Monday, May 29, 2006

Placebo...

Seorang pesakit datang berjumpa Dr kerana merasa tidak sihat. Setelah diperiksa maka pesakit terkejut kerana Dr memberikannya 3 jenis pil yang berbeza-beza.
"3 pil ini awak kena makan 4 kali sehari. Setiap pil yang awak telan, kena minum 1 gelas air"
Lalu pesakit merasa cemas kerana khuatir menghidap penyakit yang serius hingga terpaksa makan 3 jenis ubat sebanyak 4 kali sehari. Dia pun bertanya "Dr, saya ini menghidap penyakit apa? Serius ker? "
Dr pun sambil tersenyum menjawab " Awak sebenarnya kekurangan air "
Kui2…
*Placebo is an inactive substance (pill, liquid, etc.), which is administered as if it were a therapy, but which has no therapeutic value.