Friday, May 29, 2009

Mafkhum mukhalafah post yang lalu..

Mafhum mukhalafah, orang jahil itu membawa pada syak (tidak yakin).

Syaikh saied fouda kata: penuntut ilmu (student) ada 3 level

Mubtadi’ (Beginner...bukan buat bidaah tue) : student level nie tak tau mende. Mula dari zero. istilah-istilah ilmu semua tak pernah dgr. Baru nak belajar ‘Present tense apa, Past tense apa” Bila dah selesai peringkat nie naik..
Mutawassit (Intermediate) : Student level nie bila dgr istilah2 ilmu, ada gambaran dah. Leh tahu dah mana salah,mana betul. Tahu apa beza “has had” ngan “had had”. Tapi bila org tanya...jwpan classical : saya faham tp nak terang payah sket. Xpaham lg lah tue.. bila dah selesai peringkat nie naik….
Muntaha (Advanced): Muntaha nie, dia faham dan dia boleh jelaskn jika org putar belit mcmana pun. Sbb muntaha nie rasikh fii ilmi dan dah boleh ngajar orang.

Bila kita tanya masalah, pada seorang yang kita kira (dzann) dia tahu. Tetapi kita tidak iqna’ bila dia jawab. Maka dia bukanlah jahil tak tahu menda. Tapi masih dalam kategori lower atau middle intermediate lagi (mgkn upper beginner jer pun). Maka org ini bukan ahli-zikr (ahli ilmu). Tapi mungkin ada certain masalah memang dia reti sungguh. Generally, knowledge baru upper begginer level aja. Tapi certain masalah nie dia berusaha mencari. Smpai paling kurang upper intermediate (tapi masalah tue ajalah). Bila ditanya dia masalah itu, kita iqna’.Tapi orang nie, kita tak jadikan pegangan. Ambik, save dalam temporary file bolehlah. Sebab generally “mentah” lagi. Kalo masak nasi setakat dapat makan sesudu. Lain masih antah. Cuma setakat kita bertanya untuk berbincang. Yang nie kalo ikut pelajar pondok , penuntut ilmu yang belajar “tebuk-tebuk”. 
Nampak aja power, tp certain bab aja. Citer diabetes mellitus bolehlah.. Tanya general clinical medicine, cardiac cycle pun tak lepas. Nak buat camna, suka kat DM aja. Tapi ada plak, tanya detail-detail DM tak lepas. Tapi cuba tanya general Medicine. Stok imtiyaz punya. Ilmu nie kan luas. Bukan boleh capai semua. 
Macam saya sendiri, tanya awrada dan akhraja. Taulah beza istilah yang halus bebenor tue. Tapi general knowledge ilmu hadith lower beginner jer pun. Syarat hadith shohih pun leh setakat enumerate aja. Bila kena tanya nape ulama’ hadith bila sifatkan perawi dengan “al-adl”. Guna isim masdar tak guna sifat “al-a’dil”. Xleh jawab dah. Saya pun jahil jgak. (relaks i1, kita sama aja)
 Mereka yang tak belajar medic, baca buku hypertension semata. Memanglah power. Tanya meningitis, dah tak tahu dah. Mcm tuelah mereka yang ngaji agama. Baca bab solat 4 mazhab, baca bab haji 4 mazhab, mengalahkan tok guru pondok bila cakap. Tapi tanya bab feqh secara general. Tak lepas.. Kita takleh kata dia jahil. Ada ilmu.. bukan takde ilmu. Tapi setakat solat,setakat haji ajalah.
 Apa tak mungkin ker individu itu jadi faqih ataupun jadi clinician, jawapannya boleh. Tak mustahil dari segi aqal dan adat. Tapi memerlukan juhud dan hemah yang sangat-sangat tinggi. Setinggi hemah Imam Ibn Nafis as-syafie. Setinggi hemah Syaikh Dr Yusri. Tak dinamakan doctor kalau reti hypertension aja. Tak jadi faqih, kalau reti bab solat aja. 

Balik pada mafhum mukhalafah, orang jahil itu membawa pada syak (tidak yakin).

Apabila kita ada syak tentang sesuatu, maka kita sebolehnya merujuk pada ahli az-zikr (ahli ilmu) yang mereka secara general memang pada level advanced. Jika kita tidak iqna’, maka kena cari ahli ilmu yang lebih advanced. 

Antara sebab amenorrhea ialah severe hypothyroidism dan severe hyperthyroidism. Severe hypoT, clear. Bila hypoT, no negative feedback pd hypothalamus,TRH rendah,PRF tinggi, so hyperprolactinaemia. Amenorrhea. 
Tp hyperT, mechanism tak clear. Saya tgh belajar OnG, bila jmpa kawan sama2 belajar. Discuss. (semua stok beginner jer pun..budak sekolah rendah discuss) Saya tak obsess nak tau bagaiman hyperT sbbkan amenorrhea seperti saya obsess nak tau beza “akraja” dan “awrada”. Kalo Sidi mad syeikh obsess ekonomi Islam, (nko sebut nama aku yer...) sebab dia ada syak. (syak MANA ekonomi Islam bukan syak PADA ekonomi Islam.beza tue) Saya takde syak. Orang lain tak obsess nak tahu beza dua istilah hadith. Sbb mereka tiada syak. Saya ada syak. Maka saya cari dan tnya org. 

Kawan saya obsess nak tau bagaiman hyperT sbbkan amenorrhea. Dia dtg kan syak pd saya. Asalnya saya tak syak, kini saya syak. Dia tanya saya tak tahu, saya setakat tahu hyperT sebabkan amenorrhea sbb Dr bagitau. Taqlid lah nie. Tp bila org syak kn saya. Saya kena cari jawapan dan bertanya untuk hilang syak. 
Bukak buku dlm OnG tak jmpa, kena bukak Clinical Medicine cari dalam tyroid disease. Pun x clear. Saya tnya Dr OnG, tanya kepada ahlinya yang saya yakin dia tahu (alim). Dr saya jawab, mechanism not clear. Maybe effect pada basic metabolic rate sebabkan pulsatile impulse dari hypothalamus terganggu, so amenorhhea. Thank you Dr. Bagi saya itu dah cukup. Saya dah tak syak. Saya balik kepada status yakin. severe HyperT sebabkan amenorrhea. Bagi yang tak iqna’ lagi, kena tanya physiologist. Tak iqna’ juga lagi tanya tyroidist (kalau adalah..). Itu bagi mereka yang tinggi hemah.

Maka mafhum mukhalafah kepada orang alim itu membawa kepada yakin ialah orang jahil itu membawa pada syak. Betul…
Tetapi “setiap perkara itu bergantung pada niat”. 
1. Jika ada orang timbulkan syak kerana dia memang tidak tahu dan mencari jawapan. 
(i) Maka niat menimbul syak itu mahmudah agar berkongsi ilmu sekaligus dia mendapat jawapan. Itu jika ditimbulkan syak pada mereka yang ingin mencari jawapan. Niat baik dan kesannya baik.
(ii) Tetapi bila ditimbulkan syak pada orang yang tidak mahu mencari jawapan, org itu akan kekal syak sampai bila-bila. Maka biarpun niat baik, tapi kesannya tidak baik. 

Sebab tue, bila ustaz Nik Abduh tulis “kerja-kerja bodoh dalam PAS”, Tok guru Nik Aziz telefon dari Mekkah. Bagi nasihat pendek aja. “Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama”. Yang saya faham dia taknak apa yang Ust Nik Abduh tulis jadi 1 (ii). 

Tapi ustaz nik abduh timbul syak bukan sebab tak tahu dan mencari jawapan. Apa ustaz nik abduh buat ialah termasuk dalam bab “orang alim yang mendatangkan syak”.
1. Di kuliah, Dr kita bagi soalan, timbul syak supaya kita cari jawapan biar kita jadi rasikh fii al-ilmi ataupun Dr nak nilai kita sejauh mana ilmu kita. Datangkan syak jenis ini mahmudah. Tapi kesannya mungkin positif bagi yang tinggi hemah, dan negative bagi yang tak minat nak tau. Salah sendiri lah kan.
2. Ada juga orang alim timbul syak, supaya kita berubah pendirian dan keyakinan. Jika sblm ini kita yakin hyperT sbbkan amenorrhea maka dia mahu ubah pendirian itu.. Ini pun bergantung niat, jika bawak kepada kebenaran sbnar maka mahmudah. Dan jika memaling kebenaran itu mazmumah. 

Tapi “alim” yang menimbulkan syak untuk memaling kebenaran saya rasa tak alim tetapi “ mutaaa’lim” (المتعالم). Orang alim timbulkan syak hanya untuk membawa kepada kebenaran dan bukan sebaliknya. 

Sbb tue saya tulis, “orang alim itu membawa pada yakin”. 

Jangan lah baca mafhum mukhalafah terus....hehe.

Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah.

1 Comments:

At Friday, May 29, 2009, Blogger Amermeftah said...

Sidi Mat Sheikh, Kah kah kah

 

Post a Comment

<< Home