Monday, December 25, 2006

Turathi dan Hadhari (versi 2) – Mengapa turath Islam?

Turathi dan Hadhari (versi 2) – Mengapa turath Islam?

Kemodenan bandaraya Kuala Lumpur yang langsung tidak meninggalkan kesan bahawa dahulu tempat itu sememangnya kuala berlumpur yang kaya dengan bijih timah masih tidak mampu menghakis nilai-nilai turathi dalam diri saya. Biarpun membesar dalam kemodenan kotaraya namun mentality saya (bukan cara penampilan) tetap turathi dan classic. Saya adalah pencinta kitab-kitab turath. Suka membaca karangan ulama'-ulama' tua dan kisah-kisah kehidupan mereka. Terlalu kagum melihat kegigihan dan juhud mereka dalam mengekalkan warisan ilmu. Dahulu tiada mesin photostat atau percetakan, namun karangan-karangan ulama'-ulama' silam masih dapat ditatapi hingga kini kerana gigihnya mereka menyalin setiap karangan itu dengan pena dakwat tulisan mereka sendiri. Oleh kerana itu mereka lebih menghargai nilai ilmu itu berbanding kita generasi abad ke 21.
Hidup di kota Kaherah selama 6 tahun menambahkan lagi nilai-nilai turath dalam diri saya. Turath sering dikaitkan dengan jumud,kuno, tidak up to date, dan lain-lain istilah yang merujuk kepada terkebelakang. Dan saya memang mengakui saya terkebelakang, namun terkebelakangnya saya bukannya kerana mentality turath tetapi kegagalan merealisasikan apa yang difikir kepada praktikal dalam kehidupan. Mencintai turath bukannya bererti menolak hadharah. Tetapi pengekalan nilai-nilai murni turath dalam membina hadharah itulah yang patut diberi perhatian.
Diwaktu orang-orang Malaysia (tidak semua) yang hidup di kota turath Kaherah ini memandang nilai-nilai turath tidak mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan umat kerana tidak sejajar dengan dasar Islam Hadhari, (maka banyaklah kursus-kursus hadhari dirangka untuk pelajar agama seperti kursus pengurusan, IT, ekonomi, English course dan etc), saya terbaca suatu ketika dahulu iklan mengenai pengajian musim panas (masuk musim sejuk dah sekarang dah pun) kitab-kitab agama turath di Ireland anjuran pelajar-pelajar muslim Malaysia di sana. Agak pelik tetapi itulah kenyataannya, mereka yang telah hadhari mencari turathi. Mungkin kerana mungkin mereka menyedari bahawa generasi turath dahulu adalah usul dan generasi moden sekarang adalah furu'.
Pertembungan antara nilai-nilai turath dan hadharah telah berlaku di Mesir lebih kurang 100 tahun yang lalu sehinggakan diberi jolokan peperangan antara serban dan tarbus.Jolokan itu bukan merujuk kepada pakaian tetapi kepada mentality yang bersifat serban(turath) ataupun tarbus(hadhari). Golongan ulama' turath yang mempertahankan sistem turath Islam dilabelkan sebagai golongan berserban dan golongan cendiakawan termasuk ulama moden (hadhari/mua'sir) yang tidak meyakini dengan turath Islam dilabelkan sebagai golongan bertarbus. Disebabkan golongan hadhari ketika itu selari dengan gelombang pemodenan yang bertiup kencang daripada Kerajaan Attarturk di Turki dan mendapat sokongan politik kerajaan revolusi Mesir, maka peperangan ilmiah itu dimenangi oleh golongan hadhari. Maka sistem pengajian Universiti Azhar juga tidak terkecuali daripada menerima kesan gelombang hadhari hingga menyebabkan halaqah-halaqah ilmu yang tercatat dalam kitab-kitab sejarah ulama' seolah-seolah hanya cerita dongengan bagi generasi abad ke-21. Yang tinggal hanya mimbar-mimbar kosong dan ruwaq-ruwaq berkunci (sekarang bukak 2, ruwaq abbasi dan ruwaq turki) yang dikatakan dahulu ada halaqah-halaqah ilmu disini. Generasi yang belajar di Azhar dahulu (zaman 70-80an lah)ketika ruwaq-ruwaq itu berkunci kini menjadi arkitek Islam Hadhari, dan cuba mempratikkan teori hadharah cendiakawan tarbus Mesir 100 tahun dahulu dengan mendakwa bahawa Islam kini adalah Islam turathi, kita perlu melaksanakan Islam yang sesuai dengan kondisi dan zaman. Maka lahirlah Islam Hadhari versi Malaysia!(xleh bold hijau). Itulah negaraku, maju dari materialistik tapi mundur dari segi pemikiran dan fikrah. Idea 100 tahun lalu yang nak dipraktik.. Nie orang kata, barang buruk yang dipolish baru… Benarlah kata seorang ulama' yang mengabdikan dirinya untuk dakwah bahawa "Jika orang bertanya mengapa umat Islam mundur, ketahuilah bahawa kita mundur sebab ulama'-ulama' kita mundur…!" . Jika ulama' tidak meyakini umat Islam bangkit dengan kekuatan aqidah dan Iman, maka takkan jurutera,doktor,pegawai bank nak percaya pulak.
Di mesir, untuk pengetahuan satu dunia…. Muntada (kelab) Islam Hadhari dah takde organisasi. Tinggal Pengerusi jer.. AJK yang lain dah letak jawatan. Jangan tak tau yer.Kalau di Mesir pun Muntada Islam Hadhari takde organisasi, tue mesir tue… tutup jerlah kelab-kelab islam hadhari yang ada kat luar negara. Buat malu kompeni jer… Tapi kalau esok-esok tue… ada organisasi balik tue, tak tau lah. Ini berita takdelah terkini tapi validity tak expired lagi lah..
Kepada pecinta-pencinta turath Islami dan yang timbul dalam diri pertanyaan “Mengapa perlu dihidupkan turath Islami?”, jangan ketinggalan membeli risalah Syaikh Ali Jumaah yang baru bertajuk “al-Kaamin fii al-Hadharah al-Islamiyyah”. LE 4 jer.. Sebuah risalah hasil daripada ucapan Syaikh Ali Jumaah yang menghidupkan rasa tanggungjawab kita untuk membangkitkan tamadun Islam yang sedang ‘lena’ (perumpaan syaikh Ali) berdasarkan turath Islami. Selamat membaca….

Selamat menyambut hari raya aidiladha...dari semua crew sofwatunnil...

Schistosoma_malayi

1 Comments:

At Monday, February 12, 2007, Anonymous Anonymous said...

sedang cari masa untuk baca buku tu... thanx ya

 

Post a Comment

<< Home