Saturday, May 09, 2009

Response terhadap komen

Sy post response sy terhadap komentar ibn jabbar disini kerana ruang komen tue kecik sgt. Yg lain bg komen tue sy ucap terima kasih. Khususnya mereka yg tlg response bg pihak sy. Hehe. Give me five beb… Kemudian ada komentar ibn-jabbar yg sy fikir buah pandangan boleh dikongsi bersama. Sy memang suka org mcm ibn-jabbar.Shakehand2.

Komen sdr : 
1) (patutkah org....ila akhiri ?) sy kata xpatut. Org2 berada dlm jemaah jgn gaduh2 sesama sndiri.
2) (tidakkah visi jemah…ila akhiri?) kalo PAS saya tau iyer.Dan PAS komited berusaha kearah itu. Abim sy tak tau. Jim (orang kata lah…bukan sy kata) jg nak dirikan daulah. Sejauh mana kebenaran, kena rujuk orang JIM lah. 

Taadud jemaah.
Kalo tnya saya, sy tak kisah taadud jemaah.Sy tulis post tue utk bgtau, kenapa sy (saya nie.. diri sy sndiri nie.bkn wakili org lain) sokong PAS. Sape2 yg baca dan tak teruja utk menyokong PAS. itu takde masalah. Tue bukan dalil qatie pun. Cuma sy sendiri tidak tahu mengapa post itu dibaca sebagai post yg menafikan taadud jemaah. Sy cuma berkongsi pengalaman dalam byk2 jemaah “nape aku sokong PAS”. Itu sahaja. 
  
Jd komen sdr yg lain2 tue, mohon sy “bawakan 'statement' …..”. Sy tak ada. Kerana sy setuju taadud jemaah. Sy kena bawakan statement JIKA sy xsetuju taadud jemaah kn?Sy tulis dlm post tue “Nak buat jemaah. Buatlah…” (2x sy stated).clear like crytal.Cerah seperti bulan purnama. kalo sdr rasa xstuju. Sdr tulislah pulak nape kena sokong jemaah sdr (kalo sdr xsokong PAS lah.kalo sokong pun..tulislah.leh sama2 kongsi). Bg link kat sy.Sy letak link kat YM sy selama 3 hari sewaktu sy online.Mana tau sy nak sokong jemaah sdr plak. Sy tak letak syarat kalo sdr nak tulis perlu ada dalil. Pandangan dan pengalaman sdr sndiri pun boleh. Simple aja..shakehand2. Cuma sy nak bg respons “sket” ttg pandangan Dr qardhawi .

Pandangan al-allamah syaikh Dr Qardhawi 
Jika benar apa yg sdr kata.Dr Qardhawi sebut boleh taadud jemaah. Ada sumber lain sy dpt bhawa Ust nasaruddin daud berucap dlm mu’tamar PAS.
Dua-dua sy dpt dari source sekunder (org lain bgtau, bkn sy dgr sndiri). Pendapat membolehkan taadud jemaah daripada saudara, pendapat yg mengatakan dalam konteks di Malaysia kena menggabung diri dengan PAS dari Ust Nasharudin. 
Kalo dpt sdr bg link ucapan atau knyatan bertulis Dr Qardhawi pun baik.Spaya dpt kita berlaku adil terhadap ulama’. Cuma sy percaya kata-kata saudara. Jgn risau.Sbb mmg byk sy dgr org ckp begitu. Dan saya juga percaya kata-kata Ust Nasharudin. 

Maka dalam kenyataan Dr Qardhawi. Nie cara sy fhm berdasar apa sy blajar lah. Bila ada 2 qaul yg berbeza oleh seorang ulama.Kita tgk ‘illah (legal basis) balik. Mengapa dia ada 2 qaul. Apa sbb dia bagi 2 qaul. Barangkali ‘illahnya berbeza. Barangkali dia jmpa dgn dalil yg lebih kuat dari segi sanad mahupun dari segi lafaz dilalah. Barangkali dia jmpa hadith yg mansukhkan dalil bg qaul pertama. Barangkali yg pertama itu umum dan yg kedua itu khusus. Selagi mana kita boleh jama’ kan antara dua qaul. Kita kena cuba berusaha kearah itu. Malah dlm feqh meraikan khilaf ulama adalah mustahab. Tetapi bukan semua khilaf dapat diraikan. Untuk meraikan, ulama bagi panduan kpd kita.Antaranya apa yg disebut diatas.

Ok skarang jika sdr terima qaul Dr Qardhawi (seorang ulama yg muktabar) sbg marjie’ dlm nak meletakkan conclusion boleh tidak taadud jemaah. Maka kita guna kaedah ulama juga bagaimana untuk kita berinteraksi dengan dua qaul dari seorang ulama. Bg sy Dr Qardhawi kata boleh taadud (sperti sdr bgtau) itu jika “‘illah yg menegah” kepada satu jemaah tidak dapat dihilangkan atau “illah yg mendatang” menuntut kepada taadud. 

Maka jika “illah yg menegah” dan “illah yg mendatang” itu tiada. Balik hukum asal iaitu tiada taadud. (Jgn ada yg persoal nape hukum asal tiada taadud plak.. agama nie agama tauhid. Tuhan satu, Nabi Satu, Khalifah satu, Syariat satu, Jemaah muslimin kenalah satu)

Maka berdasarkan kenyataan Dr Qardhawi dari ibn jabbar (boleh taadud jamaah) dan dari ust nasharudin ( wajib menggabungkan diri dengan PAS) sy melihat ada 2 conclusions jika digabungkan dua qaul itu.

1) Dr Qardhawi melihat TIADA ‘illah yg menuntut taadud jemaah di Malaysia (di tempat lain mungkin ada) Maka semua perlu menggabungkan diri dengan PAS dalam konteks jemaah yg ingin menegakkan negara Islam diatas kadar kemampuan masing-masing. ( Berat nie.. kepada yang ada mak ayah,adik beradik yang bersama jemaah lain yg perjuangkan negara Islam. Nak cakap apa pada mereka. Jemaah anda kena “diperangi”..mcm tue?) 

ATAU

2) Dr Qardhawi tidak menafikan keharusan taadud jemaah di Malaysia (kerana masih ada ‘illah). Tetapi di Malaysia, beliau mentakhsiskan PAS sebagai jemaah Islam yg wajib kita gabungkan diri dengannya sebagai penjelasan kepada kenyataannya dalam buku feqh daulah. 

Bagi saya dua-dua bawak natijah yg sama. Sokong PAS ...!!!! 

Maka ada yg menggunakan qaul Dr Qardhawi untuk menafikan taadud jemaah berdasarkan pemahaman mereka kepada kenyataan Ust Nasharuddin Tetapi saya cenderung kepada conclusion kedua. Saya terima taadud jemaah. Tapi PAS must be the upper hand. Bertembung dua pendekatan dalam mendirikan negara Islam, pendekatan PAS perlu kita utamakan. Kalau pimpinan PAS bg green light kepada NGO lain untuk ambik satu peranan, kita terima. Tapi kalo pimpinan PAS kata don’t cross this line, jgn nak mengada-ada tunjuk pandai. Kalo kita duduk dlm PAS, bak kata Ust Nik Abduh “jgn jadi budak2 nakal”.Rotan baru tau..

Mungkin saja pemahaman sy salah. (Dan saya terbuka untuk menerima komen-komen yg mengatakan saya salah.malah sy berharap ada yg mengatakan saya salah)Tp sy xsyak dgn PAS. Sy yakin dgn PAS. Samaada boleh atau tidak taadud, sy tetap sokong PAS. Kerana jika tidak boleh taadud itu lebih absah, PAS sahajalah yg patut ada di Malaysia. Dan jika boleh taadud sekalipun, PAS tetap dominant untuk disokong. Natijah dari qaul Dr Qardhawi tidak mengubah apa2 pendirian sy. Tetapi akan mengubah pendirian mereka yg tidak menyokong PAS….Renung, renungkan.

[ Sy melihat mereka yg desperate sgt untuk mengatakan harus taadud jemaah nie adalah jemaah selain PAS. PAS adalah jemaah yg dominant, superior, paling matang, paling ramai, paling lama (sape nak tmbah lagi….silakan) . PAS tidak perlu kepada qaul yg menafikan taadud jemaah. Kerana itu ulama’-ulama’ dan pemimpin PAS terbuka dan berlapang dada. PAS tidak istihar ‘perang’ pada jemaah Islam yang lain. PAS terima siapa sahaja yang ingin menyumbang kepada Islam. Shakehand2. Antara sifat ulama rabbani ialah mereka itu sentiasa bersangka baik dengan manusia. Muslim atau non-muslim. Itulah yg dimanifestasikan dalam gerakerja PAS. Kerana apa ? kerana jemaah ini dipimpin oleh ulama rabbani. Mereka ada sifat bersangka baik dengan manusia yg ingin membantu Islam. Sbb tue yg biasa tegang urat merih nie org muda-muda (termasuk saya) Sbb kami orang muda takde sifat ulama’. Sangka baik, sabar, berhikmah and etc. Cuba test bagi pemuda PAS pegang pimpinan… haru biru nnti Malaysia. Haha]

Begitulah sy yg masih belajar nie faham apa Dr Qardhawi kata.Kita kena jujur menaqal kalam ulama. Ramai ulama dizalimi kerana orang yg menaqal tidak amanah. Pendapat ulama’ yang serasi dengan pemahamannya diambil, apa yg tidak serasi dibuang dalam tong sampah. 

 Apa sy tulis ialah pendapat saya.tp JGN ambik perkataan sy pulak. Sy bukan marjie’ nak tentukan boleh tidak taadud jemaah. Pegi rujuk ulama lah (Sy menulis untuk berkongsi pandangan.Di dunia blog ini bukan tempat memuktamadkan sesuatu masalah). Dan kita kena jujur apabila bertanya ulama’. Kena bagi complete picture. Macam kena bagi complete history pada doctor. Baru mereka boleh letakkan hukum dengan tepat. 

Saya sendiri kalo org tnya, nak pilih yg mana. PAS lah... Nak pilih mana lagi. Kan Dr Qardhawi dah cakap.Tp mgkn org yg tnya sy xnak sokong PAS. Ikut entalah nak masuk jemaah mana yg enta rasa lebih baik dari PAS.(Tp undi bagi PAS k..hehe)Mungkin enta nmpak ada jemaah yg lebih baik. Tp kita, persaudaraan islam kita jgn putus k. enta jgn tikam dari blkg pulak. Nak tikam biar depan2. Baru anak jantan. (itu dialog reka-rekaan lah kalo org tnya sy.hehe) kalo taknak masuk mana2 jemaah islam jgk. Sumbanglah pada semua jemaah islam. Kalo PAS,JIM, ABIM (and etc) mntak sokongan material.kena bagi sama rata. PAS rm50, JIM rm50, ABIM rm50. (Play safe ). Sy bagi rm150 kat PAS...hehe.
Kalo masuk 2 jemaah serentak? Itu kena tanya ulama’.Boleh tidak masuk 2 jemaah yg memperjuangkan matlamat yang sama nie. Tp biar siddiq dgn diri sendiri bila bertanya. Kena bg complete picture. Untuk apa masuk sampai 2 jemaah. Kita apabila mntak ubat dari doctor, kita kena siddiq. Jgn sblm jmpa doctor dah mmg nak Dr kata kita tak kena parasitic infection. (Hang pa paham tak pathology parasitic infection nie…hehe ) Bila Dr kata kita kena parasitic infection, kita marah pulak. Jmpa Dr lain pulak, smpai kita jumpa Dr yg kata bukan parasitic infection. Itu tidak siddiq namanya. Kalo apa yg sy faham dari kenyataan Dr Qardhawi, memadailah menggabungkn diri dengan PAS. Xtaulah, kalo ada yg nak cari pahala sunat. (aku dpt lepas fardhu cukup dah..hehe) 
 
Terima kasih kepada ibn jabbar. Sdr sgt lemah lembut bertanya. Sy juga mohon maaf jika ada kesilapan dan terkasar bahasa. Sokong PAS k. hehe. Kita sokong PAS sbb majority ulama rabbani bersama PAS. Ulama pondok yg besar di Malaysia. Pondok lubuk tapah dan pasir tumbuh semua bersama PAS. Allahyarham Tok Guru Hj Sabran, ulama rabbani Perak pun bersama PAS. Dulu sblm allahyarham Tok Guru Hj Lah lubuk tapah meninggal, bila solat hajat. Imamnya Tok guru Hj Lah. Tok guru nik aziz jadi makmum. Kalo ada pondok, mmg disitu kubu kuat PAS. Bg sy itu dalil yg kuat sgt dah. PAS nie jemaah Islam yg sebenar. Org mntak dalil, sy jawab sy jahil. Sy ikut ulama’. Kemana mereka pergi saya ikut. Jika satu ketika ulama’-ulama’ rabbani semua tinggalkan PAS. Saya ikut mereka. Sy sokong PAS bukan sebab PAS tue ramai dan paling lama di Malaysia.Tapi sebab ulama bersama PAS. Apa sy tulis dlm post “nape aku sokong PAS” itu lebih menguatkan lg keyakinan sy. Tp the main reason, kerana PAS adalah parti yg didokong dan dipimpin oleh ulama’. InsyaAllah bila ikut ulama’, kita selamat dunia akhirat.Wassalam.

Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home