Wednesday, October 25, 2006

Terlalu lama tak menulis....

Terlalu lama tak menulis.. bukan taknak mengomen tetapi masa takde utk meluahkan komen dlm bentuk tulisan. Kalau dgn airliur, rasanya habis basah dah kertas A4. Bulan ramadhan yang lps mmg tak baik mengutuk, bukan bulan ramadhan jer tak baik, semua bulan pun serupa tapi pada bulan ramadhan nie lebih lah tak baiknya. Apa bezanya antara mengutuk, mengomen, dan menasihat…bunyi sebutan mmg jauh tp beza sebenar cuma pada method atau org2 islamis skrang kata manhaj.
Kalau dgn bahasa kasar, citer yg negative jer, takde langsung yang baiknya itu mungkin boleh dikategorikn mengutuk. Kalau setiap kali ada program, ada ajer tak betul, ada ajer tak kena, tp dgn tujuan menjadikan sesuatu itu lebih baik mgkn boleh dikatakan mengomen atau mengkritik. Kalau dgn bahasa yg sopan santun, bagitau apa yang tak betul dgn uslub yg tak men’tajrih’ hati org maka mmg patutlah kita katakan itu nasihat. Jadi, kita nie bila bnyk bercakap, kita sedang mengutuk, mengomen, mengkritik atau menasihat… ??? itu sendiri jawablah. Masing2 kenal diri sendiri.
Apa panjang sgt tamhid kali nie… bukannya apa, sbb nak bagi org pikir skit yg nak ditulis lepas nie mengutuk ker…mengomen ker..mengkritik ker..atau menasihat. Ada org tak dengar cakap baik2 nie…kena sergah sekali sekala baru nak sedar diri. Antara org tue yang menulis nie.. tapi kalau sergah saya, kemudian kena sergah balik jgn marah lah.
Bila dah ramai2 sgt budak msia dtg mesir nie, maka toleh kiri melayu, toleh kanan melayu, tgk depan melayu, tgk belakang adalah jgk jawa. Yerlah kan.. yang datang bukan semua melayu.. Tgk atas tak nmpak lah org, nmpak kain pelekat atau kain batik jer. Ada org melayu duduk lah umah tue maknanya.Tgk bawah lagi tak nampak apa.
Ramailah memasang cita-cita murni, niat sejernih sabun sofi, mem’bulat’kan tekad mcm biji guli utk jadi doktor yang berilmu tinggi. Apalagi bila dibakar semangat oleh abg2, akak2 senior agar belajar sungguh2..Bahkan mmg niat kerajaan hntar budak msia ramai2 ke mesir nie biar berlambak org profesional agama kat msia atau istilah majalah ‘I’ ialah "protaz". Tp kena ingat nak cari ilmu agama nie, bukan tgk tempat pun… kalau sbb tempat leh jadi alim, apasal Abu lahab kat mekkah, Firaun kat Mesir tp tak alim pun. Ehh.. sape kata tak alim, diorg alim tapi ilmu ajer tak guna. Ilmu tidak boleh mewariskan taqwa…tak boleh mewariskan iman…tak boleh mewariskan akhlak. Iman, akhlak, taqwa nie semua hasil beramal dengan ilmu bukan hasil ada ilmu.
Kalau sape2 yang hadir khutbah Syaikh Yusuf di UIA hujung bulan 8 dahulu, inilah intipati yang nak disampaikan….bahawa krisis dan kemunduran umat Islam bukan kerana ilmu. Tiada umat,bangsa, tamadun yg mempunyai khazanah ilmu lebih daripada umat Islam. Kita bangsa melayu ada satu jer (yang mashyur lah) buku tatabahasa melayu yg ditulis oleh Dr Nik Safiah (silap betulkn yer). Tp, bahasa Arab ada beribu buku tatabahasa(nahu). Itu baru nahu, xcampur ilmu-ilmu islam yang lain. Takyah kira lah ilmu sains, itu milik umat manusia sejagat. Takde sape leh claim medicine,maths atau physic ialah ilmu org barat. Bukan matsaleh jer ada hati,jantung,limpa,otak .Org india cina pun ada semua organ tue. Bukan dekat eropah jer 5x2=10, dekat pulau madura pun sama. Bukan dekat amerika jer epal jatuh ikut hukum newton, kat padang pasir pun sama. Tapi bukan jatuh dari pokok lah. Desert mana ada pokok epal.
Kita citer khazanah ilmu Islam. Yang cuma Islam saje ada. Umat lain takde. Ada sape2 boleh bawak datang paderi kristian hafal semua bible. Jangan kan semua bible.. sebiji bible pun tak hafal. Tp ulama Islam, bukan Quran ajer dihafal tp nak baca Quran dengan 10 cara bacaan pun diorang hafal… Leh tau mana nasikh, mansukh, leh tau apa asbab nuzul, leh I’rab satu-satu perkataan, leh istinbath hukum plak lagi. So, kita takde ilmu ker? Sebenarnya krisis kita bukan pada ilmu tapi pada amanah dan siddiq kita pada pemilik sekalian ilmu iaitu Allah.
Orang yang tiada ilmu boleh mencuri paling banyak ratus ribu dgn penuh susah payah pecah bank, pecah kedai emas, pecah umah orang. Itu pun boleh tersilap tarik mesin deposit cek..(kesian betul pencuri takde ilmu). Tapi org berilmu mencuri berjuta-juta dengan penuh relaks. Tak payah berpeluh, takyah pakai topeng, siap pakai kot lagi tapi menyeleweng duit company berjuta-juta.
Kalau doktor, nak bagi prescription tgk profil patient dulu, kalau patient panel, tulis ubat mahal2, bagi ubat banyak2 bior sekali jmpa smpai RM 100 company kena bayar pada kita. Patient takde duit takleh proceed operation. Prinsipnya bukan 1st come 1st serve, tapi 1st pay 1st serve. Amcam bakal-bakal doktor? Dah ready untuk berakhlak mcm Tun Mahathir ketika merawat bapa Dato Zainuddin Maidin ketika sakit. Sape tak tau citer, kena baca buku "disebalik tabir" karangan Dato Zainuddin Maidin yg menceritakan akhlak Dr Mahathir bila diminta bayaran kerana bersusah payah datang merawat bapanya.
Jadi kepada abg2, akak2 lama jgn ghairah sgt nak tarbiyah adik2 dgn tarbiyah islamiah ikut version kita aja. Macam version kita aja yg islamic. Version org lain semua version Siam. Kita ajak2 orang agar beriltizam bukan berkiblatkan jemaah tetapi berkiblatkan tuhan semesta alam. Adik2 pun jgn terlalu ghairah dgn nak jadi ‘doktaz’ sgt. Hafal quran 30 juzu’, khatam feqh sunnah, abis baca kuttubus sittah, tau hadith shohih dan dhoif, boleh baca kitab arab, ngaji ngan syaikh atau syaikhah sekalipun jgn pandai2 nak mengomen ulama’ ummat.
Nak ngomen org2 yang perasan ada ilmu mcm protaz2 msia takper… sbb diorang syok sendiri. Majalah ‘I’ label diorang ‘protaz’dah perasan diri mcm ustaz. Tue yang waktu imsak yang dah sebati dgn umat islam hingga org tak puasa pun tahu apa waktu imsak, nak dikatakan bukan dari sunnah nabi. Pelik betul ‘protaz’ msia. Ustaz yang ustaz hakiki pun tak berani nak komen manual feqh mazhab zaman berzaman. Tiba-tiba dtg dari akademi kapal terbang mana ntah nak komen pasal "imsak". Aduh.. kesian betul umat. Zaman salafusoleh, seseorg itu diiktiraf bahawa dia merupakan seorang yg alim hanya dgn dua jalan jer.
(i) Tok guru dia yang mmg ummat dah iktiraf kealimannya mentaqrirkan bahawa anak muridnya itu alim seperti mana Imam Malik menyuruh Imam Syafie berfatwa sedang umur Imam Syafie baru belasan tahun dan Rasulullah mentaqrirkan Saidina Muadz bin Jabal ketika diutus ke Yaman ATAU
(ii) Seseorang itu ditaqrirkan oleh ulama’-ulama’ muktabar yang sezaman dengannya bhawa dia merupakan seorang yang alim biarpun gurunya tidak masyhur atau dia bnyak memperolehi ilmu dengan membaca.
Takde jalan ketiga iaitu ada wartawan tulis dalam Utusan atau Majalah ‘I’ kata dia seorang ustaz sedangkan takde sorang ulama yang muktabar pun mentaqrirkan dia berilmu. Nak mntak tok guru dia taqrir lagi mustahil, sbb belajar pun tak berguru. Jadi, harapkan org2 suratkabar lah angkat nama sendiri. Nak bagi gelaran ustaz nmpak melampau sgt, kita bidaah kan satu istilah "protaz" biar nampak eksklusif sket. Takpe, bidaahkan istilah bukan bidaah yang masuk neraka. Itu bidaah dari segi bahasa jer.
Penuntut ilmu akhir zaman skrang ramai menuntut ilmu untuk menghukum orang. Belajar aqidah thohawiyah sebutir, nak mengomen iktiqad org lain tak shohih, belajar kitab feqh sebiji, nak sahkan solat org itu ikut sunnah ker tak, belajar ilmu tajwid dan qiraat nak sahkan makhraj imam betul atau tidak, belajar kitab akhlak atau tasawuf nak hukum org tak zuhud atau cinta dunia, belajar hadith ttg semua bidaah itu sesat, abis semua amalan disesatkannya.. Ketahuilah bahawa Ilmu bukan nak hukum atau ukur iman orang lain. Tapi ilmu untuk kita tambah iman dan taqwa pada diri sendiri. Dan mengetahui sesuatu ilmu tidak cukup, sbb ilmu tak mewariskan iman. Yang membuahkan iman ialah amalan… selamat mnyambut aidilfitri.
Schistosoma_malayi