Monday, April 24, 2006

Keazaman,cita-cita atau angan-angan

Teringat jawapan seorang warga Libya yang hampir 25 tahun menetap di negara muara Nil ini apabila ditanya mengapa terus tinggal di sini. Katanya "Masyayikh-masyayikh di sini tidak akan kau temui di negara lain". Nak terbeliak jugak mata bila dia sebut begitu...tingginya sanjungan kepada masyayikh di sini tapi barangkali juga kata-katanya itu bersifat mubalaghoh. Yang penting, dia menghargai. Tapi bila ditanya siapa syaikh-syaikhnya, seorang nama pun tidak pernah aku dengar. Logiklah tue.. sebab berapa kerat sangat nama syaikh yang aku tahu. Tapi dia mengakui bahawa memang orang tidak kenal masyayikh mereka dan yang datang mengaji pun tidak ramai. Hhmm.. kalau begitu bagaimana boleh ketemu?
"Jika engkau siddiq untuk menuntut ilmu, engkau akan dapati syaikh di depan engkau" Fullstop...
Mudah sifirnya "Apa yang kita azam dan matlamatkan, nescaya perkara itu akan dipermudahkan" Susah bagi orang lain, tetapi mudah bagi kita...
Jika masih susah, ketahuilah bahawa kita belum mencapai tahap keazaman, tetapi sekadar cita-cita atau lebih teruk sekadar angan-angan .
Aku ingat nak memancing ikan lah kat Sg Nil. Leh dapat ikan fresh ...Tapi susahlah sebab pancing takde, cacing takde,tak tahu kat bahagian Nil mana banyak ikan, ikan ader ker takde musim macam nie. (Sebenarnya bukan nak memancing sangat pun....saje berangan-angan memancing!!)


schistosoma_malayi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home