Thursday, June 22, 2006

Islam alternative….itulah realiti Islam di Malaysia.

Apabila Astro mengasaskan program realiti akademi fantasia, tidak terfikir akan lahir lagi satu program realiti yang tidak berasaskan arahan dan skrip. Semuanya realiti...gembira real...senyum real.. ketawa real dan menangis pun real. AKADEMI QURAN.
aku nie bukan minat pun tgk akademi fantasia.. namun pabila melihat 'reality' akademi Quran (gitu-gitu jerlah). tergelak pun ada.. nak kesian pun ada.. nak tumpang gembira pun ada..nak tumpang menangis pun ada bila tgk peserta akademi Quran tersingkir ( leh caya ker aku nie..) . apsal sefesyen ajer program realiti nya. Daripada mula dimaklumkan terpilih menjadi 'finalist' hingga lah ke tahap tersingkir. sebiji seperti akademi fantasia. yang bezanya...semua pesertanya menampilkan imej seorang muslim/ah dan peserta wanitanya bertudung litup (lawa ker tak..subjektif yer!).
Jikalah lahir akademi quran dahulu... nescaya tiada siapa yg mempersoal ttg 'taqlid' program realiti islam ini dengan akademi fantasia....Namun kenapa itu modelnya??? aduh... sedihnya lihat mentaliti islam Malaysia. Salah seorang finalis ialah bekas Imam masjid umah aku.Memang layak lah dia terpilihkan, sebab dia bekas Johan Tahfiz peringkat antarabangsa!!! Dan takde orang sangat ker? Johan tahfiz peringkat antarabangsa turun masuk pertandingan akademi Quran... aduh.... serabut dunia.

Islam mempunyai identitinya sendiri... daripada ilmu,adab, kesenian.Semuanya Islam lain daripada yang lain. Islam merubah bukan dirubah!!. . Islam yang perlu diikuti bukan Islam yang mengikut. Islam bukan tempelan atau cop. Islam bukan merubah agama sahaja... tetapi merubah segala bentuk hidup kepada apa yang dinamakan Islam. Islam disampai melalui disiplin ilmu yang ketat, hanya mereka yang diberi authority untuk mengajar boleh mewariskan ilmu Islam. Islam datang dengan merubah budaya, merubah seni, merubah akhlak, merubah adab, merubah manusia. Islam tidak meniru....tetapi Islam adalah dasar rujukan umat dunia sejak zaman berzaman

Masjid-masjid dan senibina Islam di zaman khilafah masih kukuh berdiri menjadi kebanggaan bahawa Islam ada keseniaannya. Kubah-kubah dan menara-menara masjid menjadi lambang identiti dan 'realiti'nya kesenian Islam yang tidak pernah di'taqlid' daripada agama lain. Kitab-kitab yang zaman berzaman, masih kekal biarpun beratus ribu kitab ilmu tenggelam dalam Furat ketika jatuhnya Baghdad. Bukan Quran sahaja yang umat ini warisi dengan sanad... semua kitab-kitab ulama silam diwarisi oleh generasi kini dengan sanad. Bukan sahaja dengan sanad lafaz tetapi dengan sanad kefahaman. Maka apabila diwarisi ilmu Islam... akan kedengaran lah bahawa ini pendapat Imam Syafie, ini pendapat Imam Ahmad. Biarpun sama lafaz hadithnya..namun kefahaman yang berbeza oleh ulama-ulama silam tetap diwarisi dengan sanad.Aduh... gemilangnya disiplin ilmu Islam. Adab Islam tiada tolok bandingnya, sebesar-besar adab dengan Allah dan RasulNya hinggalah sekecil-kecil adab agar sentiasa mendahulukan kanan (tangan,langkah n etc) agama ini menjaguhinya.

Agungnya kita kerana qiblat solat kita bukan sahaja ke Kaabah tetapi qiblat hidup umat Islam juga adalah Kaabah al-musyarrafah. Di timur..di barat ...diutara atau di selatan... Umat Islam berkiblatkan hidup mereka kepada kaabah yang menjadi lambang kemuliaan Islam dan kaabah itu dibawah khilafah maka qiblat ketaatan umat Islam adalah satu. Umat Islam tidak mempunyai banyak kiblat kepimpinan,atau banyak kiblat ilmu,atau banyak kiblat budaya ketika itu. Agama ini agama tauhid.. agama yg menyatukan...yang mengesakan segala-galanya. Tuhan yang Satu, Nabi yang menyampaikan syariat yang satu, Kiblat yang satu, Quran yang satu, Khilafah yang satu, menentukan puasa/raya dengan melihat bulan yang satu.

Umat Islam sekitar 120 tahun dahulu tidak mengenal penggunaan jam yang digunakan sekarang. Sistem jam sekarang menyebabkan waktu solat sentiasa berubah-ubah.Umat Islam ber'kiblat'kan jam Islam. Rujuklah kitab "madkhal ila mazahib arbaah-syaikh ali Jumaah" . Diceritakan bagaimana orang mesir berubah cara hidup apabila sistem jam berubah. Puncanya… ialah hidup mereka telah berkiblatkan eropah hanya solat sahaja berkiblatkan kaabah. Bagaimana berlaku demikian? Apabila kerajaan mesir membebaskan diri dari khilafah uthmaniah dan berubah kiblat ke Eropah akibat ramainya rombongan-rombongan cendekiawan mesir dihantar belajar ke eropah. Itu berlaku ketika empayar uthmaniah sedang nazak di hujung kurun 19.

60 tahun selepas itu, apabila Tanah Melayu merdeka. Negara diserah pada negarawan (lembut dari nasionalis) yg mendapat pendidikan di England seperti Tuanku Abd Rahman.
(Tp Tuanku seorang yang ikhlas berjuang utk bangsa dan beliau kembali ke rahmatullah pada hari JUMAAT!)
Otak mengagungkan barat ditanam sehingga ada satu lawak yang tak tau betul atau tidak.
Dikatakan ketika Malaysia ingin capai kemerdekaan, maka antara yang ke London ialah wakil orang Sarawak/Iban iaitu Temenggung Jugah ( muka hakim tak bertauliah tue). Apabila turun dari kapal terbang maka dia merasakan cuaca luar dingin dan berkata " hebat betul orang putih, SATU NEGARA diorang pasang AIRCOND!!!! "
Harap2 tak betul lah lawak nie…apalah 'bijak' sgt temenggun jugah.

Balik citer tanah melayu merdeka.Maka berkiblatlah perlembangan Tanah melayu dengan apa yg dicadangkan oleh suruhanjaya Reid. Tp alhamdulillah Tuanku hantar budak medic zaman itu belajar di Mesir.. ramai giler!. Tapi malangnya Mesir kiblatkan eropah jugak. Cuma itu dari segi kerajaan. Rakyatnya banyak lagi yang beriltizam dengan agama.

Kesimpulannya.Nak buat akademi Quran pun…buatlah. Tapi…biarlah dengan acuan Islam. Pure Islam. Genuine nyer program. Jangan tulis jer "Islamic program" pastue tampal. Kesian Mawi, kalau akademi Quran ada awal, mesti dia masuk dah. Tapi takde… yang ada nyer "fantasia".
Islam di Malaysia… ialah Islam alternative. Akademi Quran ialah alternative kepada akademi fantasia. Bank Islam ialah alternative pada bank conventional. UIA ialah alternative pada universiti yg takde letak nama Islam. Islam hadhari ialah alternative kepada Membangun bersama Islam dan seterusnya…. Bilakah Islam di Malaysia akan menjadi obligatory yer???
Serabut nya dunia....
Schistosoma_malayi

2 Comments:

At Thursday, June 22, 2006, Blogger takdenama said...

assalamualaikum,
Saya tertanya dalam hati, adakah anda salah seorang student egypt yang jadi ahli torrentmalaya?

 
At Friday, June 23, 2006, Blogger SofwatunNil said...

waalaikumsalam.. sy (schistosoma malayi) bukan ahli torrentmalaya:).

 

Post a Comment

<< Home