Thursday, May 04, 2006

Isu patung Haram di Mesir..tak abis lagi rupanya.

Program dialog dan forum bersama tokoh-tokoh masyarakat Mesir merupakan program paling banyak memenuhi channel TV Mesir. Tiada yang menarik melainkan tokoh itu adalah ulama'-ulama' yang muktabar. Namun di Mesir, ulama'-ulama' ini digandingkan dengan individu-individu yang mengaku intelektual dan mengelar diri mereka dengan muthaqaf (orang-orang yg berpengetahuan). Yang terbaru dalam program dialog "Al-bait baitak", Al-allamah Syaikh Ali Jumaah berdialog (ber'hiwar') dengan seorang pakcik tua yang merapu tetapi dikatakan seorang pemikir dan penyair agung.

Isu yang dibincangkan, biarpun tajuk dialognya lain, masih berkisar tentang fatwa Darul Ifta' Mesir yang mengharamkan patung. Isu ini dikaitkan dengan keganasan, pelampau agama, tiada kesefahaman antara ulama' dan wartawan dan bla..bla.. Perangai wartawan dan mushaqaffin Mesir lebih kurang sama dengan Astora Jabat. (Astora yang belajar dari mereka). Bangkit perkara remeh-temeh dan kemudian jadikan isu ummat.

Dialog itu tidak menghasilkan apa-apa kata sepakat pun, tetapi method dan pendekatan Syaikh Ali berhujah dengan orang-orang yg syok sendiri merasakan diri mereka juga ada hak dan menuntut hak berbicara tentang masalah-masalah agama adalah amat berharga. Namun orang tak sedar diri, memang susah nak disedarkan.

Melihat puak-puak muthaqaf Mesir bercakap memang nak muntah… nak ambik bola bowling baling kat kepala diorang. Seboleh-boleh nak ulama mengiyakan pendapat-pendapat mereka. Bila ulama kata haram jugak, mulalah buat murajaa'h (istilah Syaikh Ali) jumpa ulama-ulama lain yang boleh mengiyakan pendapat mereka. Corner sana..corner sini…nak jugak ada ulama kata:
"Hukumnya HAAARUS…" .Jika ulama itu tidak berjaya di'jinak', mereka kritik di dada-dada akhbar atau paling kurang diorang kata: "Itu PENDAPAT syaikh fulan bin fulan sahaja. Pendapatnya itu tak sesuai dengan kondisi sekarang" Aduh…serabut dunia.

Nie yang buat Syaikh Ali marah bila orang suratkhabar bukan berperanan nak bantu ulama mentarbiyah ummat TAPI mengkacau bilaukan ummat. Ummat jadi pening… Mufti kata haram. Tapi orang suratkhabar masih tanya ulama lain. Jadi timbullah banyak hukum tentang satu masalah. Pening ummat… mana satu nie?. Padahal fatwa patung nie, Darul Ifta' keluarkan pada tahun 2004. Selepas 2 tahun baru nak kecoh dan dijadikan isu pulak. Selama 2 tahun lepas senyap jer… Tuelah kerja orang suratkhabar. Menjadikan sesuatu benda yang tak penting sebagai isu lalu semua orang pun mulalah bercakap…mengomen…bagi pendapat.

Inilah cabaran ulama' ummah di Mesir. Mereka ingin menyembuhkan ummat, tetapi suatu pihak lagi ingin melambatkan usaha penyembuhan. Ibarat seorang doktor yang ingin merawat pesakitnya yang ada kencing manis. Bila diketahui penyakitnya, Dr pun men'fatwa' bahawa haram makan gula (jangan makan gula lah…). Pesakit nak ikut atau taknak, itu suka hati dia.
Tapi kenapa 'fatwa' jangan makan gula itu diperbesar-besarkan dan dirujuk pula pada Dr yang bukan pengkhususannya. (Tanya pada surgeon yang tak ikhlas memang kata takpelah makan gula. Nanti kalau gangrene, pesakit tue pergi kat dia jugak untuk amputation). Tak cukup dengan itu, buat forum khas, 'Kesan penegahan memakan gula kepada pesakit diabetic'. Tak cukup lagi, tulis dalam suratkhabar 'Dr mengatakan gula jangan dimakan' atau ' Gula sumber pendapatan negara, ekonomi jatuh kalau orang tak makan gula' .

Macam tue jugak lah fatwa pengharaman patung. Kecoh suratkhabar!!. Yang paling tak tahan.. bila pakcik tua dalam TV kata, fatwa sedemikian rupa akan menyebabkan orang Islam Mesir menjadi pelampau dalam agama dengan memecahkan patung-patung tinggalan sejarah di Mesir dan patung-patung di kedai-kedai cenderamata seperti yang berlaku di era Taliban!!. Aduh…karut betul pemikir-pemikir Mesir nie. Nie salah sorang datuk Sisters in Islam .Nenek dia kat Amerika yang imamkan Jumaat tue.

Syaikh Ali jawab simple jer.. 'Yang berbahagia tuan, apabila arak yang semua tau memang haram dalam agama, tetapi masih dijual di hotel-hotel. Apakah difahami daripada hukum HARAM itu dengan memecahkan botol-botol arak di hotel-hotel? Saya memfatwa patung haram, bukan saya suruh orang hancurkan patung. Hukum haram pun bukan saya seorang yang kata, ini qaul jumhur fuqaha'.

Nie apa citer umat kita nie… apa yang perasan pandai sangat nak masuk campur urusan agama nie… Dah takde hobi lain kot. Nie semua sebab ramai sangat yang syok sendiri merasakan mereka itu ada ilmu. Reti baca buku-buku tentang Islam sikit…dah nak memandai-mandai nak kata… 'kami pun faham Islam jugak'.

Ini satu puak… puak yang nak mengharuskan semua benda. Ada satu puak lagi, puak yang nak mengharamkan semua benda.. Mufti kata patung haram, diorang kata hukum gambar macam patung jugak!Puak yang kedua nie, merasakan merekalah pembela sunnah. Tapi tak menyedari merekalah yang meragukan ummat dalam ibadat dengan pendapat-pendapat mengharu birukan ummat. Tapi penyakit dua-dua group nie serupa… tak sedar diri,syok sendiri dan rasa diorang jer yang reti.

Bacalah link ke Darul Ifta' Mesir ini ...http://www.dar-alifta.org/ViewMoftiSpeech.aspx?ID=3

Schistosoma_malayi


Baca penuh...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home