Tuesday, April 14, 2009

Konsep Evidence based medicine (EBM) dalam system pengajian Islam

Konsep Evidence based medicine (EBM) dalam sistem pengajian Islam

Dalam buku OnG Dr mahmud salim disebut:

The practice of EBM means integrating individual clinical expertise with the best available external clinical evidence from systematic research.

Ulama’ medic telah mengesan satu kecacatan dalam clinical practice iaitu clinical decisions tidak berdasarkan kepada solid scientific basis bahkan lebih kepada transmitted from information from older to young generations.

Saya tertarik dengan langkah yang diambil dengan ulama’ medic untuk membetulkan satu system yang penting dalam clinical practice iaitu melakukan clinical decisions berdasarkan diagnosis yang tepat..

Jika kita lihat, apa yang disebut oleh mereka ini adalah apa yang dianjurkan oleh ulama islam sejak zaman berzaman. Dalam meletakkan hukum (diagnosis) perlu ada dalil (basis). Dalil itu pula mesti dinilai samada bertepatan dengan pemahaman ilmu atau tidak ( solid scientific basis). Untuk menilai dalil itu kuat atau lemah mestilah melalui proses analisa dalil ( systematic research) sebelum dihukum oleh ulama’ yang berpengalaman ( individual clinical expertise).
Dalam masalah agama ulama meletakkan kaedah yang diikut oleh ulama’ medic bukan disebabkan hukum hakam di transmitted from information from older to young generations, tetapi disebabkan ramai orang yang buat diagnosis sendiri tanpa rujuk pada ulama. Jika mereka transmit hukum berdasarkan pendapat ulama yang muktabar tidak menjadi masalah. Malah itupun yang berlangsung dalam dirasah feqhiah, namun yang menjadi masalah zaman sekarang ramai yang berlagak sebagai individual expertise. 

Mafhum mukhalaf dari EBM ialah kita tidak boleh meletakkan diagnosis dengan berdasar kan basis sahaja tetapi mesti solid scientific basis yang telah melalui systematic research dan perlu digabungkan solid scientific basis itu dengan individual clinical expertise.

Dalam perubatan, kami diajar untuk membuat diagnosis. Diajar untuk berfikir untuk sampai kepada diagnosis yang tepat. Namun begitu kami tidak ada authority untuk memberikan diagnosis. 

Tapi dalam masalah hukum Islam, kita boleh open minded bila yang bercakap tentang hukum itu bukan seorang ulama’. Kalau pun dia quote dari ulama tertentu, pendapat itu bercanggah dengan pendapat jumhur ulama’ yang mutakhasis dalam bidang mereka..

Dalam hukum hakam Islam ini. Sesuatu masalah perlu dirujuk kepada ahli dalam bidangnya. Masalah tauhid kena rujuk pada ulama tauhid, masalah feqh kena rujuk pada ulama feqh, masalah hadith kena rujuk ulama hadith kerana mereka itu adalah individual expertise.

Kita tidak boleh rujuk terus kepada basis (nas-nas syarie :al-quran dan sunnah) semata untuk dapatkan hukum kerana factor dibawah:
1) nas-nas syarie belum dianalysis lagi untuk diklasfikasi sebagai dalil 
2) proses menganalisa nas-nas syarie memerlukan ilmu alat yang banyak tidak cukup dengan mengusai bahasa arab.
3) Mengistinbatkan hukum perlu kepada seorang yang betul-betul pakar dan berpengalaman.

Disini dibawah beberapa misal kecelaruan yang timbul apabila elemen-elemen diatas tidak diraikan.

Dalam shohih muslim (basis) diriwayakan bahawa nabi bertanya kepada seorang jariah “ dimana Allah”. Lalu jariah itu menjawab “di langit”. Berdasarkan basis ini, mereka yang merasakan sudah reti sangat bahasa arab meletakkan hukum bahawa “Allah berada diatas langit” ( Maha Suci Allah dari bertempat).

Sedangkan jika basis ini melalui proses analisa yang betul. Nas ini tidak boleh dijadikan solid basis untuk mengisbatkan Allah di langit berdasarkan hujah dibawah:
1) ada riwayat lain bahawa nabi tidak bertanya dimana Allah
2) ada riwayat bahawa jariah ini bisu atau tidak fasih berbahasa arab
3) asbab wurud hadith jariah ini tidak dinyatakan dalam shohih muslim.

Oleh itu nas ini bukan solid base dalam meletakkan hukum bhawa Allah di langit. Yang keduanya ittifaq ulama ahlus sunnah (group of individual expertise )bahawa Allah tiada baginya tempat kerana tempat adalah makhluk dan Allah tidak berhajat kepada makhluk. 

Dan suka saya nyatakan pendapat Syaikh Abdullah Siddiq al-Ghumari bahawa biarpun hadith ini shohih dari segi sanad tetapi tidak shohih dari segi makna. Ini salah satu pendapat individual expertise dalam bidang hadith.

Untuk penjelasan lebih lanjut tentang hadith ini bacalah risalah kalimah hadiiah Syaikh Dr Abdullah Kamil di bawah tajuk hadith jariah. Kitab-kitab syaikhDr abdullah Kamil

Contoh yang kedua ialah bagaimana individual expertise meletakkan hukum sunat tidak meminum air selepas berzikir yang biasanya menyebabkan tekak kering. Ada yang kata ulama memandai-mandai letak hukum. Mereka bukan memandai, tapi mereka memang pandai.

Base kepada hukum ini ialah hadith nabi mengatakan bahawa bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi. 
#Faedah# Dalam mazhab syafie, berdasarkan hadith ini makruh bersugi selepas gelincir matahari. Tapi Imam Nawawi kata tak makruh. Khilaf furu’, biasalah.
 
Zahir hadith tidak menunjukkan ianya base yang solid untuk meletakkan hukum sunat dalam masalah diatas. Tetapi daripada analisa ulama’ (systematic research), hadith itu menunjukkan bahawa athar dari ibadat (puasa) itu tidak seharusnya dihilangkan. Maka diqiaskan kepada semua ibadat yang lain termasuk lah haus(athar) yang terhasil dari zikir tidak seharusnya dihilangkan dengan meminum air. Maka diagnosis case diatas dibuat berdasarkan solid base yang di sebut oleh individual expertise seperti syaikh ali Jumaah. 

Begitulah halnya dalam case-case yang lain. Apabila disebut dalam kitab yang muktabar maka pastinya hukum hakam itu ada solid base yang telah melalui systematic research yang teliti lalu dijadikan hukum oleh individual or group of expertise. Oleh itu terima ajalah dengan tawadhuk. Jangan banyak sangat mengkaji, tak sempat beramal nanti. 

Abu Abbas Lutfi 
Manyal,Kaherah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home