Saturday, April 18, 2009

Qasidah Irsyad

عليك يا مريد بخمرة التوحيد *** وإن تبغي المزيد فالغير عنك انساه
فاذكر الاسم الأعظم واطوي الكون تغنم  *** وخض بحر القدم فذاك بحر الله
وخض بحر الأنوار والمعنى والأسرار *** وافني هذي الديار يبلغ قلبك مناه
ولتفنى في المعبود تذق معنى الشهود *** إذ ليس ذا الوجود إلا من نور الله
الملك والملكوت كذاك الجبروت *** فكلها نعوت والذات مسماه
فغب عن الصفات وافنى في ذات الذات *** هذي تلوّنات مصيرها لله
إليه المنتهى ومنه المبتدى *** والآن قد بدا والكون في حُلاه
له الكون مرآة ومظهر الصفات *** محمد نور الذات عليه صلى اللهْ

Ini adalah qasidah irshad yang dialunkan dalam majlis-majlis hadrah yang menjadi panduan kepada mereka yang ingin sampai kepada hakikat tauhid. Dimulakan dengan dorongan kepada al-murid supaya berusaha mengecapi kelazatan tauhid dengan menggunakan kinayah al-khamrah yang bererti arak dari segi bahasa tetapi yang dikehendaki adalah tenggelam dalam tauhid. Sifat arak tue memabukkan orang yang meminumnya dengan dia tidak sedar apa yang berlaku disekelilingnya kerana lazatnya arak. Bila diidhofahkan al-khamratul tauhid maka yang dikehendaki ialah kita merasa lazat dan asyik dengan tauhid. Jika al-murid mengkehendaki lebih dari itu, maka lupakan apa sahaja yang ada melainkan ingat kepada Allah. Untuk mencapainya maka hendak lah banyak berzikir dengan ismul al-a’zam iaitu ALLAH, ALLAH, ALLAH sambil menafikan segala yang lain dariNya untuk menghasilkan kelazatan berzikir. Kemudian tenggelamkan diri dalam lautan Qidam kerana itulah lautan Allah yang bermaksud lautan makrifah tauhid yang tiada bertepian yang berupa lautan cahaya, makna, dan rahsia Allah. Disamping itu al-murid perlu memfana’kan dunia agar hati yang berzikir sampai kepada matlamatnya. Apabila itu telah dirasai, maka fana’kan diri pula pada Allah agar mencapai maqam syuhud iaitu melihat segala kejadian dan percaturan alam ini semuanya telah diatur oleh Allah. Pada ketika itu kita akan sedar bahawa semua yang ada didunia ini merupakan kesan dari istimdad cahaya Allah (tauhid afa’aal). Alam ini ada yang disebut al-mulk, al-malakut, al-jabarut. Semua alam ini adalah tajalliyat daripada sifat Allah yang sebenarnya dari Zat yang satu. Maka apabila dapat melihat segala kejadian ini adalah tajalliyat dari sifat-sifat Allah, maka itu dinamakan pula tauhid as-sifat. Berusahalah untuk naik kemaqam yang lebih tinggi dari tauhid sifat itu kepada tauhid Zat dengan tidak melihat kejadian alam ini sebagai kesan( tauhid afa’al) dari sifat Allah (tauhid sifat) tetapi melihat segalanya langsung dari Allah (tauhid zat) kerana sememangnya segala rencam pahit manis peristiwa dan kejadian di dunia ini berakhir dengan kita mengembalikannya kepada Allah. Kepada Allah lah berakhirnya segala sesuatu dan dari Allah lah sebenarnya semua sesuatu itu bermula. Kejadian alam dan peristiwa dunia ini tidak lebih hanya merupakan cermin yang memantul dan menzahirkan sifat-sifat Allah kerana tanpa al-kaun ini kita tidak mengenal bagaimana sifat pemurahNya, sifat mengasihaniNya, sifat pemberi rezekiNya, sifat menghidup dan mematikanNya. Manakala Nabi Muhammad itu adalah cahaya Allah yang memberi petunjuk berupa syariat agar manusia tidak sesat dalam kegelapan. Selawat dan salam keatas baginda kerana tanpa baginda dunia ini akan kelam tanpa cahaya petunjuk. Wallahua’lam.

Di dalam tasawwuf ada yang disebut tauhid alfa’al, tauhid sifat, dan tauhid zat. Saya sendiri sebenarnya tidak pernah merasai segala tauhid-tauhid itu secara sebenar tetapi dari segi teorinya semua itu bukannya sukar untuk difahami. Dahulu apa bila pulang ke Malaysia saya akan melalui putrajaya dari KLIA, lalu terkeluar dari mulut nya “Hebatnya Mahathir, tgklah pada putrajaya”. Disitulah baru saya sedari bahawa kita tidak akan merasai dan melihat sesuatu itu dengan hakikat sebenarnya melainkan kita sampai kepada makrifah. Putrajaya adalah gagasan idea Dr Mahathir tetapi bukan dia yang buat. Yang bina putrajaya adalah keringat buruh-buruh indonesia yang membanting tulang siang dan malam. Tetapi kita tidak sama sekali nampak buruh-buruh indonesia itu dengan pandangan hati kita. Yang terlahir dari putrajaya yang terdiri dari pelbagai bangunan dan pemandangan itu hanya Mahathir. Itu bagi yang melihat dengan pandangan zat. Kepada yang melihat dengan pandangan sifat akan melihat betapa cerdik dan hebatnya manusia bernama Mahathir. Kepada yang melihat dengan pandangan af’aal( perbuataan) akan melihat putrajaya itu sebagai kerja mahathir. Semua itu kerana kita ada makrifah. Kita cukup kenal siapa Mahathir. Sehinggakan bila lihat putrajaya, tidak nampak buruh indonesia, tidak nampak engineer, tidak nampak Menteri Kerjaraya. Yang kita nampak bila pandang putrajaya ialah Mahathir.
Tapi bagi yang melihat dengan pandangan mata hati yang hakiki, Mahathir itu adalah makhluk yang diberikan kepandaian dan wawasan idea oleh Allah. Mahathir adalah kesan dari penciptaan Allah (tauhid af’aal) yang bersifat dengan menghidup dan mematikan (tauhid sifat) yang sebenarnya akan hancur dimakan tanah kerana segala-galanya adalah ciptaan Allah. Dari Allah dan kepada Allah dia akan kembali (tauhid zat). Ya Allah kurniakanlah pandangan mata hati ku kepada Mu seperti engkau kurniakan pandangan mata hati terhadap makhluk nama Mahathir. Miskin betul aku nie, tgk putrajaya nampak Mahathir tak nampak Tuhan. Apa punya manusia dah...
 
Selama nie pun kalau kita duduk berkongsi, kita ada makrifat ttg ahli bait kita. Bila tgk makanan dah masak, tgk makanan dah tau ada orang masak. Bila rasa sedap dah tau orang yang masak tue seorang yang pandai masak. Dalam rumah ada 2 orang pandai masak. Tapi bila rasa manis lebih, ini mesti member kelantan yang masak. Dengan masakan kita dah kenal orang. Tak payah dia nak ngaku pun. Dia cuma meninggal kesan(fiel) yang dia reti masak(sifat) dan dia(zat) lah yang memasak. 
Tapi alam nie Allah cipta dengan pelbagai rupa dan kejadian. Takpernah lah kita nak cuba mengenal . Yang betul-betul kita mengenal Allah bila ditimpa musibah. Baru nak cakap Inna Lillah... hah baru dapat makrifah semuanya milik Allah. Sebelum terpacul dari mulut ucapan Inna Lillah... marilah sama-sama kita cepat-cepat sampai makrifah pada Allah. Bila dapat nikmat ucap Alhamdulillah, bila tgk benda yang pelik ucap Subnallah, bila terasa payah dalam urusan ucapa Laa Hawlawalah. Semua tue bukannya untuk diucap aja, tp nak latih pandangan hati nie semua balik kepada Allah. Waalluhua’lam.

Abu Abbas Lutfi
Manyal, Kaherah 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home