Wednesday, May 24, 2006

Apabila Mesir dijadikan Medical School Malaysia…

Kerajaan telah menandatangai MoU dengan kerajaan mesir untuk menambah kuota pelajar perubatan Malaysia di Mesir kepada 600 orang. Dasyat… !! Ini menjadikan Mesir sebagai Medical School Malaysia kerana jumlah itu adalah lebih kurang sama dengan pengambilan pelajar kursus perubatan di IPTA Malaysia.
Dalam masa 6 tahun akan datang, hospital kerajaan akan menerima sekitar 600 graduan perubatan Mesir ( tidak termasuk Jordan tue ) untuk menjadi doktor pelatih di Malaysia. Dalam masa 6 tahun, pelajar perubatan Malaysia di Mesir berjumlah sekitar 3500 orang. Banyak tue!! Jumlah yang hampir menyamai pelajar-pelajar kursus pengajian Islam di Mesir.
Apa yang istimewanya Mesir? Dato Mustapha kata murah, memang murah sungguh. Kos hasil sorang doktor UK boleh hasilkan 9 orang doktor mesir…fuhhh…tak ker jimat tue. Kerajaan kan suka berjimat-cermat. Dato mustapha kata lagi, sebagai pilihan daripada mengambil jurusan agama semata-mata. Betul tue.. Ibn Nafis pun faqeh mazhab syafie tapi doktor jugak. Imam Syafie pun dalam manaqibnya yang ditulis oleh Imam Baihaqi (Abai..ko jgn perasan) mengatakan Imam Syafie tahu ilmu perubatan. Memang betul kata Tok Pa tue. Dato Mustapha kata lagi, kualiti pendidikan di Mesir tinggi. Memang betul tue, belajar biochem, anatomy, histology sampai 2 tahun ( yang lulus terus lah). Memang tinggi standard ilmu mesir. Tapi pusing-pusing, sebenarnya dasar Islam Hadhari jugak…. Malaysia kan nak jadi negara Islam yang berhadharah, yang maju, yang moden. Nak jadi cmtue… doktor-doktor nya kenalah tau Islam, kenalah reti bahasa arab. Barulah hospital-hospital malaysia jadi Islam Hadhari jugak.

Aku tak boleh bayang lah, nanti di hospital-hospital kerajaan doktor-doktor lepasan Mesir bertegur sapa dalam ammiah mesir.
"izzayyak… izzai nahar dah..kuais? "
Terpinga-pingalah nurse-nurse kat hospital…bukan nurse aja terpinga dengan patient-patient pun terpinga. Doktor-doktor lama mesti jeling semacam jer… "diorang nie mengutuk aku apa…" . Silap-silap ada notice tampal…Speak in English. Hahahaha
Kena plak doktor mesir berborak sama sendiri.
"utusan dah ... mafish faidah kholis. Berita harian zai utusan bardu, zibalah" (Tengah bincang pasal berita suratkhabar lah agaknya tue).
Perasan plak nurse nama Faridah "Diorang sebut "faidah" nie, sebut pasal aku ker?". Yang nurse nama Zaidah pun terjeling sebut-sebut "dah".. sebut-sebut "zai" nie..muka aku masuk utusan ker". Takpun ada yang check zip seluar sebab terdengar "zip belah (zibalah)" Karut-karut aku nie… hahahahah….
Dan semakin ramailah nurse-nurse dan kakitangan hospital yang reti arab, maklumlah kalau doktor ramai yang cakap arab, takkan taknak ikut gelombang Islam Hadhari beb…biar pun sepatah dua jer pun yang asyik ulang. Maka yang paling awal di Malaysia menjadi pusat perkembangan Islam dan bahasa arab ialah di hospital. Huhuhu…. Hidup Islam Hadhari.
Dan semakin ramailah terhasilnya protaz (ker prostat) protaz jadian di Malaysia. Tapi harap-harap tak begitulah.. Sekarang nie, yang reti bahasa arab sket, leh baca kitab arab sket, boleh dipanggil ustaz, boleh dipanggil syaikh. Kalau balik mesir… lagi lah. Doktor A'llamah Muhaddith lah jawabnya…. Aduh…serabutnya dunia ku 10 tahun lagi.
Dari segi jodoh plak…yang lelaki takpe saham makin tinggi. Bakal menantu balik mesir tue… dahlah Doktor reti plak jampi-jampi ayat Quran nie. (baca jer apa-apa)Hahahaha… Sejuk mata mertua…. Bukan saja boleh mengubat orang, Imam boleh, baca Quran boleh, bagi fatwa boleh..Kui..kui… Mertua kita bukan tau kita buat apa kat sini.haha..
Yang perempuan… hah, sape yang nak nikah doktorah mesir kena cermin diri betul-betul dulu. Diorang tue bukan sahaja Doktorah… tapi Harakiah (bukan hieraki jepun tue)….Faqehah… A'llamah…Hafizah… Muhadithah… perghh. Bnyk sangat dah gelaran nya.. satu jer tak boleh. Hajah.. sebab nak gie haji kena ada mahram. Hihihi…

Perkembangan politik pun akan berubah, daripada 3600 orang dalam masa 6 tahun, takkan lah takde yang ikut jejak Dr Lo'lo, takkan lah takde ikut jejak Dr Hatta, takkanlah takde ikut jejak Dr ….err sape-sape jerlah. Samaada memang niat nak mengikut jejak atau jadi paranoid dengan dakwah Ikhwan di Mesir tue belakang kira. Maklumlah…tiap-tiap hari gie kuliah nampak lori black Maria mesir (tapi sini color hijau) bawak banduan gie medical checkup kat hospital kuliah. Banduan plak berjubah, berjanggut… nie mesti orang ikhwan nie. Tabah diorang yer..kena tangkap kena seksa… padahal tak tau pun diorang tue sape. Segan jugak kan.. member-merber malaysia tanya, tak jumpa orang Ikhwan ker? Jawab jer jumpa.. tiap-tiap hari kat pagar kuliah. Fuyooo...

Yang pasti, senario politik malaysia 25 tahun akan datang akan berubah lagi. Seronok betul rasanya kalau Pak Lah panjang umur lagi, Dato Mustapha Mohammed hidup lagi, Dato duta masih di dunia lagi, yang bedah jantung (heart attack kalah piliharaya), yang bedah otak (cerebral hemorhagic, darah tinggi naik) , yang bedahsiasat korupsi, yang bedahsiasat fail kroni, yang prescribe antidepressant (sbb tension kena kritik jer) kat diorang nanti doktor-doktor mesir hasil MoU tambah kuota 600 pelajar Malaysia. hahahah

Sekarang ini, di Malaysia, yang memegang jawatan penting di hospital dan agensi kesihatan ialah era lepasan-lepasan barat dan Autralia. Era batch Mesir 60-70an dah berakhir. Dalam-dalam berakhir pun, banyak abang-abang lama yang balik hujung 90an in the making process nak jadi pakar. Itulah dunia…..sentiasa berpusing rupanya… Tuanku Abdul Rahman hantar Mesir, then stop dan Dr Mahathir prefer hantar UK,India, Australia. Then era Paklah hantar Mesir balik… Bagus betul orang nama-nama mula dengan Abdul nie.. memang minat Mesir rupanya.

Apa petunjuk ini semua, kita tak tau. Adakah kebangkitan islam akan dipelopori oleh golongan academician yang bersemangat waja terus berusaha, yang mementingkan semua benda mesti teratur, terancang, bertanzim, berjadual. Kalau benar sekalipun, harap-harap duduklah bawah kepimpinan ulama' jugak, jangan nak buat kepala hotak sendiri nak bangkit cara pemahaman moden mereka. Tanzim…tanzim… takde tanzim takleh menang. Tanzim …tanzim jugak, kalau minit mesyuarat jer berjela kejanya takde, buang kertas jugak.

Tapi kita kena ingat… Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Cuma kita yang tak mengetahui apa hikmahnya.
Kata Ibn Ajibah radhiyallah a'nhu:
"Dan bagi perempuan-perempuan yang cantik itu berniqab (agar tersembunyi kecantikkannya), dan bagi matahari yang terang itu diselindungi awan (agar tidak tersilau dunia dengan sinarannya)"
Begitulah jugak dengan hikmah Ilahiyyah… ditutupi dengan pelbagai sebab kerana terlalu berharga nilainya.Jika diangkat hijab segala sebab-sebab itu lalu terpancar hikmah nescaya manusia akan berkata… Subhanallah…. Inilah hikmahnya.
Yang pasti, bulan september nie 600 orang mau mari..aku nak cabut lari. Hahahaha.
schistosoma_malayi

5 Comments:

At Thursday, May 25, 2006, Anonymous Anonymous said...

takkan takdek glosari utk makne perkataan dalam italic kot? he he he yer lah kan senang orang nak paham

 
At Thursday, May 25, 2006, Anonymous Anonymous said...

a'a betul kata kembojaputih tu...

 
At Thursday, May 25, 2006, Blogger SofwatunNil said...

To kembojaoutih n hijau: I didnt ask readers to guess my mind but just spark a fire so people can 'see' what are coming infront.
to muslim: glosari takde.. pandai2lah cari sendiri makna. ramai2 nnti tau, susahlah nak mengomen org. hihi.

schistosoma_malayi

 
At Thursday, May 25, 2006, Anonymous Anonymous said...

yer tak yer jugak kan..takpe takpe teruskan menaip dan memcurahkan buah pikiran anda~ ngeh ngeh~

 
At Friday, May 26, 2006, Anonymous Anonymous said...

jauh nye imaginasi..haha takpa2, aku nk anta bende utk test power...bende lama....tulis time bosan study...

 

Post a Comment

<< Home