Thursday, April 27, 2006

Doktor dan Tok Guru...

Situasi pertama
Seorang pesakit baru keluar daripada hospital setelah dirawat penyakitnya. Sebelum keluar doktor yang telah berpengalaman selama 15 tahun berpesan:
"Awak jangan makan daging banyak-banyak, sebab nanti tekanan darah tinggi awak naik"
"Baik…. (macam Sinchan jawab tue )"
"Awak kena makan ubat nie 3 kali sehari selepas makan"
"Baik…."
"Awak kena selalu buat regular exercise… "
"Baik…"
Pendek kata, no question at all. Mengangguk jer..
Keluar hospital, pesakit jumpa member-member dia untuk menyatakan rawatan dan pesanan yang diberikan oleh doktornya. Member-membernya pun "mengomen" pesanan doktor.. Ohh….ada Dr baru graduate kata, makan daging takpe tapi engko kena balance lah ngan makanan lain ,ada pharmacist kata ubat tue tak bagus, ada side effect, aku baca buku regular exercise tue untuk yang dok depan TV jer, dan banyaklah lah komentar mereka….blah..blah..blah.. Pening...

Yang bagi komen, sorang engineer, sorang politician, sorang akauntan, sorang pemancing ikan. Kalau Dr atau bomoh atau Tobib Cina oklah jugak kan....

Situasi kedua
Seorang Tok guru yang telah mengajar feqh selama 15 tahun mengajar pada jemaahnya, dalam mazhab Imam Syafie sunat mua'qqad baca Qunut selepas bangun dari rukuk rakaat kedua ketika solat Subuh. Dalilnya begini ….blah..blah.. Bacaannya begini blah..blah.. kalau terlupa kena sujud sahwi blah…blah…dan saya belajar dan ambik ilmu ini dari syeikh fulan bin fulan …. Jemaah pun mengganguk. Tanda faham

Keluar masjid, seorang jemaah jumpa kawan-kawan untuk menyatakan bahawa hari nie dia belajar tentang qunut subuh. Kawan-kawannya pun "mengomen" Ohhh… ada ustaz muda baru graduate kata tue pendapat Mazhab, kita pegang Quran dan Sunnah. Syaikh hadith aku kata dalil qunut tue dhoif, takleh guna untuk beramal, aku baca buku tak perlu sujud sahwi kalau lupa. Kita tak boleh terima jer.. kena kaji..belajar semua ilmu-ilmu agama yang lain. Pening....
Yang bagi komen, sorang engineer, sorang arkitek, sorang akauntan, sorang pemancing ikan. Kalau ustaz takpelah jugak kan....

Jika yang dikomen tue pesanan doktor…Mungkin orang kata:
"korang tahu apa. Dia tue jadi doktor dah 15 tahun…practise medic dah lama, dah mahir istilah-istilah medic,complication dan tahu treatment yang sesuai nak bagi, dengan keadaan atau kondisi pesakit berdasar pengalaman dia"
Tapi bila pesanan Tok guru… bumi jadi terbalik.
"cakap korang tue betullah… dah lama sangat jadi tok guru..otak tak berkembangjumud…terikat dengan istilah turath jer..tak ikut perkembangan semasa… kena review balik hukum tue… "
Nie misal golongan yang nak tajdid dan review semua benda tentang agama. Kira oraitlah… sebab cakap benda yang separa betul… tapi rasa diaorang jer betul.

Yang lagi pelik.....Bila orang macam Sisters in Islam bercakap. Jika mereka bercakap tentang health and medicine, rasanya takde sape nak dengar. Biarpun bagi nama Sisters in Health. Tapi bila cakap pasal agama…ehh..ehhh…ada pulak yang setuju dan mengiya. Biarpun yang dia cakap tue… totally tak betul. Tapi tetap kata betul. Karut betul… !!!

Schistosoma_malayi


Baca penuh...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home