Tuesday, October 27, 2009

Jambatan Ilmu Yang Telah Runtuh

Apabila penjajah masuk ke negara-negara Islam, mereka membawa misi yang cukup jelas iaitu menghacurkan tamadun Islam yang agung dalam lipatan sejarah. Untuk menghancurkan tamadun, mereka ada dua pilihan. Melakukan genocide seperti di Andalus dan negara-negara Balkan ataupun menyerapkan pemikiran sesat barat dalam minda ummat Islam. Kedua-dua methode ini dilaksanakan berdasarkan latarbelakang setempat. Negara Islam Andalus amat sukar untuk diserapkan pemikiran sesat barat kerana Andalus ialah kiblat ilmu ummat Islam suatu ketika dahulu, maka untuk menghancurkan tamadun Islam individu yang menganut kefahaman Islam yang sebenar itu perlu dibunuh untuk diganti dengan generasi yang tidak tahu langsung tentang Islam. Di negara-negara yang mereka kira genocide tidak dapat dilaksanakan, mereka melaksanakan proses melahirkan bayi-bayi anak ummat Islam generasi baru yang berotakkan secular. Apabila besar mereka tidak berhajat lagi untuk kekal di negara ummat Islam, cukup sekadar bermain wayang kulit di belakang pentas dengan mengerak-gerakkan pemimpin secular yang mereka lahirkan. Malaysia termasuk dalam salah satu negara ini.

Untuk menghancurkan tamadun Islam, barat merobohkan jambatan ilmu yang paling penting dalam membangunkan tamadun iaitu bahasa Arab. Negara-negara jajahan afrika utara dipaksa untuk belajar bahasa peranchis. Negara-negara yang dijajah Inggeris dipaksa untuk belajar bahasa Inggeris. Bagi negara-negara timur tengah yang bahasa arab menjadi sebati dalam diri mereka, proses perosakan bahasa dilakukan begitu agresif. Istilah-istilah bahasa ajnabi diserap masuk dalam bahasa arab dan bahasa pasar “ammiah” digunakan secara meluas. Akibatnya anak-anak ummat islam terputus dengan tamadun mereka.

Proses membina jambatan ilmu ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Kerana jambatan ilmu ini membolehkan kita mencapai khazanah tamadun Islam kita.
Pada tahun lepas, sebelum putera kesayangan kami dilahirkan, saya berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa (antarabangsa apanya…1 hall aja) di PWTC untuk melihat genre buku apa yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia disamping mencari buku Malay Dilemma karangan Dr Mahathir.

Sepanjang berada di pameran itu, hampir 5-6 kali saya diapproach oleh promoter dari booth-booth yang mempromosi package smart learning. Beriya-iya nak suruh dgr package mereka. Bila dikatakan anak saya belum lahir, mereka bertanya telah mula stimulate anak dalam kandungan? Dengan tegas saya jawab “Sudah, dengan ayat Quran”. Terdiam promoter minah India tue.
Saya bukan anti dengan package smart learning mereka. Tetapi saya rimas dengan pendekatan smart learning yang kosong dengan nilai iman. (kalau ada Islamic smart learning booth, mmg nak dgr jugak. Tp biar Islamic isi, bukan Islamic kulit) Apa agama kita terlalu miskin untuk kita lari kepada satu system yang kosong dari nilai iman. Apakah ulama’ kita tidak menganjurkan cara stimulate kecerdasan anak-anak kita sejak dalam kandungan. Apakah kita tandus dengan buku-buku tentang pentarbiyahan anak-anak.
Agama ini tidak tandus dengan material tetapi kita tiada jambatan ilmu untuk mengambil material-material itu. Akibatnya kita lari kepada material barat yang kita mempunyai jambatan ilmu kearah itu. Maka apabila mencari buku-buku motivasi, buku-buku karangan sarjana barat juga yang kita capai. Apabila mencari buku-buku tentang ekonomi, maka buku-buku karangan barat juga yang kita belek. Apabila mencari buku-buku pendidikan, maka teknik pengajaran barat juga yang kita rujuk.
Akibatnya kita tenggelam dengan kehebatan sarjana barat. Kekaguman kita kepada mereka memuncak. Lalu kita melupakan tamadun ilmu kita. Saya apabila membaca buku barat, saya juga kagum dengan cara knowledge itu dipersembahkan. Amat menarik dan mudah untuk dibaca. Dengan gambarajah yang memudahkan kefahaman, buku-buku barat memang mempunyai kelebihan. Namun tiap kali saya membaca guideline dan panduan yang saya kira amat bernilai, hati ini akan memberontak “ Mustahil agama aku tidak ajar benda ini. Mustahil Rasulullah tidak sebut perkara sepenting ini”
Saya amat yakin Islam lebih dahulu membicaraka tentang perkara yang terdapat dalam buku-buku barat. Tetapi khazanah ilmu kita terperap daripada dibenarkan ditatap oleh ummat sejagat. Jika dicetak sekalipun, berapa ramai yang boleh membacanya. Akhirnya buku-buku khazanah Islam dianggap buku-buku picisan di pasaran.
Kerana itu apabila syaikh Abdul Fattah abu Ghuddah mengarang sebuah kitab mengenai pendidikan yang berteraskan syaksiah Rasulullah. Saya puas berkempen supaya buku ini perlu dijadikan syllabus di kolej dan faculty pendidikan. Buku ini mengajar teknik mengajar yang disebut dalam kitab-kitab barat tetapi barat memadamkan syaksiah Rasulullah sebagai Guru Teragung bagi ummat ini. Sedangkan syaikh abdul Fattah menjadikan Rasulullah sebagai panduan dalam teknik-teknik mengajar. Cukuplah sebuah buku ini menjadi syllabus rasmi di faculty pendidikan sebagai usaha permulaan bagi mencelik ummat ini bahawa tamadun ilmu sebenarnya milik kita. Barat cuma mengembangkan apa yang kita asaskan sambil mencabut nilai agama.
Dalam mengajar, ada dinamakan teknik penyampaian dengan alat bantu mengajar. Memang benar, pada zaman Rasulullah tiada projector, tiada powerpoint. Tetapi rasullulah dalam satu hadith pernah menerangkan dengan melukis garisan lurus diatas padang pasir bahawa itu ialah jalan Islam sedangkan garisan yang dikiri kanan garisan lurus itu ialah jalan-jalan syaitan. Ini isyarat yang disampai kan oleh Rasulullah bahawa untuk memberikan pemahaman maka kita memerlukan alat lain seperti whiteboard, LCD projector, Slide show yang dinamakan alat bantuan mengajar. Inilah yang disebut oleh syaikh abdul Fattah.
Untuk mengembangkan konsep alat bantuan mengajar, memang tidak salah kita ambil kitab-kitab barat kerana kita telah tahu bahawa usul itu telah dibawa oleh Rasullulah. Itu baru satu contoh dalam kitab “rasullah murabbi terulung”. Ada lagi teknik mengajar seperti memberikan analogy bagi memudahkan fahaman, bertanyakan murid mahupun murid bertanya guru. Semua itu Rasulullah pernah lakukan ketika mengajar. Ummat ini kena mengenal Rasulullah lebih dari seorang rasul yang membawa agama. Rasulullah perlu dipersembahkan kepada ummat sebagai guru, politician, peniaga, panglima perang, ketua keluarga dan pemimpin yang agung. Syakhsiah Rasulullah dikongkong oleh fahaman secular dengan membenarkan syakhsiah baginda berperanan dalam aspek spiritual sahaja. Sedangkan baginda adalah sesempurna manusia. Kerana itu syaikh Ali Jumaah selalu berpesan “Ajarkan anak-anak kita cintakan Rasulullah”. Nasihatnya pendek tetapi maknanya sangat mendalam kerana manusia ini akan mengikut orang yang dicintainya.

Ummat ini perlu kepada buku-buku seperti “Rasulullah murabbi terulung” supaya kita sedar usul kegemilangan kita. Buku-buku barat yang menarik itu kita jangan buang tetapi ambik cara persembahan dan isi kandungannya lalu diletakkan nilai islam. Kita kena berusaha mencari, hadith mana yang menunjukkan bahawa betapa pentingnya komunikasi dalam konteks suami isteri seperti yang disebut oleh John Gray dalam bestseller book “Men from Mars, Women from Venus”. Terjemahan adalah suatu benda yang baik, tetapi meletakkan nilai islam dan syakhsiah Rasulullah dalam buku itu jauh lebih penting supaya apabila ummat islam yang membaca akan melihat usul kepada kepentingan berkomunikasi itu lebih dahulu diterangkan oleh Islam.
Begitu juga dalam buku-buku motivasi. Biarpun bilangan buku motivasi islam telah banyak dipasaran, alhamdulillah. Namun buku-buku itu perlu dikembangkan agar setanding dengan buku motivasi barat. Syaikh Ali Jumaah  mengatakan bahawa agama ini adalah agama yang paling optimis. Rasullulah mengajarkan bahawa andaikata hari ini akan kiamat, tanam jugak pokok pada pada hari itu. Tiada yang terlambat dalam kamus hidup kita sebagai seorang muslim. Itu yang ingin disampai kan oleh syaikh ali jumaah. Dahulu diatas mimbar, beliau selalu berkata “mulakan hidup engkau hari ini dengan lembaran yang baru” “perbaharui matlamat perjalanan hidupmu”. Ucapan ulama’ rabbani seperti inilah umdah kita dan lebih bernilai dari ucapan motivator barat.
Kerana ada ulama’ rabbani diseluruh pelosok dunia lah, Islam ini tidak akan hilang. Biar ditekan dengan hebat, namun tiada siapa yang boleh mematikan nadi denyutan agama ini. Kita lihat negara yang paling kuat ditekan oleh secular iaitu turki, sehingga tudung tidak boleh dipakai, azan ditukar kepada bahasa turki. Namun kerana ulama’ seperti syaikh saied an-nursi, syaikh Mustapha sobri itu ada. Generasi terkemudian masih ada yang kukuh mengamalkan Islam. Islam masih mendapat tempat dalam masyarakat turki.
 
Untuk itu kita perlu membina semula jambatan ilmu untuk kita bebaskan kehebatan tamadun ilmu kita yang terperap. Kita perlu belajar bahasa arab sehingga boleh membaca buku-buku arab seperti baca buku bahasa inggeris. Kerana tamadun ilmu kita dalam bahasa Arab. Jika kita tiada jambatan ilmu untuk sampai kepada tamadun ilmu kita, bagaimana kita mengenal usul kegemilangan ummat ini. Bukan bererti kita cuaikan bahasa inggeris. Bahasa inggeris adalah keperluan semasa. Bahasa arab ialah keperluan untuk mengangkat kegemilangan Islam. (Bukan matlamat belajar arab nak baca kitab agama berjilid-jilid tue. Itu bagi ustaz-ustaz azhar lah baca, itu bidang mereka.)
Saya sendiri merasa masih malu dengan diri pada tahap penguasaan bahasa arab. Teman-teman kita di UK, balik cakap english amat fasih (biarpun bkn semua). Tetapi kita di mesir. Duduk bertahun-tahun pun ckp arab “beryakni…yakni” (ini aku cakap diri sendiri). Kalau komunikasi pun fail lagi, apa lagi nak baca buku-buku arab. Kalau berckp satu ayat ada 5-6 “yakni” lagi, tue tak reti arab lagi lah. “yakni” nie satu ayat masuk satu boleh lah. Literally pun maksud “ialah”. Kalau satu ayat ada 5-6 ‘ialah’ apa citer..
Sebelum saya pulang ke malaysia 4 bulan lalu (lamanya lah aku tak update blog), saya menziarahi seorang teman berasal dari Jeddah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam berkelana mencari ilmu. Beliau menganjurkan saya membaca buku-buku sastera arab supaya mendapat “zouk” (feeling) sebenar apabila membaca. Terbayang saya buku-buku Naguib Mahfoz yang sebahagiannya kene banned oleh Azhar. Memang lama menyimpan hajat nak baca apa yang Naguib Mahfoz merapu. Tapi macam takde faedah aja. Tapi dah org recommend, accept aja lah.
Org kulur kilir dengan buku Novel inggeris yang tebal, aku lepas nie nak kulur kilir ngan buku sastera arab. (Sebenarnya aku tak tau pun lagi buku sastera apa dia nak recommend)
Hehe. Dapat habis satu buku sastera jadilah. Jangan lepas nie jadi gian baca novel arab cukup. Kena penyakit suka baca novel nie pun masalah gak.(penyakit suka tgk filem lawak mesir mmg aku kena dah) Baca novel, memang best sambil bersantai-santai. Hhmm… teringat cerpen Faizal tehrani tentang epal. Nasib baik takde jenis epal nama “epal iran” atau “epal Qom” ker. Kalau tak mesti tue paling terbaik di dunia. Hahaha.
Bagi yang baru hendak belajar, bacalah buku “mulakhas qawaied arabiah” sebagai langkah permulaan. 20-25 genih jerpun. Biarpun buku itu tak boleh dijadikan umdah kerana ada kaedah-kaedah yang tidak dinyatakan selengkap kitab-kitab nahu turath. Namun buku itu mudah difahami dan tidak terlalu kompleks. Mempelajari bahasa bukan untuk jadi sasterawan, kerana bahasa ialah ilmu alat seperti ilmu mantik dan ilmu imla’. Belajar untuk diguna pakai sebagai alat untuk mendapat ilmu lain.

Jambatan ilmu ini kita kena construct semula sebaik-baiknya. Memang mengambil masa. Tapi kalau bukan kita yang duduk di negara arab nie siapa lagi nak construct. Budak-budak UK sanggup bayar mahal2 ambik kelas arab disana (mahupun dtg sini). Kita kat negara arab plak tak berahi nak belajar. Rasa ‘redho’ aja reti beli sayur dgn “ana a’iez dah..ana aiez dih.Bukan nya tahu timun tue apa, kubis tue apa. Takde berahi nak tnya pcik sayur tue timun nie dlm arab apa. Buah pisang kaki nie plak apa. Limau yg bermcm jenis nie apa. (Xyah ckp org...aku pun serupa. Pisang kaki dlm arab pun aku tak tau. Muuzul rijli kot.huhu)

Sebagai penutup, ada org tnya sy ttg organisasi dlm army sbb tgk war drama “band of brothers” punya pasal. Sbb sy nie anak ex-army. Jadi sy tau lah organisasi tue yang disebut sbgai unit, platoon, brigade and so on. Sy ingat yg atur organisasi nie tentera barat (british or American). Rupa-rupanya Imam Ibn Hajar Haytami ada sebut dlm tuhfah al-muhtaj jugak. Nie translation yg sy ambik dari artikel Syaikh Afifi al-Akiti (first ever Malay to be appointed as fellow and lecturer in Oxford University).

Fâ'ida Imâm Ibn Hajar ( may Allâh be pleased with him!) lists the organizational structure of an army as follows: a ba'th [unit] and several such together, a katîba [platoon], which is a part of a sariyya [company; made up of 50-100 soldiers], which is in turn a part of a mansar [regiment; up to 800 soldiers], which is a part of a jaysh [division; up to 4000 soldiers], which is a part of a jahfal [army corps; exceeding 4000 soldiers], which makes up the jaysh 'azîm [army]. [Ibn Hajar, Tuhfa, 12:4]

Kan sy dah kata, tamadun kita nie tinggi. Ulama kita sebut organisasi nie dalam kitab mereka seawal kurun ke 10 hijriah (kurun 15 masihi) lagi. Maknanya organisasi tentera dalam islam dah wujud sebelum itu lagi. Waktu tue eropah dalam dark age lagi tapi tentera Islam dah ada organisasi yang teratur. Kita aja tak tahu, sebab takleh baca kitab arab. Sy pun tahu dari terjemahan English nie hah. Semoga ummat ini akan lahir lagi orang seperti Syaikh Ali Jumaah, Syaikh Abdul Fattah Abo Ghoddah dan Syaikh Afifi yang membongkar semula tamadun kita yang terperap. Sekurang-kurangnya kita dengar di military college akan diajar “organisasi ini adalah organisasi yang disusun oleh tentera Islam bukan tentera british atau amerika”.

Abu Abbas Lutfi
Manyal,Kaherah.


4 Comments:

At Sunday, November 01, 2009, Blogger PEMENANG said...

hehe..mantap2...safwan nih

 
At Sunday, November 01, 2009, Anonymous Anonymous said...

Komen saudara dalam Blog Ustaz Zamihan memang bagus

Orang yang tidak memastikan berita pun boleh saudara percaya, bagaimana perkara lain.

Mungkin dalam ceramah2 Ustaz Zamihan kebanyakannya adalah benar tapi 25peratus lagi bohong. Mana tahu?

Tahniah. Saudara memang bijak. Cuma tidak menggunakan kebijakan saudara untuk kebenaran.

 
At Monday, November 02, 2009, Blogger SofwatunNil said...

Pemenang,
tau dah safwan, sape lagi "pemenang" kalau bkn safwan.dgr cite dah nyamar pompuan skrg bl tulis blog.siap ambik gmbar blakang lg.haha.

Anonymous,
Ohh..mekacih2.shakehand:)siapa nama td..anonymous yer.ohh..ok2. sdap nama tue.melambangkan 'kebenaran' sape bernama begitu.(hehe..gurau aja).yerlah..lps nie sy gn bijak sy utk kebenaran. mekasih ingatkan sy letak benda yg betul ditempatnya.shakehand:)

 
At Saturday, November 07, 2009, Blogger Amermeftah said...

pisang kaki org Arab (at least kat Mesir) panggik Kaka ...

 

Post a Comment

<< Home