Thursday, April 20, 2006

Malaysia memerintah Mesir.. Mampu ker???

Tengok program-program dialog kat tv mesir memang memualkan, tp jika nak tengok cmner org mesir reti mengomen semua benda, jinak-jinakkanlah tengok program-program yang mengomen nie. Daripada komen bola patut passing dari tepi bukan dari tengah atau striker team tue patut tak ditukar (kalau match bola lah..) sampailah pilihanraya negara yang langsung takde kena mengena ngan mesir. Itulah hebatnya Mesir.. semua benda leh komen. Yang terbaru semalam bincang isu kenyataan Mursyid Ikhwan yang kononnya menyinggung perasaan orang mesir. Tapi aku lupa rancangan apa...
Orang yang bagi kenyataan tak dijemput.. tapi apa yang dicakap dibincang. Aperlah punya bincang.. Terkebil-kebil lah seorang ahli panel yang nampak gaya mempertahankan kenyataan Mursyidul Am Ikhwan itu dengan di'belasah' oleh ahli-ahli panel lain. Mula-mula malas nak dengar, tapi dari awal perbincangan, nama Malaysia asyik-asyik keluar dari mulut panel...asyik-asyik kaitkan Malaysia.. ehhh...xleh jadi.. nie apa citer.. bila pulak Malaysia ada kaitan ngan Ikhwan ( yang org Malaysia mengaku diorang tue Ikhwan adalah...).
Bila plak kerajaan Malaysia campurtangan politik mesir. Nie apa sebenarnya yang dibincang...
Abis program, explore internet...cari kandungan temuramah org surat kabor ngan mursyidul am tue. Rupanya-rupanya Mursyidul Am JIM Mesir (Jemaah Ikhwan Muslimin yer...baca betul2) mengambil contoh jika muslimin Malaysia memerintah Mesir. Maka itu bukan dinamakan penjajahan...sebab sama-sama Islam. Ohhh....tue jer. Tapi benda sesimple tue pun diorang takleh terima.. "Mesir adalah untuk orang mesir", "Kesatuan Islam adalah kesatuan Arab". Semua benda-benda mengarut masuk dalam perbincangan... yang cakap tue orang hebat-hebat gak.. pemikir Islam, ketua pengarang surat khabor tue..surat khabor nie..peguam..ahli politik . Moderator..seperti biasa, seboleh-boleh nak panaskan keadaan.
Bila baca-baca balik...bukan Malaysia tue yg puncanya, tp sebab ada kenyataan Mursyidul Am Ikhwan yang memperlekehkan Mesir.(dalam akhir petikan dibawah) Jadi nak cari point tambahan... Malaysia pun dimasukkan sekali. Seolah-olah Ikhwan tidak ada ketaatan dan semangat patriotik terhadap Mesir.....karut...karut...
Baru borak-borak ttg nie.. ada member kata "patut tadi budak arab kat kuliah tanya...Mesir, kalau Malaysia perintah , bagus nyer? " hahahaha... aku tak tau apa kwn aku jawab. Tapi kalau tanya aku.... pasti aku jawab
"Bagus... Memang bagus...Teramat bagus!!!"
Tak terbayang... mcmana lah Mursyidul Am Ikhwan leh terlintas kat kepala dia Malaysia... takde negara asia lain ker nak buat contoh. Tapi takpelah... dia bersangka baik kepada Malaysia. Jangan lupa yer.. Ikhwan memberi kredit pada "Islam Hadhari" tanpa sebarang komen dalam websitenya (nie kwn lah cakap..aku xbaca pun).Tinggi jugak harapan mereka tue terhadap Malaysia.
Untungnya Malaysia.. Lepas nie aku pun nak mengaku orang Ikhwan gak lah... pastue leh bawa citer " Mursyidul Am Ikhwan Mesir sendiri merasakan bahawa Mesir boleh berada dibawah pemerintahan Malaysia .. maka bila lagi kita nak duduk dalam satu saf membina daulah Islamiyah " Orang-orang malaysia pun angguk... betul2....
Nie petikan..yang ada sebut "malizi.." dan yg merah kat bawah sekali tue...ialah tajuk besar surat khabar yg syarikat dia kat tepi jalan Kasr Eini... cari sendiri lah.
..لو أن الذي يحتل فلسطين مسلمين من آسيا مثلا وليسوا يهود صهاينة فما هو موقفكم؟
!!مفيش حاجة اسمها مسلمين يحتلون مسلمين
الأتراك احتلوا مصر؟
- لا لم يكن احتلال.
* لماذا لم يكن احتلال؟
- هل ستزور التاريخ، سأحكي لك حكاية، ياريت مسلمي ماليزيا يحكموا مصر، والأتراك لم يكونوا محتلين، فاسمها دولة الخلافة وكونها دولة فاسدة فهذا ليس معناها احتلالا، فالمسلم لا يحتل مسلما، الاحتلال يكون من يهود
* إذن علي أساس ديني؟
- "استنى بس" الاحتلال له معنى آخر غير ما تقوله، أنت تعتبر الخلافة احتلالا، لو خليفة من ماليزيا حكم مصر لا يكون محتلا، المسلمون لا يحتلون بعضهم البعض، لأن يدهم واحدة في العالم كله، مصري.
* كيف وهو ليس من وطني؟
- الفساد العقلي والاستعماري والثقافي الذي سيطر على الأمة العربية والإسلامية جعل هناك ماليزي وتركي..
* أنا لا اعرفه حتى يحكمني؟
- "استنى بس افهمنى كويس"، المسلمون أمة واحدة، ليس ماليزي ومصري وسعودي وغربي وشرقي، أنهم أمة واحدة، ولكن العقلية الاستبدادية الاستعمارية الواردة علينا قسمتهم، الخلافة كانت تحكم كل العالم العربي والإسلامي، وكل مسلم لم يكن مكتوبا بطاقته عربي أو غير عربي،ولكن مسلم، فالجنسية هي الإسلام.
* أنا مختلف مع سيادتك ويحكمني مصري وليس من أي مكان آخر؟
طظ في مصر وابو مصر واللي في مصر
(inilah ayat yang membuatkan pemimpin2 nasionalis Mesir mengamuk...aku pun tak tau maknanya)
Schistosoma_malayi


Baca penuh...

0 Comments:

<< Home