Thursday, November 26, 2009

“Character assassination”

Saya tidak menulis sebarang pandangan terhadap isu-isu yang melanda PAS kerana situasi yang sedang berlaku amat kompleks untuk difahami apabila komen-komen yang ‘membunuh’ dan ‘mempertahankan’ pemimpin-pemimpin PAS dibaca berselang-seli. Saya tidak mahu memberi saham dalam membunuh dan mempertahankan pemimpin-pemimpin sebuah parti dan jemaah yang saya yakini kebenaran dasarnya. Silap pembacaan, saya akan menidak kebenaran dan membenarkan kemungkaran. 

 Setelah menyoroti kronologi setiap isu-isu yang timbul, bermula dengan UG, seminar UG, , ‘hadiah’ haji, siasatan PMBK, kronisme di kelantan, perletakan jawatan menantu TGNA.  

Saya melihat semuanya adalah suatu perancangan “character assassination” yang dilakukan oleh musuh “external” or “internal” PAS dalam melemahkan parti ini. Pelbagai teknik spin digunakan untuk memerangkap setiap tindakan dan ucapan pemimpin-pemimpin PAS agar semuanya terlorong kepada sesuatu isu yang boleh dijadikan peluru untuk “character assassination”.

 ‘character assasination’ adalah satu method yang ampuh untuk melemahkan semangat,integriti dan  kekentalan jiwa seseorang. Biarpun dia seorang yang baik dan bercakap perkara yang benar, tetapi apabila ‘character’ baik itu dimatikan, maka segala perbuatan dan ucapan yang diluahkan tidak dapat diterima.

 Dr Mahathir membunuh character Anwar sebagai nationalist Islamic leader yang dia sendiri menumpang character Anwar itu untuk mengekal popularitinya berada diatas pemerintahan selama 2 dekad dengan tuduhan liwat dan double-face. Anwar membunuh character Dr Mahathir sebagai greatest Malaysian leader dengan rasuah,kronisme,nepotisme dan pelbagai lagi tuduhan sebagai tindak balas diatas tindakan Dr Mahathir. 

 Apabila ‘Mr Clean’ naik, UMNO menang besar pilihanraya 2004. Namun Dr Mahathir tidak senang dengan Paklah kerana membebaskan orang yang membunuh characternya pada tahun 98. Lalu character ‘Mr clean’ Paklah dibunuh pula dengan pelbagai-bagai isu. Blog chedet tidak sunyi dengan kritikan terhadap Paklah. Dan media perdana tidak banyak membantu dalam mempertahankan character Paklah sebagai Mr Clean.

Dr Mahathir mengkritik Paklah kerana gambar Paklah dinaikkan disana sini yang katanya tidak berlaku dizamannya. Dr Mahathir mahu menunjukkan bahawa Paklah inginkan sanjungan. Tetapi sehingga sekrang, Dr Mahathir tidak mengkritik gambar Rosmah yang sentiasa berada di sebelah Najib. Tidak pernah saya lihat perutusan khas PM di TV dan isterinya ada disebelah melainkan diera Najib ini. Mahathir tak pernah buat, paklah tak pernah buat. Tapi Mahathir tidak mahu menjadikannya isu.

Jika diamati dengan teliti, siapa yang begitu agresif menyerang Paklah.Parti yang dinaunginya sendiri atau pihak pembangkang. Blog Ruhanie Ahmad ketika Paklah masih memerintah tidak sunyi menghentam Paklah tetapi kini nadanya telah berbeza. Tiada lagi tekanan-tekanan terhadap PM seperti Paklah memerintah dahulu. Siapa mastermind dalam assassination team yang membunuh character Paklah ini? ketika Paklah hendak turun, PAS cuba mengekalkan kedudukan Paklah dengan menghalang Najib menjadi PM.  Namun yang kuat menyuruh Paklah turun ialah UMNO sendiri. 

Sepertimana TGHH dan TGNA diserang sekarang, begitulah Paklah pernah diserang. Peluru yang serupa. Kepimpinan yang lemah,salah guna kuasa dan kronisme. Adakah mereka dari assassination team yang sama?

 Setelah character Paklah dibunuh sehingga memaksa dia metakkan jawatan, langkah pertama Najib ialah membina imej nya. Ini memang semua pemimpin dunia akan buat. Najib membebaskan tahanan ISA. Menyelesaikan isu-isu yang tidak dapat ditangani oleh Paklah. Disamping memulihkan character ‘altantunya’ dan ‘scorpene’ nya. Najib mempopular kan konsep 1Malaysia agar sokongan pengundi Cina dan India kembali kepada BN. Najib ‘melayan’ permintaan org India dengan merasmikan parti Makhaal Sakti biarpun itu bukan parti komponen BN. Najib memberi duit membina jambatan di Kelantan biarpun kalah pilihanraya kecil. Terlalu byk yang dilakukan untuk menhidupkan character baru setelah character peribadinya sebagai pemimpin berakhlak dibunuh.

 Dalam peperangan politik, anda perlu menunjukkan anda kuat. Jika anda tidak boleh menjadi kuat seperti musuh anda, maka yang perlu dilakukan ialah melemahkan musuh anda dipandangan orang lain supaya kekuatannya hilang sebelum anda bertemu secara rasmi di dalam peperangan sebenar (pilihanraya). Membunuh character kepimpinan seorang pemimpin amat penting dalam melemahkan kekuatan sesuatu organisasi. 

 Dalam sirah, Rasulullah cuba dibunuh character ‘amin’ dengan digelar pemecah belah kesatuan arab musyrikin. Setelah wujudnya golongan munafiqin, pelbagai fitnah dibuat untuk melemahkan keyakinan ummat terhadap Rasulullah. Jika character rasul tidak dapat dibunuh, character orang-orang yang disekitar Rasulullah pula yang menjadi mangsa seperti apa yang berlaku dalam peristiwa Ifki. Atas dasar cinta ahli bait, syiah memfitnah sahabat-sahabat atas niat ‘murni’ membela saidina Ali. Saidina Ali pula menjadi korban diatas niat ‘murni’ membela kematian Saidina Usman. Dunia fitnah tidak mengenal siapa individu itu. 

Musuh-musuh PAS berdepan bukan dengan seorang tokoh pemimpin dalam PAS. Mereka berdepan dengan satu barisan pemimpin yang berintegriti tinggi. Untuk melemahkan PAS, mereka tidak boleh melawan dengan menunjukkan  “kami juga berintegriti seperti PAS”. Orang akan gelak besar. Tapi mereka  melawan PAS dengan slogan “ PAS juga sama macam kami, tidak berintegriti”.

 Maka isu UG yang diangkat, biarpun dianggap reda pada bulan Jun setelah perjumpaan pimpinan PAS. Musuh PAS tidak merasa cukup kerana matlamat mereka bukan UG itu yang berjaya. Tetapi matlamatnya ialah membunuh character pemimpin PAS yang berintegriti. Pendapat tokoh akademik diminta, untuk memberi pandangan dan apabila ada point yang diucapkan boleh dijadikan peluru membunuh character pemimpin PAS maka itu dihighlightkan. TGNA dapat menghidu bahawa bau asap serkam isu UG masih tidak padam, ada lagi yang mahu meniup agar menjadi bara. Lalu mendesak EGM sebagai cadangan daripada Mursyidul Am. Pimpinan PAS bersepakat EGM diganti dengan seminar yang membuatkan musuh PAS kecewa, dan TGHH berdiri dengan teguh didepan perwakilan PAS dengan memberi ruang mereka mengkritik. 

 Tindakan TGHH ini mungkin dilihat sebagai lemah kerana tidak menjawab segala kritikan yang dilempar, sebaliknya saya melihat tindakan TGHH bersedia berhadapan dengan kritikan adalah suatu tindakan yang bijak. Ibarat dia keluar ke tengah jalan dan berhadapan dengan berani. Jika anda ingin membunuh character kepimpinan saya, maka silakan tembak dengan berdepan. Apabila begitu, tiada ruang lagi untuk membunuh character TGHH dengan ‘tembak curi’. 

Tiada lagi rekod pemimpin Malaysia yang bersedia dikritik dalam satu majlis khas secara terbuka. Masing-masing tidak berani memanggil orang yang diluar parti mereka untuk memberikan persepsi. Tetapi PAS melakukan satu pendekatan yang berbeza. Sikap tidak melatah TGHH apabila dikritik, membuatkan musuh-musuh PAS ‘kecewa’. Mereka mahu TGHH bercakap, mahu TGHH menjawab soalan wartawan, mahu TGHH bingkas bangun membantah kritikan terhadapnya. Tetapi TGHH mengambil sikap sabar diatas segala kritikan. Peluru untuk membunuh character TGHH biarpun mencederakannya, diwaktu yang sama telah menunjukkan kekuatan TGHH sebagai pemimpin. 

 Bayangkan jika TGHH mempertahankan diri seperti apa yang cuba dilakukan oleh Ust Abu Bakar Chik dan Ketua Pemuda PAS. Pastinya, banyak lagi peluru boleh ditembak kepada TGHH jika dia tersilap respond. TGHH mengambil pendekatan, cakap apa nak cakap. Setelah semua puas, dengan tenang dia berlalu “ Puas dah?”.

 Saya kira mereka akan berhenti disitu sahaja, setelah TGHH dan pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro-UG cuba di bunuh character mereka, rupanya assassination team ini beralih kepada TGNA pula.

 Apabila Zaid Ibrahim mencadangkan TGNA mengetuai Pakatan Rakyat, undi popular dibuat. TGHH jauh ketinggalan, dan TGNA menjadi pilihan. Dan sekarang giliran TGNA pula untuk dibunuh characternya sebagai pemimpin yang berintergriti. Oleh kerana TGNA tidak menyokong  UG, maka peluru yang diguna untuk membunuh character TGNA perlu diubah. Satu demi satu peluru membunuh character TGNA ditembak .

 Saya akan terus melihat, siapakah lagi menjadi sasaran ‘character assasination’ oleh musuh PAS ini.  Disamping melihat jika ada individu berpengaruh dalam PAS yang cuba dibunuh characternya tetapi kelihatan ‘tersasar’. . Mengapa peluru kepadanya ‘tersasar’ ? Sedangkah pemimpin-pemimpin PAS yang lain tepat ‘ditembak’.

 Jika musuh PAS ini mahukan UG mengapa character pemimpin-pemimpin UG cuba dibunuh, sewajarnya musuh PAS patut ‘spare’ character ini untuk masa hadapan dan character yang paling awal patut dibunuh ialah TGNA kerana dia kuat menentang UG. 

Sebaliknya pula, jika musuh PAS ini tidak menyokong UG, mengapa TGNA perlu dibunuh character nya sebagai pemimpin yang hebat. Bukankah TGNA adalah asset agar UG tidak akan tercapai sama sekali.

Jadi, segala isu yang timbul dan dimainkan sebenarnya  bermatlamatkan untuk membunuh character pemimpin-pemimpin PAS seorang demi seorang. Timing aja yg berbeza.Kita tidak tahu siapa lagi mangsa-mangsa character assassination ini selepas ini. 

Mereka tidak mahu membunuh TGNA lebih awal kerana timing tidak kena. TGNA menentang UG, maka mereka jadikan TGNA sebagai shield dalam menyerang TGHH dan orang disekelilingnya seperti Ust Nasa , Dato Mustapha Ali dan Dato Hasan Ali.

 Apabila pemimpin-pemimpin ini telah diserang character mereka, barulah mereka beralih kepada character TGNA. Setelah selesai liability menantunya, kini TGNA diserang dengan isu penggantinya. Mereka tidak puas selagi character TGNA sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat itu tidak dipadam dalam sejarah. 

Semasa TGHH diserang, usaha untuk menyahkan TGHH dari jawatan presiden diletak sebagai target. Tetapi gagal, yang berjaya hanya melemahkan kredibiliti TGHH. Ketika itu, TGNA diletakkan dibawah spot light, segala komennya terhadap PAS diberi perhatian. Apa sahaja yang ada menyentuh pimpinan Pusat dihighlight. Dan kini TGNA pula diserang dan usaha untuk menyahkan TGNA dari jawatan MB dan Mursyidul Am. Segala komen berkaitan yang mendesaknya berundur pula yang dihighlight kan dalam media.

 Semua character assassination ini diplotkan dan diletakkan dalam sequence yang teratur mengikut timing yang sesuai. Saya tidak pelik selepas ini ada lagi yang menjadi mangsa. Yang pastinya PAS sedang berhadapan dengan ‘external’ and ‘internal’ enemies. Samaada mereka berpakat membentuk satu coalition untuk melemahkan PAS atau mereka bergerak berasingan itu tidak perlu diusul. 

 Yang pasti, PAS sedang berhadapan dengan keadaan yang cukup sukar apabila dalam jemaah ini adalah golongan munafiqin. Golongan yang membuka keaiban parti. Golongan yang pernah menyebabkan Rasulullah serba salah. Jika dibunuh akan dikatakan membunuh sahabat, jika dibiarkan akan menaburkan fitnah. 

Maka inilah dilemma yang dihadapi dalam PAS. Tindakan yang terbaik ialah mencontohi Rasulullah. Tidak dibunuh, bersabar dalam keadaan berhati-hati dengan setiap tindak tanduk mereka. Mereka akan menzahirkan diri mereka juga suatu hari nanti. 

 Bagi pendokong-pendokong PAS, yang dituntut sekarang ialah bersabar dan jangan cepat melatah dengan situasi yang berlaku. Musuh sedang berusaha melemahkan kepimpinan PAS, maka jangan ikut serta menyumbang kepada usaha mereka. Gigit lidah anda dari mengomen sesuatu yang lebih membunuh character pemimpin-pemimpin PAS daripada mempertahankan. Jika kelemahan itu ada, bukan sekarang untuk dihighlight. Kudis-kudis dalam pentadbiran pusat dan kerajaan negeri bukan masanya untuk dirawat jika jantung dalam keadaan lemah.

 Pada waktu sekarang, pendokong perjuangan PAS perlu menstabilkan situasi yang berlaku agar tidak lagi terarah ke isu yang lain yang pastinya akan mengorbankan lebih banyak character pimpinan. Hentikan sebarang isu dari dibangkitkan, bukan kita hendak menyapu sampah dibawah carpet, tapi apa guna sampah disapu tapi rumah tidak berkemas. 

 Sempena hari kemenangan umat Islam ini,  mari kita berdoa agar tiada lagi fitnah yang membunuh pemimpin-pemimpin PAS. Kesilapan dan kelemahan yang ada perlu dibaiki. Tiada siapa yang tidak melakukan kesilapan, tetapi jangan kerana kudis setompok di lengan, abis satu tangan dipotong. Jika itu cara kita merawat, apa lagi yang tinggal pada jasad.

  Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang membantu hamba-hambaMu, Engkau yang menghancurkan tentera Ahzab yang memerangi Rasul Mu.Maka hancurkanlah perancangan mereka yang ingin memecahkan kekuatan golongan yang memperjuangkan agama Mu. Tunjukkan kebenaran kepada kami supaya dapat kami mengikuti jalan kebenaran itu, dan tunjukkan kebathilan kepada kami agar kami tertegah dari kebathilan itu.

 Berikan kekuatan kepada ulama’ dan pemimpin kami yang ikhlas. Kurniakanlah kesabaran dalam diri mereka dan teguhkanlah pendirian mereka diatas jalan kebenaran. Peliharalah mereka dari tersilap langkah dalam membuat keputusan. Berikanlah mereka dan kami petunjuk dan cahaya untuk keluar dari kekaburan asap fitnah yang sedang membakar….

Selamat Menyambut Hari Raya Haji...

 Abu Abbas Lutfi

Manyal,kaherah

3 Comments:

At Wednesday, December 02, 2009, Blogger PEMENANG said...

saye membace tulisan abg hidir..teruskan menulis...cedok sumthing dari org yg lebih tua

 
At Wednesday, December 02, 2009, Blogger Jackster® said...

salam alayk

baru nampak jelas skt situasi skrg

tq2 =)

 
At Friday, December 04, 2009, Blogger SofwatunNil said...

@pemenang
org muda juga patut menulis,berkongsi buah pemikiran spaya dpt menatijahkan satu output yg lebih baik.Variasi pandangan dan pendapat itu yg membawa kesempurnaan.bkn smua bnda org tua betul...:)
@jack
May Allah enlightens this situation with His light, so we can see the truth as the truly truth.tq2 4 the "tq2" :)

 

Post a Comment

<< Home