuk sekolah. Belajar arab, belajar feqh, belajar tauhid, belajar tasawwuf.Yang ajar diorang ialah ulama-ulama yang dah cecah 60-70 tahun sekarang. Dan sebahagian dah meninggal. Antara pakcik aku tadah ilmu ialah Ust Ismail Kamus, Dr Musa Fathullah Harun dan bapanya Kiyai Hj Fathullah Harun, Allahyarham Abuya Hj Ramli Kg Bharu, Ust Osman Ampang.
Pada tahun 1990, bila JIM secara rasmi ditubuhkan. Pimpinan PAS mengambil langkah drastik membersihkan parti dari orang talam dua muka. Naqib pakcik aku orang IRC, jadi dia tak terkecuali dari kena tempias. Tapi dia takde sikit pun rasa kesal. Kita berjuang untuk parti. Pimpinan ada sebab mengapa mereka perlu membersihkan parti. Kita kena taat dengan pimpinan kita. Itu cakap pakcik aku. Sampai sekarang dia tak keluar PAS apatah lagi masuk JIM. Biarpun naqib dia nak atur perkahwinan dengan anak buah isteri dia dari usrah JIM jugak. Pakcik aku menolak dan pilih dari usrah PAS jugak.
Kawan-kawan seusroh dan sama ngaji sekolah malam, semuanya orang yang menyumbang pada PAS. Lepas ngaji tafsir kalau pakcik aku tak dapat hantar balik, kawan dia tolong hantar. Tapi sebelum hantar, pegi ambik cetakan harakah terbaru dulu. Nak edar malam nie untuk keluaran esok. Memang orang tengok buat apa buat keja macam nie, tapi kalau kita taknak buat, sape nak buat. Itu kata kawan seusroh pakcik aku.
Ada sekali aku pegi mu’tamar PAS kat melewar sorang-sorang. Pakcik aku tak dapat pegi. Lagipun masa tue dah besar sikit. Bila kat markaz PAS, memang rasa Islam nak menang esok dah. Tengok kekuatan parti dan ahlinya yang pelbagai. Orang tua, muda bawak anak, yang budak belasan tahun jadi petugas amal. Memang rasa kemenangan nak hampir dah. Asyik dengar ceramah, tengok video FRU belasah orang PAS. Aku tak perasan dah lewat. Dulu mana ada mobile nak telefon umah. Pakcik aku dah pesan, enta kalau susah cari sahabat-sahabat ana. Diorang akan tolong. Aku sapa kawan pakcik aku yang dia perkenal masa majlis dengan Allahyarham ust Bunyamin dekat surau menara Maybank. Dia nampak macam sibuk. Bila aku cakap tak tahu nak balik macamana (aku datang naik teksi, duit tinggal sket). Dia tak cakap banyak, tinggal keje start motor hntar aku kat stesen bas. Bila citer ngan pakcik aku, dia kata kawan dia tue salah seorang dari skuad pemuda berani mati. Diorang angkat baiah untuk sedia syahid kalau dapat arahan pimpinan. Ini lah yang kerajaan tak berani tangkap pimpinan PAS sebarang macam tangkap pimpinan Arqam. Sebab PAS ada barisan pemuda yang berani untuk pertahankan parti.

Ada sekali balik ngaji, lalu depan umah Pak Yazid Kg Bharu, rupanya ada ceramah PAS. Pakcik aku kata, kita berhenti dulu. Dengar ceramah jap. Sepatutnya ahli parti kena hadir semua program parti dalam kawasan., sampai tabung derma selok kocek tengok duit tak banyak. Tapi genggam letak jugak dalam tabung. Kalau kita tak bagi duit pada parti siapa nak bagi.
Bila dah berumur dan sepupu aku dah mula masuk sekolah. Pakcik aku tak berapa aktif sebab dia laksana tugas tarbiah anak pulak. Bila jumpa kat masjid orang-orang PAS baru setahun jagung, diorang nampak lekeh aja pakcik aku. Tapi member-member dia gelak aja. Masuk PAS waktu reformasi 98. Diorang dah bergelumang dalam PAS waktu semua tido atas bantal empuk lagi.
Cuti sekolah aku pergi umah pakcik aku belajar arab. Puaslah menghafal saraf dan I’rab. Di rumah pakcik akulah, aku belajar apa itu secular, sejarah khilafah dan sejarah anak haram negara Israel. Nie aku quote cakap dia.. yang aku rasa sape-sape nak cakap pasal Israel kena cakap bagitau Israel itu anak haram.
“Selepas perang dunia kedua, yahudi sedunia merancang untuk mendapatkan negara. Maka dengan berbapak kan Amerika, beremak kan Russia, disaksikan Britain dan diwalikan PBB maka lahirlah anak haram Israel”.

Masa sepupu aku nak dihantar masuk sekolah tahfiz, keluarga ramai bising. Nanti sepupu aku nak jadi apa. Tapi pakcik aku tekad jugak, dan akhirnya aku rasa sepupu yang bawah-bawah anak pakcik aku majoriti masuk sekolah tahfiz. Waktu aku nak tukar sekolah dari MRSM masuk KIK.(nasib baik tak dapat…haha) Pakcik aku sanggup tebal muka naik pejabat kementerian pendidikan yang Najib pegang masa tue. Jumpa setiausaha politik dia (ustaz lepasan India) cakap anak buah dia nak tukar ke sekolah kementerian tapi polisi kementerian tak benarkan. Waktu tue lah aku ingat dia marah bila tengok aku berjiwa kecik . Enta ingat ana baik sangat dengan dia ker? Ingat dia tak tahu ana orang PAS. Jiwa biar besar biarpun kita nie bukan ada pangkat pun.
Masa tuelah aku tekad pegi kota bharu sorang-sorang jumpa tok guru niz aziz cakap nak masuk Maahad Muhammadi. Aku sampai sebelum subuh kat masjid Pulau Melaka. Bila iqamat, tok guru datang imamkan jemaah. Lepas solat dan tazkirah, aku jumpa dia dan dia pesan jumpa Ust Nik Razi, adik dia pengetua Maahad waktu tue. Isteri ust nik razi, naqibah isteri pakcik aku kat ITM dulu. Tapi tok guru pesan, Maahad mungkin payah masuk tapi kalau nak masuk Maahad Pulau Melaka, anytime. Tapi bila aku tengok Maahad Muhammadi, ya Allah dhoif nyerlah. Satu kelas sendat 40 orang. Asrama tengah buat. Nak banding MRSM aku, ada 2 kali ganda besar bangunan akademik kitorang. Nak banding padang besar 3 kali ganda. Nak banding kemudahan aku rasa memang jauh MRSM advanced. Akhirnya aku sendiri buat keputusan terus belajar kat MRSM. Dan memang banyak hikmahnya aku tak keluar MRSM.
Lepas SPM aku mintak datang mesir, pakcik akulah juga yang bagi semangat datang sini. Dia yang convince mak ayah aku lepaskan aku datang sorang-sorang ke mesir hantar permohonan ke embassy Cairo. Dapatlah merasa naik SIA. Hehe.
Batch belajar medic selepas JPA stop hantar ke mesir semua usaha PAS (PAS kelantan). Lepas tue baru negeri-negeri UMNO lain terhegeh-hegeh nak hantar kesini. JPA dan MARA hantar semula student kesini. Tapi tak nafi antara Nasri dengan kami ada sorang budak private Azhar.Tak payah sebut pun tahu sape.
Dan sekarang, aku rasa hasil tarbiyah PAS yang melahirkan seorang insan macam pakcik aku, hampir semua keluarga aku (termasuk mak ayah sedara sepupu) sokong PAS. Paling kurang ada kesedaran agama. Kalau org tanya aku lah, mcmana aku jadi macam nie sekarang. Aku tak ragu-ragu cakap sebab PAS. Biarpun yang byk ajar aku ialah pakcik aku, tapi kalau tarbiyah PAS tak berjaya bentuk orang macam dia. Aku rasa Islam kat Malaysia segan hidup, mati tak mahu dah. Memang lah semua nie ketentuan Allah, tapi kita kena tengok sebab musabab jugak.
Org mcm pakcik aku dan barisan awal-awal pemuda PAS KL yang mungkin dah cecah 50an dah sekarang diorang tue. Kalau diorang takde, takkan PAS nie boleh berdiri teguh di KL macam sekarang.takkan Parlimen Titiwangsa boleh jatuh ke tangan PAS. Sekrang ini Alhamdulillah PAS dah ada bangunan sendiri. Sekarang PAS megah di kuala Lumpur.

Itu sumbangan pakcik aku dan rakan-rakan di kawasan KL. Aku rasa ditempat-tempat lain pun serupa jugak. Kalau bukan ahli-ahli PAS lahir dari tarbiyah PAS, takkan PAS dapat berkembang dengan sebegini rupa. Baru nie aku baca kat satu blog, sorang tukang masak PAS pergi jugak khidmat untuk parti masa pilihanraya 2 bukit,1 batang walaupun isteri dia sakit. Tengah sibuk-sibuk masak, dapat call, isteri meninggal… Allahh….Allahh.. Sampai tahap tue rupanya pengorbanan dan keikhlasan ahli PAS. Bila majlis pengkebumian, mana ada pemimpin-pemimpin besar PAS datang sebab mereka sibuk dengan pilihanraya. Tapi ahli PAS tue bukan harap mereka datang sebab dia faham pemimpin-pemimpin sibuk. Yang datang pemimpin-pemimpin kawasan. Tapi aku rasa dia memang sedikit pun tak kecewa. Sebab dia memang ikhlas. Orang PAS memang ikhlas. Kalau aku kat tempat dia, aku tak jamin lagi akan tolong jentera parti. Macam tue jugak dengan Allahyarham ust khairul azhar (ketua pemuda PAS tampin). Kat mesir nie, aku tak kenal dia. Tapi aku yakin dia orang yang ikhlas. Orang yang berjuang untuk parti. Dalam sakit-sakit dia 2-3 hari sebelum meninggal boleh berdiri atas pentas PAS jadi pengerusi majlis lagi. Allahhh… Sampai tahap tue keikhlasan ahli-ahli PAS.

Kalau takde pimpinan-pimpinan PAS dulu, ulama-ulama PAS dulu. Takkan Islam megah di Malaysia. Kita berterima kasih kepada jasa ulama-ulama PAS. Kita terhutang budi dengan Allahyarham Ust Yusof Rawa, Allahyarham Ust Fadhil Nor, Allahyarham Ust Bunyamin Yaacob, Allahyarham Tuan Guru Haji Sabran. Mereka telah menggerakkan semua lapisan masyarakat dalam PAS agar teguh membela Islam. Mereka hidup pada waktu Islam susah, waktu Islam nie pelik di mata masyarakat. Pakcik aku kalau sebut nama Allahyarham Ust Yusof Rawa, dia sebak teringat pergorbanan ulama’ nak tegakkan Islam. Banyak sangat jasa dia.

Anwar masuk penjara kena belasah, PAS lah yang support penyokong Anwar sampai ada parti sendiri. Bagi diorang bercakap atas pentas PAS. Bak kata Mad Sabu, Keadilan ada apa? Mikrofon ,speaker pun kita punya, sambil Saifuddin Nasution senyum aja. Lim Guan Eng berani cakap Islam betul pun sebab PAS. Orang Cina dan India tak takut dengar hudud sebab PAS berusaha terangkan. Yang bebal macam karpal dan lim kit siang tue tolak tepi lah. Ust Mujahid Rawa dapat tarik ramai penyokong bukan Islam pun atas nama PAS. Senang cakap, semua yang bersifat Islam PAS yang dahulu asaskan. PAS ini platform semua kebangkitan Islam di Malaysia.
Orang tak kenal Islam kat Malaysia kalau bukan sebab PAS. Kalau bukan perjuangan ahli-ahli PAS. Kalau bukan dipimpin oleh ulama-ulama PAS. Kalau bukan keringat air mata darah ahli-ahli PAS dulu tanam benih Islam di Malaysia. Buahnya tak nampak sampai sekarang. Bak kata tok guru Nik Aziz, PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Aku setuju seratus peratus.

Orang lain nak buat jemaah, buatlah. Tapi yang aku tahu, setakat nie PAS yang berperanan sebagai jemaah Islam yang sebenar. Bila nelayan susah, petani susah, orang kerja pejabat susah, siapa yang bangkitkan kesusahan mereka kalau bukan PAS. Bila Universiti nak diswasta, menyusahkan masyarakat, sape yang bantah kalau bukan PAS. Bila kerajaan membazir, sape yang bising kalau bukan PAS. Bila sekolah agama rakyat nak dihapuskan, sape yang tentang kalau bukan PAS.Bila orang kena tangkap ISA, sape yang mula-mula bising kalau bukan PAS. NGO lain menumpang atas tiket PAS aja sekarang.

Aku memang tak paham kalau orang nak kata PAS nie bukan jemaah Islam yang terbaik lagi. Kalau nak buat jemaah lain, buat. Tapi yang senyap-senyap belasah PAS buat apa. PAS nie semua lapisan masyarakat dah ada. Keadilan kalau takde PAS, memang tak boleh hidup. Sape yang nak jaga lalulintas, nak jaga parking, nak kumpul derma kalau bukan petugas-petugas PAS yang ikhlas. Diorang tue buat keje makan nasi bungkus aja. Sekarang nie baru Keadilan ada petugas parti sendiri. Tue pun ikut PAS. Ehh..senang cakap, semua benda baik nie datang dari PAS lah.

Aku tak puas lagi nak cerita betapa PAS nie lengkap sangat dah. Tapi kalau tulis memang takkan habis serupa takkan habis kalau citer keburukan UMNO. PAS ahli rasmi dah dekat sejuta. JIM baru ada 8000 lebih (tgk website diorang lah),100 kali ganda ahli PAS ramai lagi. Yang dalam JIM tue pun ada ahli PAS. ISMA aku tak tahu lah berapa kerat. ABIM pun tak tahu. Islam nak menang dah. Islam nak bangkit dari tidur yang lena dah. Tapi ada puak baru nak mula promosi fikrah. Apa punya gagasan idea dah…

Kesimpulan kali ini, aku nak cakap kat semua orang yang baca. Sokonglah PAS. Sumbang apa yang boleh untuk PAS. Didunia kita bersama jemaah yang perjuangkan Islam dan di akhirat InsyaAllah kita juga bersama orang yang perjuangkan Islam. Moga para ulama-ulama PAS memberi syafaat kepada kita. Aku tak syak, ulama-ulama PAS boleh bagi syafaat sebab sirah hidup mereka memang membuktikan mereka adalah ulama-ulama rabbani. Orang macam tok guru Nik Aziz, Ust Harun Din,Tok Guru Haji Hadi, Allahyarham Hj Yusof Rawa., Allahyarham Ust Fadhil Noor, Allahyarham Tuan Guru Hj Sabran, sirah hidup mereka semua memang perjuangkan Islam. Orang taknak masuk kapal PAS biarkan, tapi aku nak tumpang jasa ulama’-ulama’ PAS yang ikhlas berjuang dengan sokong PAS. Aku bersama kepimpinan ulama’. Hati-hati ulama dan ahli-ahlinya yang ikhlas adalah tempat pandangan Allah. Sebab merekalah , Allah pelihara Islam di Malaysia. Sokong PAS, Sokong PAS.Allahu Akbar!!

15 Comments:

At Saturday, May 02, 2009, Blogger Jackster® said...

menarik =)

 
At Sunday, May 03, 2009, Anonymous Maxumilianus said...

Takbirr....!!!! AllahuAkbarrr!!!

 
At Sunday, May 03, 2009, Anonymous Anonymous said...

Hidup-hidup, Hidup Islam...
hancur-hancur, hancur kuffar...
Allahu akbar!!!

 
At Sunday, May 03, 2009, Blogger ~ aman shah ~ said...

Subhanallah...
terima kasih atas perkongsian...

 
At Sunday, May 03, 2009, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..

sejak bila pula jim isma abim dll menentang pas..saudara tidak tahu betapa banyak pengorbanan NGO2 ini kepada perjuangan PAS di malaysia..

dan yang lebih penting, siapa yang belasah PAS?saudara yang tanpa sedar telah membelasah ngo2 ini dengan menyebut2 nama mereka..cuba cari dan berikan mana blog atau website yang ngo2 ini keluarkan mengkritik pas..cuba berikan..yang ada blog2 org pas yg kuat dan gemar mengkritik kewujudan jemaah2 lain..

wassalam

 
At Sunday, May 03, 2009, Blogger Unknown said...

slm
nta anonymous..cuba tulis cket nama nta..nampak sikit keberanian nta dalam berhujah..kalau orang jim, abim, isma hendak membantu pas kenapa dia tubuhkan jemaah lain??baik duduk saja dalam pas bantu PAS sama - sama dalam perjuangan..

 
At Sunday, May 03, 2009, Blogger HafizAdam said...

kesian, penulis tak hentam sape2 tetibe ade org suruh bagi blog yang belasah PAS.

kesian kan?

bagi saya ini adalah satu perkongsian yang bermakna. bagaimana kisah satu perjuangan yang berdasarkan sebuah keikhlasan akhirnya membuahkan hasil seperti mana sekarang.

kesian kan? bile orang tanak mengaku sumbangan PAS, malah dituduh menghentam jemaah lain.

isk3. sedih dan kesian.

 
At Sunday, May 03, 2009, Anonymous Anonymous said...

Anynomuos tu cakap macam org xbelajar.Dia xtau yg gerakan Jim, Abim dan Isma ni la parasit pd jemaah Islam. Diorg xkutuk terang2,xbantai depan2 public, tp diorg ni la puak 'talam dua muka'. Miliki wala' yang bercabang. Kalau duk dlm PAS, pd pimpinan PAS pun wala' pd jemaah diorg pun wala'..Dia ni cam duk dlm hutan, xpernah bercampur ngn orang ke?Tulis la nama sikit kalau berani..

 
At Sunday, May 03, 2009, Blogger SofwatunNil said...

Dah2..jgn kritik mana2 jemaah. Sape sokong PAS,tp dok dlm jemaah lain.duduk lah. Kalo rasa yakin dgn jalan jemaah selain PAS silakan.PAS bukan cari musuh.PAS terima semua orang masuk PAS. xkisah apa background.smpai org non muslim nak sokong PAS bagi ruang.PAS cukup terbuka.itu sifat agama Islam.Kita shakehand sama2.Ok.

 
At Tuesday, May 05, 2009, Blogger Cik Hijau said...

Perkongsian yang menarik. Ada masa keliru dengan mereka yang nak menambahkan jemaah yang sedia ada. Pembaziran tenaga yang tak sudah.

 
At Tuesday, May 05, 2009, Blogger H. Iman said...

mcm pnah bace la post ni kt sumwhere..
tp xingt kt mne?

 
At Wednesday, May 06, 2009, Anonymous ibnu al-jabbar said...

salam. sy bdk baru belajar. mohon maaf kalu tersalah. komen sy begini: patutkah org2 yg berada dlm jemaah bergaduh sesama sendiri?tidakkah visi jemaah islam adalah utk terdirinya daulah islam?disini sy melihat tidak salah kita mem-pluralisasikan jemaah islam. bukan mem-pluralisasikan agama. sy lihat hnya pemuda pemudi yg berada di bawah,yg baru belajar mengenal jemaah sahaja yg bergaduh. pemimpin2 pas,abim,jim (except umno-dasar tidak islam) berlapang dada apabila tiba soal jemaah. mohon bawakan 'statement' drpd pemimpin yg faham berhubung soal tidak perlu byk jemmah.prof yusuf qardawi sendiri membenarkan 'taaddud jemaah' (ketika mensyarahkan hadith 'Allah akan mengutus di setiap awal 100 thn mujaddid'). sy mohon maaf atas perkataan sy. mohon didahului hujah al-quran & as-sunnah. semoga dijauhkan bercakap di atas emosi. salam.

 
At Thursday, May 07, 2009, Anonymous alqasam said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At Thursday, May 07, 2009, Anonymous alqasam said...

Akum.

Menarik entri baru ni.(Semua entri Sidi bagus sebenarnya).

Masalah taadud jemaah. Kami berdua pun tak habis bersembang dan berbincang pasal ini. Masalah kat sana macam mana.

Siapa yang faham waqi dan tahu sebenarnya tulisan ini mana ada hentam mana-mana pihak cuma mahu kita berfikir agar gagasan yang dibawa tidak menentang gagasan sedia ada. Agar kerja dan dakwah dapat berjalan molek.

p/s: Entri terbaru di alqasam tu tak habis lagi. Inshallah kalau dah siap akan dipublish umum. Selalu-selalulah berkongsi apa yang boleh ya Sidi Hidir. Kami berdua suka membacanya.

 
At Saturday, May 09, 2009, Blogger SofwatunNil said...

Wsalam.Terima kasih kepada yg bg komen. Kpd alqasam, sy delete satu comment sbb sama.Kpd Ibn jabbar.. response kpd comment anda sy letak kat post baru.

 

Post a Comment

<< Home