Saturday, April 29, 2006

...Kita memang serabut...

Melihat post yang di tulis tentang "si jahil yang bercakap" memang menunjukkan keserabutan pemikiran manusia akhir zaman ini.Di tambah pula dengan perasa jahil dan sombong cukup lengkap untuk melahirkan menu yang menyenaraikan idea-idea punah yang jauh dari petunjuk Al-Quran dan As-sunnah.
Tapi itulah hakikat akhir zaman.Tak perlu rasa pelik,apabila si jahil di beri peluang untuk "berfatwa" sesuka hati mereka kerana perkara ini sudah di beritahu oleh rasulullah sallallahualaihiwasallam dalam mafhum hadithnya:Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan menariknya dari manusia,tetapi di angkat ilmu dengan mematikan ulama',sehingga tiada lagi orang alim yang tinggal,maka manusia mengangkat si jahil menjadi ikutan,di tanyakan pendapat si jahil itu,lalu dia memberikan "fatwa"nya tanpa ilmu,maka dia sesat dan menyesatkan orang lain.
Itulah keserabutan yang kita hadapi.Puncanya satu:Mahu bercakap menunjuk dirinya mahir dalam agama,tapi jahil tentang apa yang di cakap,dan tak mahu merujuk kepada orang yang tahu(bukan orang yang buat-buat tahu).Yang lebih serabut lagi,ada juga yang menuruti jejak langkah mereka yang jahil ini tanpa berusaha untuk memikirkan dan menimbang apa yang di perkatakan.Kesian,duduklah kita dalam serabut yang menyerabutkan.
Gambaran yang cukup tepat di gambarkan oleh seorang ulama' apabila di tanya tentang golongan seumpama sister in islam yang kononnya memperjuangkan keadilan atas nama islam:
Dalam apa jua celoteh, apa yang penting ialah ilmu. Tidak mungkin kritikan yang waras terhadap Islam boleh bertolak dari kejahilan. Mereka bukan setakat berbicara bahkan mengkritik keadilan Islam. Ini perkara serius.
Jika prasyarat seorang pensyarah universiti memerlukan Sijil Sarjana atau Ijazah Kedoktoran sebelum dibenarkan berkuliah maka apakah semua orang boleh berbicara hatta mengkritik mengenai Islam tanpa memerlukan sekerat sijil kelayakan pun. Bolehkah diterima sebarang petani kampung umpama Pak Mat atau Pak Leh membuka kuliah perdana mengenai matematik di London School of Economics?
Pendek kata, pada saya monolog ketiga-tiga pembicara dalam seminar itu cuma bercakap dalam pementasan drama yang ditutup lampunya. Dalam kegelapan itulah ketiga-tiganya meraba seekor gajah dan sedang mengatur khalayak mengikut apa yang disentuhnya.
Panjangnya belalai lalu disebutnya gajah itu bagaikan tali. Lebarnya badan maka disebutlah gajah itu bagaikan dinding dan besarnya kaki lalu diajarnya penonton yang gajah itu bagaikan batang kelapa. Mudah-mudahan, penonton tidak tertipu dengan permainan sarkis si buta.
Inilah dunia kita.Sama-samalah fikir macamana nak hadapinya.Aduh,serabut kepala!
-tanpa nama-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home