Sunday, April 29, 2007

Imam Bukhari dan Shohihnya

Telah berada di pasaran barangkali sekitar 6 bulan sebuah kitab yang ditulis oleh Syaikh Dr Ali Jumaah mengenai Imam Bukhari dan kitab Shohihnya. Namun baru berkesempatan menatap kitab itu dengan inayah seorang sahabat. Seperti kitab-kitab biografi yang lain, kitab tersebut pastinya menceritakan tentang riwayat hidup, perjalanan menuntut ilmu, guru-gurunya, dan pastinya berkisar juga mengenai kitab Shohih Imam Bukhari. Yang mashyur dikalangan kita terdapat 3-4 syarah bagi kitab Shohih Imam Bukhari iaitu
(i) Fathul al- Bari (Imam Ibn Hajar al-Asqalani),
(ii) Umdah al-Qari (Imam Aini),
(iii) Irsayd al-Saari (Imam Ahmad al-Qostalani)
(iv) Tuhfah al-Bari (Imam Zakariyya al-Ansori) .
Sedangkan jumlah syarah bagi kitab Shohih Bukhari yang dikumpulkan oleh Syaikh Ali Jumaah dalam kitab terbarunya itu melebihi 40 buah!!. Itu yang diketahui dan masih berada dalam bentuk manuskrip (makhtut). Sedangkan bilangan syarah yang tidak diketahui dan telah hilang adalah tidak diketahui.
Imam bukhari mengarang kitab shohihnya itu selama 16 tahun. Hadith-hadith yang terdapat dalam shohih Bukhari berjumlah sekitar 4000 (jika tidak berulang) yang dipilih daripada 600,000 hadith yang dihafal oleh Imam Bukhari. Kitab Shohihnya itu dikira sebagai kitab yang paling shohih selepas al-Quran diatas muka bumi ini. Sekaligus menjadikan kitab shohihnya adalah rujukan utama dalam agama ini. Bahkan ulama' mengatakan bahawa sekiranya sesuatu hadith itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Shohihnya maka cukuplah riwayat itu untuk menentukan keshohihan hadith tersebut. Ini adalah kerana Imam Bukhari telah meletakkan syarat yang ketat sebelum memasukkan hadith dalam shohihnya. Dan beliau mengatakan tidak aku tulis hadith itu dalam kitab shohihku melainkan aku telah berwudhuk dan solat istikharah terlebih dahulu. Maka tidak hairan lah kitabnya itu diberi perhatian yang sangat tinggi oleh ulama.
Dalam kitab yang ditulis oleh Syaikh ALi Jumaah ini juga terdapat kenyataan yang ditulis oleh Bekas Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir dahulu iaitu syaikh Hasunah An-Nawawi (boleh tgk wajahnya dalam poster syuyukh azhar terbitan PMRAM) bahawa beliau telah diarahkan oleh Khalifah Islam pada zaman itu iaitu Amirul muk'minin Sultan abdul Hamid ke-2 yang berada di TUrki supaya disemak semula nakhah asal kitab Shohih Bukhari sebelum dicetak di Mesir. Lihatlah betapa Sultan Abdul hamid II mengambil berat mengenai kitab SHohih Bukhari.
Ramai yang mengetahui tentang Sohih Imam Bukhari namun tidak ramai yang diberi inayah (bukan tidak mahu) untuk belajar. Di mesir ini, ramai ulama yang membaca kitab shohih ini. Dahulu Dr Umar Hashim bekas reaktor azhar ada mengajar shohih Bukhari di ruwaq abbassi dan beliau sendiri mempunyai syarah kepada kitab shohih bukhari. Syaikh ALi Jumaah sebelum naik menjadi mufti pernah membaca shohih bukhari, muslim dan sunan tirmizi di ruwaq turki. Syaikh Dr. Yusri juga membaca dan mensyarahkan shohih bukhari di ruwaq turki pada hari sabtu pagi. Dan dirumah Penang pula, Syaikh Dr Saad Jawish juga mengajar kitab ini pada malam Isnin.
Itu warisan ummat Islam. Sebuah kitab yang terlalu berharga diatas muka bumi. Jika tidak mampu membaca shohih Bukhari sekalipun, bacalah kitab yang ditulis oleh Syaikh Ali Jumaah itu biarpun kitab hanya pengenalan ringkas tentang Imam Bukhari dan kitab Shohihnya. agar kita merasa terhutang budi pada ulama-ulama terdahulu yang telah bersungguh-sungguh memelihara amanah ilmu. Semoga Allah mencurahkan limpah kurniaNya kepada Imam Bukhari dan para ulama’-ulama’ Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home