Tuesday, November 11, 2008

Periwayatan hadith daripada para sahabat (ridhwanullah a’laihim)

Sesungguhnya Islam menggalakan ilmu dan Rasulullah sollallahu alaihi wassalam amat mementingkan umat Islam agar belajar menulis. Oleh sebab itu tawanan perang Badar menebus diri mereka dengan mengajar 10 anak-anak orang Islam ansar membaca dan menulis. Terhadap sebilangan orang Islam pula belajar membaca dan menulis di masjid Nabawi, sehinggakan bilangan mereka yang boleh menulis adalah ramai malah penulis wahyu mencapai angka 40 orang. Ini tidak termasuk mereka yang menjadi penulis bagi dokumen persefahamn, surat-surat dan perjanjian.

Namun begitu, dalam periwatan hadith, ianya tidak menjadi satu ciri menyeluruh bagi para sahabat. Bahkan mereka yang rapat dengan nabi pun tidak banyak meriwayatkan hadith. Diantara mereka ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Zubair bin Awwam,Saidina Abu Ubaidah bin Jarrah dan Saidina Abbas bin Abdul Mutallib. Sebahagian mereka pula ada yang hampir tidak meriwayatkan hadith seperti Saidina Said bin Zaid bin Amru bin Nufail, salah seorang dari 10 yang dijaminkan masuk syurga.

Punca utamanya mereka kurang meriwayatkan hadith adalah kerana mereka tidak mahu adanya tahrif ( penyelewengan) samada tertambah atau terkurangnya sesuatu hadith yang diriwayatkan. Dan ada juga yang takut berlakunya kesilapan sehingga mereka termasuk dalam hadith Nabi:

Barangsiapa yang berdusta keatas ku secara sengaja, maka sediakan lah tempatnya di neraka 
 

(Diwaridkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya)

Maka jelaslah kepada kita bahawa biarpun sahabat Nabi itu ramai namun mereka itu tidak mencapai taraf yang sama dalam bidang Sunnah dan periwatan hadith Nabi. Bahkan mereka itu adalah berbeza-beza (bentuk kehidupan) antara satu samalain, ada diantarnya yang sering berdampingan dengan nabi dan berkhidmat untuk baginda seperti Saidina Anas dan Saidina Abu Hurairah. Diantaranya pula menjalankan kegiatan berniaga di pasar sebagai cara kehidupan mereka.

Sesungguhnya banyak kitab yang telah dikarang menceritakan tentang perihal kehidupan dan keilmuan mereka. Imam Ibn Athir telah mengumpulkan di dalam kitabnya “Asadul Ghabah” –singa hutan- (merupakan kitab paling besar dalam menceritakan sekitar 7554 orang sahabat) bhawa bilangan perawi di kalangan sahabat yang sampai riwayat mereka adalah cuma sekitar 1800 orang, 7 orang daripada mereka meriwatkan hadith lebih daripada 1000 hadith setiap seorang. 11 daripada mereka pula meriwayatkan lebih dari 100 hadith setiap seorang. Manakala yang meriwayatkan sekitar 10 hadith adalah ramai sekitar 100 orang dan yang meriwayatkan hadith kurang dari sepuluh adalah lebih dari 100 orang.Ada juga yang meriwayatkan cuma 1 hadith yang merangkumi sekitar 300 orang.

Maka bayangkan seorang insan sepanjang hidup hanya menaqalkan 1 hadith nabi dan dia adalah seorang yang teliti dan cermat itu dikira sebagai seorang yang allamah dalam hidupnya. Begitulah juga mereka yang meriwayatkan 2,3 hingga 10 hadith yang merupakan majoriti sahabat. Imam Ahmad telah mengumpulkan musnad-musnad sahabat dan ia merupakan sesempurna musnad. Sampai kepada kita melalui riwayat anaknya Abdullah bin Ahmad bahwa musnad-musnad Imam Ahmad lebih dari 900 orang sahabat dan hadith-hadithnya pula sekitar 20,000 hadith. 

Biarpun bilangan dan hadith-hadith daripada sahabat adalah banyak namun ada sekelompok dari sahabat yang komited dalam meriwayatkan hadith dan mereka terkenal dalam bidang ini.

Diantara mereka ialah:
1) Saidina Abu Hurairah (meninggal tahun 59 H), Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Sahkr ad-Dusi al-yamani. Dia terkenal dengan gelarannya lebih daripada namanya dan merupakan sahabaat yang paling bayak meriwayatkan hadith dari Nabi, Ini adalah disebabkan beliau banyak berdampingan dengan nabi dan keberaniannya dalam menyoal serta kecintaanya terhadap ilmu disamping sering menghafal hadith nabi pada tiap detik dan kesempatan. Diriwayatkan daripadanya oleh Imam Ahmad dalam musnadnya sebanyak 3957 hadith. Diantaranya ada yang berulang dengan persamaan lafaz dan makna. Dan dalam kitab shohih bukhari dan muslim, riwayatnya adalah 517 hadith. Hadith yang muttafaq alaih adalah 326 hadith. 93 hadith lagi hanya dalam shohih bukhari dan 98 lagi hanya dalam shohih muslim.

2) Saidina Abdullah bin Umar al-Khattab al-Adawi (meninggal tahun 73 H) Beliau terkenal dengan seorang yang komited dalam mengikut sunnah dan jejak nabi di dalam setiap hal. Riwayatnya mencapai 2630 hadith. Imam Bukhari dan muslim mengeluarkan (ikhraj) 280 hadith dan yang muttafaq alaihi ialah 160 hadith. 81 hadith hanya diikhraj oleh Imam Bukhari dan 31 hadith lagi hanya diikhraj oleh Imam Muslim. Beliau meningggal di Makkah.

3) Saidina Anas bin Malik bin Nadhr bin Dhamdham al-Ansori al-Khazraji. (meningal tahun 93 H). Beliau telah dihadiahkan oleh ibunya kepada Nabi lalu diterima untuk berkhidmat untuk baginda selama 10 tahun. Maka Saidina anas melalui pengalaman hidup yang tidak dapat dikecapi oleh sahabat yang lain. Riwayatnya mencapai 2286 hadith. Imam Bukhari dan muslim mengikhraj kan sebanyak 318 hadith dan yang muttafaq alaihi ialah 168 hadith. Sebanyak 80 hadith yang cuma diikhraj oleh Imam Bukhari dan 70 hadith pula hanya diikhraj oleh Imam Muslim.

4) Saidina Abu said al-Khudri (wafat tahun 74 H) Nama sebenarny ialah Saad bin Malik bin Sannan al-ansori al-khazraji. Bapanya syahid dalam perang uhud, Maka beliau lali dengan kesusahan hidup dunia. Diriwayatkan bahawa beliau adalah salah seorang ahli suffah dan berjihad dalam kebanyakan perang. Beliau banyak menghadiri halaqah nabi, oleh sebab itu beliau banyak meriwatkan hadith. Hadith yang diriwayatkan olehnya mencapai 1170 hadith. Imam Bukhari dan Muslim mengikhraj 111 hadith. 40 daripadanya adalah muttafaq alaihi manakala cuma 16 hadith yang dikhraj oleh Imam Bukhari sahaja dan 52 hadith oleh Imam Muslim

Dipetik dan diolah daripada tulisan 
Al-Allamah Syaikh Dr Ali Jumaah
Mufti Republik Arab Mesir
Di dalam al-Ahram bertarikh 10 Nov 2008

Catitan:
 Dalam penulisan yang sekali imbas hanya bersifat sejarah periwatan hadith. Terdapat banyak mutiara ilmu yang tersembunyi dalam penulisan beliau yang pastinya ditulis dalam Bahasa arab. Diantaranya ialah penggunaan beberapa istilah mustolah hadith yang jika tidak diberi penilitian, kita akan terlepas pandang. Beliau menggunakan istilah “awrada” yang saya terjemah sebagai warid bagi hadith :

Barangsiapa yang berdusta keatas ku secara sengaja, maka sediakan lah tempatnya di neraka 

Sedangkan jika beliau menyatakan bahawa hadith itu datang dari Imam Bukhari dan Muslim, beliau akan menggunakan istilah Ikhraj. Saya sendiri masih mencari perbezaan dua istilah ini adakah disebabkan hadith itu datang dari musnad maka disebut “awrada” sementara hadith yang terdapat dalam shohih bukhari dan muslim digunapakai istilah “akhraja” atau disebabkan Imam Ahmad memuatkan hadith itu dalam musnadnya daripada sumber kitab-kitab hadith yang lain.

Seterusnya beliau menyatakan dengan terperinci jumlah hadith yang muttafaq dan munfarad dalam shohih bukhari dan muslim. Apakah nilai angka ini sehingga diberi penekanan oleh syaikh. Pastinya angka itu bukan sia-sia tetapi untuk menunjukkan kedudukan para sahabat yang disebut itu pada kacamata Imam Bukhari dan Muslim kerana Imam Bukhari dan Muslim adalah ibarat neraca utama dalam penilaian kedudukan sesuatu hadith.

Nokhtah penting yang lain ialah kedudukan sahabat dalam bidang ilmu adalah tidak sama. Ini tidak menafikan status kemuliaan mereka sebagai sahabat. Oleh itu kita perlu fahami bahawa ilmu dan tadayyun adalah dua perkara yang berasingan. Seorang yang berilmu adalah seorang yang mutadayyin tetapi seorang yang mutadayyin tidak semestinya boleh mencapai status ilmuwan.

Ilmu diperoleh dengan kesungguhan, pengorbanan dan kerajinan sebagaimana yang diterangkan sifat-sifat yang ada pada 3 sahabat nabi yang mulia di atas.Sedangkan status sahabat adalah kurnia atau pemberian oleh Allah kepada mereka yang dapat melihat dan hidup ssezaman dengan nabi dan meninggal dalam keadaan beriman.  

Pembacaan artikel diatas juga memerlukan secebis ilmu mustolah hadith supaya dapat memahami apa yang diistilahkan sebagai muttafaq alaihi, iaitu hadith yang terdapat dalam shohih bukhari dan muslim. Status hadith muttafaq alaihi adalah status paling tinggi dalam ilmu hadith melebihi kedudukan hadith shohih kerana hadith muttafaq alaihi memenuhi syarat shohih Imam Bukhari dan Muslim. Kadangkala kita terdengar hadith shohih berdasarkan syarat Imam Bukhari dan Muslim. Jika ditemui, maka hadith ini tidak terdaoat dalam shohihain tetapi memenuhi syarat. Imam Hakim menulis kitab khas “al-Mustadrak” yang dimuatkan hadith-hadith yang shohih berdasarkan syarat imam bukhari dan muslim. 

Begitu juga penamaan kitab-kitab hadith samaada shohih,sunan,musnad atau mu’jam juga memberikan maksud yang tersendiri. Musnad Imam Ahmad tidak boleh disebut sunan kerana cara susunan hadith yang dimuatkan adalah berbeza dengan sunan Imam Nasaie sebagai contoh. Penjelasan mengenai perbezaan kitab-kitab hadith terdapat dalam kitab Syarah Matan Baiquniah oleh Syaikh Abdullah Sirajuddin al-Halabi. Kitab ini mesti dimiliki kerana biarpun ringkas tetapi kandungannya amat bernilai.

Kepada yang berminat, belilah al-Ahram setiap hari Isnin untuk membaca penulisan Syaikh Ali dalam bahasa arab agar lebih dapat menjiwai penulisannya yang sama sekali tidak dapat diperolehi dengan membaca olahan dan petikan yang ditulis dengan penuh kekurangan.

10 Nov 2008
Abu Abbas Lutfi
Manyal, Kaherah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home