Sunday, November 29, 2009

Kunci kefahaman

Sebelum baca entri nie, dengar jawapan Syaikh Ali Jumaah tentang Al-Quran dan Sains pada entri yang lepas.

Satu perkara tentang ulama’, ialah mereka ini merupakan kunci kepada kefahaman. Sebagaimana ulama’ dahulu kunci untuk memahami bagaimana para sahabat mengamalkan Islam, para sahabat kunci kepada kefahaman apa yang diucapkan oleh Rasulullah, Rasulullah itu pula kunci kepada Quran. Ayat Quran datang dari Allah. Apa yang Quran nyatakan itu semua kunci semata. Berhajat pada Rasulullah, berhajat pada para sahabat, berhajat kepada ulama’ untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Allah. Kerana itu tanggungjawab ulama’ amat besar. 

Imam Abu Hanifah dikisahkan pernah melihat seorang anak kecil memakai ‘terompah’ yang besar (bukan saiznya), ketika mengambil wudhuk. Lalu Imam Abu Hanifah berpesan ‘wahai anak kecil, berhati-hati nanti tergelincir’. Lalu budak itu menjawab, ‘Baiklah Imam, engkau juga perlu berhati-hati kerana jika aku tergelincir, hanya aku sahaja yang jatuh, tetapi engkau jika tergelincir, ramai manusia lain yang akan tergelincir kerana engkau seorang Imam’. Imam Abu Hanifah menitiskan airmata apabila mendengar nasihat budak kecil itu. 

Itu “notate bene” yang penting sebelum kita mula bercakap tentang ilmu. Ingatlah pesan Rasulullah dalam haji wida’.

 

 خذوا العلم قبل أن يقبض أو يرفع " فقال أعرابي : كيف يرفع ؟ فقال : ألا إن ذهاب العلم ذهاب حملته . ثلاث مرات

 Ambil lah ilmu sebelum ianya disentap/diambil atau diangkat. Maka bertanya seorang a’rabi ‘bagaimana ilmu itu diangkat’ Maka Rasulullah menjawab, ‘tidak lain tidak bukan, perginya ilmu itu dengan perginya orang yang memikulnya’ dan baginda mengulangnya sebanyak 3 kali. 

 Soalan Lebanese or syirian lady (best betul slang dia…) tue amat menunjukkan keikhlasan dia mencari jawapan kerana dia takut, khuatir jawapan yang diberikan kepada orang yang bertanyakan kepadanya tidak tepat. Soalan sempoi ajapun, ramai ulama’ dah jawab. Tapi Syaikh Ali bagi saya bagi kunci kepada soalan. 

Wokey..kita cuba faham apa yang nak disampaikan oleh Syaikh Ali sekadar yang termampu. Keduanya dari Allah. Al-Quran dan al-kaun (kejadian alam) maka mustahil akan ada contradiction antara keduanya. Jika ada contradiction, maka itu bukan disebabkan contradiction antara Quran dan science tetapi contradiction itu disebabkan oleh kefahaman Quran dan science. (kunci 1)

Tapi itu dengan syarat, bahawa ilmu sains itu memang ilmu. Bukan lagi bersifat theory, hypothesis yang masih terdedah kepada kesilapan pada theory dan hypothesis itu. Dalam hal ini, kita tidak perlu review pegangan dan fahaman kita terhadap Quran. (kunci 2)

 Syaikh Ali mendatangkan misal dalam surah yassin mengenai pergerakan matahari. 1000 tahun lepas, kita menyangka bahawa matahari yang bergerak mengelilingi dunia. Disebabkan ayat Quran menjelaskan “matahari yang bergerak….” yang wajib kita imani. Tetapi apabila Galileo dan Copernicus (sebagai contoh astronomist) membuktikan bahawa yang bergerak ialah dunia, bukannya matahari, dan mereka membuktikannya dengan kukuh, bukan lagi semata-mata theory atau hypothesis. Maka sudah semestinya ayat “matahari yang bergerak…” dalam surah yassin itu membawa makna yang lain kerana dasar kefahaman kita pergerakan matahari itu ialah pergerakan dari timur ke barat pada paksi tertentu. Jika dibuktikan, bumi ini yang bergerak, maka seolah-olah matahari itu static dan ini bertentangan dengan ayat “matahari yang bergerak pada paksinya…” yang kita wajib imani. 

Apabila ilmu semakin berkembang, maka diketahui bahawa matahari ini juga bergerak (Sun’s Motion) tetapi bukan bergerak mengelilingi bumi. Oleh itu pemahaman ayat Quran terhadap ayat itu telah berubah setelah manusia discover “Sun’s motion”. Kerana itu saya pernah tulis, discover ‘adalah mengetahui benda yang telah sedia ada’.  Dengan ilmu sains (sun’s motion) itu keyakinan kita terhadap Quran bertambah kuat. Ini lah matlamat ilmu dari ayat Quran “bacalah…” iaitu untuk kita mengenal Allah.

Syaikh Ali mendatangkan misal kedua dari ayat Quran ini

"إنَّ اللَّه عِنْده عِلْم السَّاعَة وَيُنْزِل الْغَيْث وَيَعْلَم مَا فِي الْأَرْحَام وَمَا تَدْرِي نَفْس مَاذَا تَكْسِب غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْس بِأَيِّ أَرْض تَمُوت"

 Dahulu sebelum penemuan ultrasound dan artificial rain, kita merasakan 5 perkara dalam ayat ini hanya diketahui oleh Allah sahaja. “Allah only knows”. Tetapi kini dengan ultrasound dan artificial rain, pemahaman kita terhadap ayat ini perlu di review semula. Maka syaikh Ali menjelaskan Allah menggunakan kalimat “dia yang menurunkan” dan “dia yang mengetahui” pada perkara hujan dan kandungan rahim. Maka itu tidak menafikan bahawa manusia juga boleh mengetahui kandungan rahim dan boleh membuat hujan. Syiyagh (phrase) ayat dalam dua perkara ini adalah dalam bentuk “he does” yang berbeza dengan 3 perkara lain. Jadi kunci untuk membetulkan kefahaman kita terletak pada verbal phrase “he does” "هو يفعل" Disitu yang membezakan antara 2 perkara itu dengan baki perkara yang lain yang masih kekal ilmu mengenainya disisi Allah sahaja. Ini tidak tidak di emphasize oleh penterjemah.(kunci 3)

 Membezakan antara scientific fact dengan hypothesis/prediction/theory adalah sangat penting.

Theory Darwin sebagai misal dibantah oleh biologist dan scientist, lalu teori itu di modify lagi dan masih tidak boleh diterima sebagai scienctific fact. Kemudian ada pula theory big bang yang apabila ditanya siapa yang menyebabkan ‘big bang” itu. Ahli falsafah (termasuk lah scientist ) menjawab bahawa yang menyebabkan big bang itu adalah diluar dari science. Syaikh Ali guna perkataan (riyadiah) which literally means mathemathic. Yang maksudnya tidak boleh dicapai dengan sciencetific equation seperti hukum fizik dan kimia. Maka kita menjawab bahawa yang berada diluar equation itu ialah Allah. Dan mereka tidak mengetahui dan melihat Nya. Diwaktu yang sama, scientist mengakui asal berlakunya big bang itu adalah luar dari science. Jika begitu, bagaimana mereka mendakwa big bang itu science sedangkan mereka mengakui bahawa yang menyebabkan big bang itu adalah luar dari science (kunci 4) 

Penjelasan jawapan syaikh ali tamat disini. Dibawah nie cuma elaboration saya.

 Ada yang berpendapat ‘haram’ menggunakan ultrasound untuk mengetahui jantina anak dalam kandungan kerana kita telah ‘cuba’ menafikan sesuatu yang Allah nyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang mengetahui. Pendapat seperti ini lahir kerana kegagalan berinteraksi dengan Al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. 

Begitu juga mereka yang masih ‘tegar’ memegang pendapat matahari yang berpusing mengelilingi bumi dan mengkafirkan mereka yang mengatakan bumi yang berpusing mengelilingi matahari. Ini saya pernah baca dalam sebuah majalah di Malaysia.

Implikasi dari itu, golongan yang belajar science menjauhi agama. Kerana melihat agama ini menafikan science dan golongan agama pula menafikan science . Inilah kesan dari pendidikan secular apabila science itu dicabut ruh iman. Sedangkan jika kita bertambah ilmu dalam science keyakinan dan iman kita terhadap Quran semakin kuat. 

Theory science barat yang cuba menjelaskan setiap perkara didunia dengan science kerana mereka ingin menegakkan fahaman atheis yang menafikan “existence of God”. Mereka cuba memisahkan manusia ini dengan Pencipta secara halus. Kerana itu jika belajar tauhid, pertama sekali yang perlu kita imani ialah kewujudan Allah. Tauhid...Tauhid...Tauhid.!

Kemudian bagaimana kita berinteraksi antara science (al-kaun) dan al-quran supaya kita mengambil middleway antara golongan ekstrimis agama (haramkan science seperti haramkan ultrasound tue) dan ekstrimis sains (menafikan agama seperti mereka yang menganggap Quran bertentangan dengan sains). 

Disinilah peranan ulama’ memberikan kita kunci bagaimana untuk berinteraksi antara al-kaun dan al-Quran.  Saya selalu mendengar syaikh ali jumaah berdoa “ Ya Allah, fahamkanlah kami apa kehendakMu” . Doa ini mungkin ringkas, tetapi maknanya terlalu mendalam bagi saya kerana syaikh ali memohon agar Allah memberikan kefahaman berdasarkan kehendak Allah. 

Sekarang saya datangkan misal dalam embriology. Dalam surah at-thoriq sebagai satu aplikasi kepada kunci-kunci kefahamaan yang diberikan oleh Syaikh Ali Jumaah.

" فَلْيَنْظُرْ الْإِنْسَان مِمَّ خُلِقَ خُلِقَ مِنْ مَاء دَافِق يَخْرُج مِنْ بَيْن الصُّلْب وَالتَّرَائِب

 Dalam ayat ini secara literally, difahami bahawa airmani itu keluar antara sulbi dan dua tulang dada. Jika dirujuk tafsir, ulama’ mempunyai banyak takwilan terhadap ayat ini. Diantaranya dengan mengatakan air mani lelaki dari sulbi dan air mani perempuan dari dua tulang dada. 

Bagi mereka yang tidak belajar embriology, ayat ini wajib diimani. Mereka tidak faham tentang bagaimana airmani itu keluar dari antara sulbi dan dua tulang dada.Itu tidak mengapa. Tapi kena beriman dengan ayat ini kerana ini adalah ayat Quran. Yang dituntut atas umat Islam ialah beriman dengan Quran secara kolektif. Selagi mana kita tidak faham, imani dulu ayat Quran. Jika ditanya bagaimana, jawapannya Allah Maha Mengetahui. 

Baik, tetapi bagi pelajar perubatan, mereka belajar lebih mendalam. Dan persoalan akan timbul, bila pulak airmani keluar antara sulbi dan dua tulang dada. Jika diambil pendapat ulama’ yang mengatakan airmani lelaki dari sulbi dan airmani perempuan dari tulang dada pun pun kita masih tidak dapat correlate dengan embriology. 

Dalam embriology, kita mengetahui bahawa reproductive system terbentuk dari intermediate mesoderm yang berada antara paraxial mesoderm and lateral plate mesoderm. Paraxial mesoderm akan membentuk vetebral column (sulbi) dan lateral plate mesoderm akan membentuk circulatory system (termasuk jantung). Jika dilihat tafsir ulama’ mereka mengatakan sulbi itu  tulang belakang dan at-taraib itu ialah tempat tergantungnya rantai atau antara dua breast yang dalam istilah medic  kita sebut retrosternal area. Retrosternal area ini ialah anatomical landmark bagi jantung. Reproduction organ yang terbentuk dari Wolffian duct, Müllerian ducts, dan gonad itu semuanya dari intermediate mesoderm yang terletak antara paraxial and lateral plate mesoderm sebelum mengalami proses decending. Dalam bahasa mudah, reproductive organ berada antara vetebral bone dan sternum. 

Maka apabila Quran menyatakan: 

(air mani itu) keluar (dari reproduction organ yang berasal dari intermediate mesoderm) dari antara sulbi ( berasal dari paraxial mesoderm) dan at-taraib ( berasal dari lateral plate mesoderm). 

Adalah merujuk kepada kedudukan reproductive organ sebelum decending. Bukak buku embrio, kalau nak faham detail. 

Baik, penjelasan mengenai ayat itu boleh dijelaskan dengan ilmu embriology. Namun kita bertanya pada diri. adakah kita boleh menerima penjelasan embriology ini sebagai kefahaman terhadap ayat Quran diatas? 

Syaikh Ali memberikan kunci bahwa jika itu adalah science, iaitu sesuatu yang telah dibuktikan dengan kajian dan diabsahkan (been proven scientifically), maka kita boleh terima tetapi jika itu hanya theory dan hypothesis yang barangkali ada lagi perbahasan dan kajian berkenaannya, maka kita KIV dulu diwaktu yang sama kita tetap beriman dengan ayat itu. 

Penjelasan mengenai ayat diatas saya perolehi dari Dr Abdul Fattah al-Ibiary semasa tahun 2 ketika dia syarah reproductive system, lebih specific tentang descending of reproductive organ. Seingat saya, itu bukan theory. Itu adalah ilmu (science) yang telah diakui oleh embriologist dan biologist. 

Kunci yang syaikh ali bagi ini penting bila kita berjumpa lagi ayat-ayat Quran yang seolah-olah contradict dengan science. Langkah pertama, pastikan itu adalah science atau tidak. Jangan pula theory dan hypothesis yang belum tentu lagi keabsahannya kita ambil untuk review pemahaman kita terhadap Quran. Maka katanya kita perlu bezakan apa itu science dan theory atau hypothesis yang merupakan satu proses untuk sampai kepada sciencetific fact. 

Biarpun sistem pendidikan perubatan modern mencabut nilai iman dalam pendidikan, tetapi alhamdulillah. Di mesir ini, masih ramai Dr yang tidak mengabaikan nilai iman itu. Ketika mengajar, mereka meletakkan iman itu dalam ilmu perubatan. Alhamdulillah. Dan buku-buku mengenai kejadian manusia terlalu banyak di kedai-kedai buku yang kebanyakan dalam bahasa arab. Ada sebuah buku embriology barat, yang menyelitkan setiap ayat Quran yang berkaitan embriology. Tajuk saya lupa, sape ingat tolong bagitau. Tapi buku ini tidak dicetak lagi dengan ayat Quran sekarang. (takut orang masuk Islam lah tue) Kalau nak cari, kena pegi A’ttabah sana, kat tempat buku-buku lama. Kalau jumpa lah. Yang menariknya antara funder percetakan buku itu ialah Osama Bin Laden..(tak taulah kalau orang lain kan). Hhmm...very interesting. 

Ilmu ini membawa kita kepada Allah...menambahkan keyakinan dan iman. Tetapi kerana bahana secular, ilmu kita terhenti di baris-baris tulisan sahaja. Sarjana Islam dahulu kerana mengenal tuhanl, mereka itu discover banyak benda. Tetapi kita lagi banyak discover lagi buta dari mengenal  tuhan. Memang sengal.  

Wallua'lam.

Abbas Lutfi

Manyal,Kaherah.


2 Comments:

At Monday, November 30, 2009, Blogger hamada hamdi said...

'Khairu ma tatlubuhu minhu ma huwa tolibun minka'

 
At Tuesday, December 01, 2009, Blogger SofwatunNil said...

@hamada hamdi
saya solute spring pada [Hamada] apabila menulis komen diatas.ayat itu penuh dengan ilmu. Cuba kita lihat sama-sama.
خير ما تطلبه منه ما هو طالب منك

خير: خبر للمبتدأ مقدم,
ما:اسم الموصول,
تطلب:فعل المضارع فاعله مستتر تقديره هي اي المرأة اللبنانية
ه:ضمير متصل يرجع إلى الجواب للسوأل
من: حرف الجر
ه: ضمير متصل يرجع إلى الشيخ علي جمعة
ما: حرف الإستفهام و هو مبتدأ
هو: ضمير منفصل يرجع إلى "ذوالحنين" وهو مبتدأ ثاني
طالب: خبر المبتدأ الثاني
منك: جر و مجرور متعلق ب "طالب"
الجملة من المبتدأ الثاني وخبره في محل خبر ل"ما"
و الجملة من المبتدأ الأول وخبره في محل خبر مأخر فأصل الكلام
ما هو طالب منك خير ما تطلبه منه
Apa hebatnya ayat ini?

• Didahulukan khabar kerana ingin memberi “penegasan” (taukid) tentang kebaikan. Dan ini adalah salah satu uslub taukid dalam balaghah. Quran byk gn uslub nie.
• Digunakan kalimat “tolab” dlm dua bentuk, satu isim fael (الطالب) dan satu dalam bentuk feel mudhori’ (تطلب) bagi menunjukkan kepelbagaian (tafannun) bentuk penggunaan isim dan feel dalam ayat.
• Digunakan dua kali huruf (ما)tetapi kedua-dua membawa makna yang berbeza.satu “maa mausul” dan satu lagi “maa istifham”.
• Disembunyikan faael dalam bentuk dhomir supaya pendek ayat tetapi padat. Dalam ayat sependek itu, ada 4 orang yang terlibat. Syaikh ali jumaah, wanita lubnan, dzuu hanin dan saya. Asal ayat itu akan berjela jika tidak disembunyikan fael nya :
خير ما تطلب الامرأة الجواب من الشيخ علي ما ذوالحنين طالب منك
A’jib…a’jib…. Allah yaftah alaik yaa ehmad. Allah yaftah alaik..
jenuh abg nak faham. :)tp byk abg dpt belajar. Barakallahu fiik.

 

Post a Comment

<< Home