Friday, May 29, 2009

Manhaj ilmu..manhaj ilmu.Mende dia manhaj ilmu.

Syaikh saied fouda kata: penuntut ilmu (student) ada 3 level( Dah baca post lepas..skip part hijau nie)
Mubtadi’ (Beginner...bukan buat bidaah tue) : student level nie tak tau mende. Mula dari zero. istilah-istilah ilmu semua tak pernah dgr. Baru nak belajar ‘Present tense apa, Past tense apa” Bila dah selesai peringkat nie naik..
Mutawassit (Intermediate) : Student level nie bila dgr istilah2 ilmu, ada gambaran dah. Leh tahu dah mana salah,mana betul. Tahu apa beza “has had” ngan “had had”. Tapi bila org tanya...jwpan classical : saya faham tp nak terang payah sket. Xpaham lg lah tue.. bila dah selesai peringkat nie naik….
Muntaha (Advanced): Muntaha nie, dia faham dan dia boleh jelaskn jika org putar belit mcmana pun. Sbb muntaha nie rasikh fii ilmi dan dah boleh ngajar orang.
 Setiap level itu ada lower, middle, upper class lagi. Kalo dalam feqh, 3 level tue masih consider taqlid lagi. Abis level advanced, baru masuk golongan mujtahid. Tapi mujtahid ada level lagi. Mujtahid Imam Nawawi tak sama level dengan mujtahid Imam Laith. Mujtahid Imam Ibn Taimiyah tak sama level dengan level dengan mujtahid Imam Syafie. Ini masuk bab level mujtahid lah plak.

Level-level ini diguna pakai secara umum mahupun khusus dalam pendidikan secular juga. 
• Primary school,Secondary school, High school.
• Ijazah Sarjana Muda, Master, PhD
• General Practitioner (GP), Specialist, Consultant 
Kalau khusus:
• Physiologist, Endocrinologist, Tyroidist (kalo ada lah)
• General surgeon, Cardiac surgeon, Valve surgeon.
 Setiap pengkhususan itu, ada general knowledge yang mereka perlu tahu. General knowledge GP tak sama general knowledge surgeon. Cardiac surgeon mungkin tak tahu detail tentang group A beta haemolytic streptococci (mcm microbiologist) biarpun itu organism yang sebabkan rheumatic heart disease. Tapi knowledge microb cardiac surgeon tak sama dgn GP. 
 Begitu lah dalam system pendidikan Islam. Orang awwam mesti ada general knowledge tentang agama. Yang ulama’ kita sebut sebagai ilmu fardhu ain. Yang kita dituntut belajar ilmu tahap ini. Mungkin ada yang hemah tinggi. Taknak setakat ada UPSR aja. Ngaji matan tauhid, feqh takde dalil nie, komang spanar sangat. Nak jugak ada PMR, nak gak tau dalil. maka belajar lagi. Naik lagi tahap ilmu fardhu ain kita ke tahap PMR. Tidak rasa puas lagi, (ngaji memang tak puas…). Naik lagi tahap ilmu ke peringkat SPM. Waktu nie tak jadi fardhu ain dah lah. Kalau dah baca Fath al-Qarib tue, nisbah orang awwam. Advanced sgt dah lah. 
 Tapi nisbah ulama’ baru beginner jer pun. Dalam feqh syafie, lepas Fath al-Qarib naik matan zubad, matan zubad nie lower intermediate. Abis zubad, naik umdatus as-salik, lepas tue Fath al-Mu'in, abis tue naik minhaj at-tolibin (tertib nie depends pada tempat jugak. Ini manhaj ribat Habib Salim di Tahrim, yaman. Kalo manhaj pondok nusantara, kena abis 3 fath; fath al-qarib, fath al-Mu’in, fath al-wahhab) Baru lah leh pakai title (الشافعي مذهبا). Tue pun tak jamin lagi ulama’ approved kan. Nie berapa tahun punya ngaji nie. 2 bulan..? speed reading bolehlah. Syaikh Ali jumaah cerita dia ngaji suku kitab mugni al-muhtaj aja 10 tahun sebelum syaikh dia ijazah kitab. Ribat tahrim paling kurang nak abis sampai peringkat minhaj at-tolibin 5 tahun. Tue full-time ngaji. 
 Requirement ilmu lain untuk jadi ulama’ berdasarkan pengkhususan pulak berbeza-beza. Kalau nak jadi faqih, nahu paling rendah kena abis ngaji syarah alfiah ibn malik (syarah ibn aqil). Itu dah dianggap advanced dah dalam ilmu nahu. Tapi Syarah alfiah imam ibn aqil kalau nak jadi lughowi, baru level intermediate. Level advanded lughowi kena baca kitab nahu Imam Sibawaih, Imam Ibn Hisham. Khilaf ulama’ basrah dan kufah kena cair.  
 (Citer ngaji nahu nie, teringat saya dengan pengalaman ngaji matan aj-jurumiah masa mula2 sampai mesir. 4 orang ustaz ajar. 3 Patani, sorang Malaysia. Saya basic nahu waktu tue, reti lah sket2. Tiba turn sorang ust patani, anak tok guru. Dia syarah matan aj-jurumiah. Bila baca matan depan dia. Aiii... matan nie salah nie. ‘antum pnya tulis apa’ ?tnya dia pada yang tgh ngaji. Ana hafal matan nie 14 hari dulu masa ngaji pondok. Jadi dia mula baca matan dlm kepala dia, hah..kan lain. Hahaha... Mcm tue lah stok rasikh fii ilm. Dalam ngajar2 tue, abis semua ilmu nahu dia lambak. Kuar semua khilaf nahu antara mazhab basrah dan kufah. Angkat kening saya...hah !. Nahu pun ada mazhab. Ingat feqh aja. Tiba giliran ust aziz kelantan ngajar. ‘kitab kecik kita buat cara kitab kecik...’ baca, i’rab sket2. Abis. Haha)
 Apabila pergi kepada pengkhususan, kita lihat pada kitab-kitab ada gelaran ‘al-lughowi’, ‘al-usulli’, ‘al-faqih’, ‘al-fahhamah’, ‘al-allamah’. Semua tue nak merujuk kepada pengkhususan mereka. Kalau syaikh abdullah siddiq al-ghumari digelar ‘al-allamah, al-usulli, al-muhaddith’ sebab syaikh abdullah general knowledge agama memang advanced dah (advanced yg nisbah ulama’). Dalam usul feqh memang upper class advanced, dan sebahagian ulama’ iktiraf beliau mujtahid. Dalam ilmu hadith, biarpun tidak sehebat abangnya syaikh ahmad. Tapi beliau tetap dalam level advanced.
 Saya sebut sini supaya jangan ghairah sangat capai kitab ulama’. Tengok ustaz Azhar beli feqh adillah, kita beli feqh adillah. Tengok mereka beli majmu’ fatawa Imam Ibn Taimiyah kita beli jugak. Itu semua kitab level advanced. Kita pelajar medic, belajar kitab beginner cukuplah. Sape-sape yang rasa nak concentrate medic, tp ada peluang dan masa ngaji “safinah najah” tue kira orait lah. Nisbah fardhu ain level intermediate dah tue. Tapi kalau memang dia jenis ‘born excellent’ dan nak belajar jugak ilmu agama. Biar belajar bermanhaj. 
 Bukan manhaj pengajian Islam aja ker begini, system pendidikan dunia pun sama jugak. Buku clinical medicine level kita, buku kuliah tue cukup dah. Sape hemah tinggi, bukak buku setebal buku telepon Kumar and Clark atau Davidson plak. Kalo professor-professor kita, ilmu dalam buku kuliah level beginner ajapun. Tapi nisbah sesetengah ilmu kita dengan teman-teman dalam bidang kesihatan lain memang advanced. Jangan banding ilmu pharma kita dengan student pharmacy. Mereka jauh advanced. Boleh nak sama level dengan mereka. Hemah kena tinggilah, tapi tinggi sangat pun tak guna sebab keje kita doctor bukan pharmacist.
 Manhaj pendidikan dah atur dengan baik. Untuk jadi doctor, basic knowledge apa yang kena ada. Basic knowledge kita lebih kurang sama dengan kuliah kesihatan lain. Bezanya detail tak detail aja. Takkan semua bidang kesihatan kita nak bolot seorang. 
 Macam tue jugak dengan pengajian agama. Nak ngaji bukan tak boleh. Tapi biar basic tue kukuh. Student medic tak perlu belajar detail-detail. Kita bukan nak jadi ulama’. Kalau dah lepas fardhu ain, minat nak tambah ilmu sementara muda. Ngaji asas ilmu mustolah sket, ngaji asas tafsir sket, ngaji asas usul feqh sket, ngaji nahu sket. Tue pun kira advanced nisbah budak medic. Tapi nak ngaji biarlah bermanhaj. Jangan nak ngaji usul feqh, terus baca kitab “hidayatul kul”. Tue kitab ulama’. 
 Mengapa kita belajar ilmu secular bermanhaj, belajar agama tak bermanhaj. Apsal kalau cita-cita jadi physician tak cekau buku clinical medicine terus masa mula-mula masuk tahun 1-2. Nak jadi surgeon baca buku surgery terus. Nak jadi obstetrician capai buku William terus. Bukan nak jadi pathologist pun belajar pathological theory atherosclerosis. Bukan nak jadi pharmacist pun belajar mechanism action of paracetamol. Tapi kita kena belajar jugak kan. Itulah yang dinamakan manhaj ilmu.  
Orang biasa kalo dah abis hafal buku clinical medicine kumar & clark sekalipun, kita panggil Dr ker kalau tak masuk medical school? Kita berani jeopardize kesihatan badan kita pada dia atas dasar dia dah abis baca buku K&C? 
Tapi kenapa tiba pada agama, kita leh pukul rata orang yang rajin baca kitab ulama’ sebagai orang alim? Kita berani pertaruhkan “kesihatan” islam dan iman kita atas dasar dia abis baca kutub sittah semata-mata. Yang ngaji lama bermanhaj pun tak semestinya ulama’. Inikan tak bermanhaj. 
Cumanya kita rasa ada tanggungjawab kan. Ada “messiah complex” nak selamatkan “kesihatan” agama ummat. Ulama’ takde “messiah complex” nak selamatkan kesihatan jasad ummat. Sebab mereka tahu itu bukan kerja mereka. Kita orang pandai beb.. Doktor, engineer, architect. Bukan kesihatan jasad dan bangunan ummat aja kita nak selamatkan, “kesihatan” agama ummat pun kita nak selamatkan jugak. 
Niat kita memang baik. Tapi biarlah niat yang baik dan “messiah complex” itu disalurkan dengan betul. Sebelum kita nak selamatkan “kesihatan” agama ummat, belajar dahulu perbezaan antara dakwah dan ta’lim. Bezakan antara beragama dan meng”agama”kan orang lain. Bezakan antara kesihatan dengan perubatan. Kesihatan semua orang boleh cakap. Gosok gigi, mandi, jangan main kotor, shampoo rambut. Tapi perubatan, hanya medical personnel aja yang boleh cakap. Qias sendiri lah antara beragama dan meng”agama”kan orang. Antara dakwah dan ta’lim. Wallaua’lam.

Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home