Friday, June 12, 2009

Janji yang pasti akan datang

Pemergian Allahyarham Razek masih segar dlm ingatan. Dan kini seorang lagi pelajar medic kaherah meninggal dunia yang fana’ ini bertemu Tuhannya. Baik, mesra, murah senyuman, ringan tulang. Itulah yang didengar tentang insan bertubuh kecil Ammar. Saya tidak kenal dia, setakat pernah bersalam sambil membalas senyuman. Tapi dari apa yg didengar dari orang lain, dia mmg seorang yang baik dan berakhlak mulia. Perginya seorang mukmin yang soleh dari dunia ini mmg pasti meninggalkan vacuum yang sukar diisi. Jika hidupnya, tidak mungkin orang mengenalinya sama setelah pemergiannya. Itulah dia buah kepada kesolehan dan keikhlasan. Dimasa hidup, tidak banyak kebaikannya yang kita ketahui. Tetapi setelah tiada, manusia mula berbicara dan menyebut kebaikannya. 

Dalam hidup ini, tiadalah yang paling bernilai disisi Allah melainkan amal baik yang ikhlas. Apabila menyentuh keikhlasan, tiada neraca yang boleh mengukur keikhlasan seseorang semasa hidupnya. Ikhlas ini hanya dinilai dengan neraca Tuhan. Amal yang ikhlas ialah amal yang hanya mengharapkan redha Tuhan yang Hayy, Qayyum. Apabila amal disandarkan kepada yang Hayy, Qayyum maka amal itu akan kekal sampai bila-bila kerana Allah itu akan Kekal Selamanya. Makhluk dan dunia semua akan musnah dan hancur. 
Apabila kebaikan seseorang yang meninggal menjadi manisan-manisan mulut untuk disebut, maka saksikanlah bahawa amal orang meninggal itu adalah amal yang sholeh dan ikhlas. Kerana hanya amal yang sholeh dan ikhlas yang akan kekal sampai bila-bila kerana amal itu disandarkan kepada al-Hayy al-Qayyum bukan kepada manusia.
Jika amal yang mengharapkan pujian manusia, manusia itu akan mati juga maka berlalulah amal yang kita sandarkan padanya bersama kematiannya. Sedangkan amal yang disandar pada Tuhan yang Maha Kekal itu akan kekal sampai bila-bila. Sebarkan kebaikannya. Sebutkan kebaikannya. Riwayatkan kepada semua bahawa Ammar insan yang baik. Jangan dikekang pena dari menulis segala kebaikannya. Kerana Nabi menganjurkan demikian. 

Ammar telah mendapat janji dari Tuhannya. Janji yang akan sampai pada kita semua apabila tiba masanya. Cuma tidak tahu bila waktunya. Biarlah janji itu sampai dalam keadaan kita berbekal amal soleh dan iman seperti yang ammar dapat. Tiada yang boleh menjamin kita bertemu janji Tuhan seperti yang kita kehendakkan. Meninggal dalam musafir pulang untuk menunaikan kewajipan menuntut ilmu. Disolat dan didoakan keampunan oleh beratus-ratus jemaah. Tiada jaminan untuk kita yang masih hidup ini memperolehi apa yang ammar dapat. Kerana itu nabi berpesan agar ada rasa khuatir dalam diri agar kita menemui janji kita dalam keadaan beriman dan khuatir itu tidak pula membawa kepada putus harapan apabila hidup kita tidak seindah yang kita harapkan. Khauf dan raja’ ibarat dua sayap bagi seekor burung ketika terbang. Diimbang keduanya agar lurus perjalanan. 

Yang telah pergi dan mendapat janji TuhanNya, jangan lagi kita khuatiri urusannya. Dia telah berpindah ke alam yang kekal. Sedangkan Eckm dan Rahman masih ada di alam kita dan berhajat kepada doa yang tidak kunjung putus. Kekuatan doa adalah merentasi kekuatan usaha ikhtiar manusia. Para doctor berusaha dengan kepakaran mereka. Usaha kita pula ialah berdoa kerana doa itu mampu mengubah segalanya dengan izin Allah. Rafa’ kan tangan kita sambil bertawassul dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya yang mulia, agar Allah berikan kesembuhan kepada sahabat-sahabat kita. Mendoakan kesembuhan mereka itu adalah hak mereka keatas kita yang mesti ditunaikan. 

Begitu juga Saif dan Otai yang kita doakan semoga sembuh dari trauma yang mereka alami. Mereka ini masih di alam kita, memerlukan sokongan menempuh hidup yang tidak tahu bila akhirnya. Jangan abai dan remehkan hak mereka yang ada pada kita semua kerana kita masih di alam yang sama. Sabar dan redha. Hanya dua kalimat pendek yang perlu disemat. Benar, berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Namun apabila berlaku musibah, tiada yang lebih utama dari 2 sifat agung itu. Sabar dan redha. Usahakanlah dengan apa cara, agar sabar dan redha tersemat dalam diri mereka. Kerana hanya itu sahaja ubat bagi mengubati musibah yang menimpa.  
Firman Allah: 

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ


Berkata Imam Abu Ali Ad-daqqaq : Bukanlah redha itu dengan tidak merasai apa-apa dengan bala’, tetapi redha itu itu ialah tidak melawan (dengan hati) diatas hukum dan qada’
Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home