Wednesday, March 14, 2007

Quran dan lafaz penggunaan jama'

عن الرّبيع بن أنس البكري احد التابعين رحمه الله مرسلاًّ قال : إنّ النَّصارى أتوا رسول الله فخاصموه عيسى ابن مريم, وقالوا له: من أبوه ؟ و قالوا على الله الكذبَ و البهتانَ.فقال لهم النبيّ : ألستم تعلمون أنّه لا يكون ولدٌ إلاّ و هو يُشبهُ أباه؟ قالوا: بلى,
قال: ألستم تعلمون أنّ ربّنا حيّ لا يموت, و أنّ عيسى يأتي عليه الفناء؟قالوا: بلى,
قال: ألستم تعلمون أنّ ربّنا قيّمٌ على كلّ شيءٍ يكلأه ويحفظه ويرزقه؟قالوا: بلى,
قال: فهل يملك عيسى من ذلك شيئاً؟قالوا: لا.
قال: ألستم تعلمون أنّ الله عزّ و جلّ لا يخفى عليه شيء في الأرض ولا في السَّماء؟قالوا: بلى,
قال: فهل يعلم عيسى من ذلك شيئاً إلاّ ما علّم؟قالوا: لا.
قال: فإنّ ربّنا صوّر عيسى في الرحيم كيف شاء , فهل تعلمون ذلك؟قالوا: بلى.
قال: ألستم تعلمون أنّ ربّنا لا يأكل الطّعام, و لا يشرب الشّراب, و لا يُحدثُ الحدث؟قالوا: بلى,
قال: ألستم تعلمون أنّ عيسى حملته أمّه كما تَحمل المرأة, ثُمّ وضعتْه كما تضع المرأة ولدها, ثُمّ غذّي كما تغذّي المرأة الصبيَّ, ثُمّ كان يطمع الّطعام, و يشرب الشّراب, ويُحدث الحدث؟قالوا: بلى.
قال: فكيف يكون هذا –إلهاً- كما زعمتم؟ قال: فعرفوا, ثمّ أبوا إلا جهوداً !. فأنزل الله عزّ و جلّ

أخرجه ابن جرير و ابن حاتم كما في ((الدر المنثور)) من أول سورة آل عمران


Hadith diatas adalah sebab kepada turunnya ayat awal surah Ali Imran yang telah diikrajkan oleh Ibn Jarir dan Ibn Hatim dalam tafsir Imam Suyuti yang dinaqalkan dari kitab

التصريح بما تواتر في نزول المسيح yang menerangkan hadith-hadith akhir zaman khususnya tentang turunnya Nabi Isa.

Hadith diatas sebagaimana yang diterangkan oleh Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam nota kaki pada kitab di atas menjelaskan perbahasan yang berlangsung antara Rasulullah dengan orang Kristian yang datang dari Najran yang mempunyai 3 kepercayaan berhubung dengan Nabi Isa:

1) Sekumpulan mereka mengatakan bahawa Nabi Isa itu tuhan dengan berhujah bahawa Nabi Isa menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan kusta, menyampaikan perkara-perkara ghaib, mencipta burung dari tanah yang kemudian ditiup lalu terbang. Semua yang berlaku itu adalah dengan izin Allah untuk menjadikan semua perkara itu tanda-tanda kekuasaan Allah pada manusia.

2) Sekumpulan mereka pula mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak tuhan dengan berhujahkan bahawa nabi Isa tidak mempunyai bapa dan berkata-kata dalam buaian.

3) Sekumpulan mereka pula mengatakan bahawa Nabi Isa itu yang tiga dalam satu (konsep trinity) dengan berhujahkan bahawa Allah berfirman dalam ayat Quran dengan menggunakan kata ganti jama’ (plural) . Jika Allah itu satu maka Allah pasti hanya menggunakan kata ganti mufrad (singular), oleh itu Allah itu (pada sangkaan mereka) ialah Dia, Nabi Isa, dan Maryam.

Maka berlakulah perbahasan antara mereka dan Rasulullah sepertimana dalam hadith diatas.

Selepas membacanya, saya merasakan banyak faedah yang diperolehi hasil komentar Syaikh Abdul Fattah dan jua uslub perbahasan yang berlangsung. Maka dibawah didatangkan beberapa faedah yang mungkin agar sukar untuk difahami kerana diterjemah dan diringkaskan daripada teks asal

Faedah pertama ialah pada masalah penggunaan lafaz jama’ dalam Quran .Disini saya naqalkan dan ringkaskan kalam Imam Suhaili pengarang kitab روضة الأنف yang menjelaskan dengan terperinci tentang kebatilan hujah ketiga yang berkaitan penggunaan lafaz jama’ dalam Quran.

Berkata Imam Suhaili bahawa hujah mereka itu ialah dengan menyandar kepada perkara yang mutasyabih iaitu perkara yang tidak didatangkan dalam al-Quran dalam bentuk yang jelas sepertimana ayat yang muhkam. Sepatutnya mereka mengembalikan keraguan mereka kepada ayat yang muhkam dan jelas seperti surah al-Ikhlas.
-Tambahan- kaedah yang sama masih digunakan oleh para mubaligh Kristian dalam meragukan aqidah umat ini dengan mendatangkan ayat-ayat Quran yang mutasyabih. Sungguh benar kata Rasul bahawa kekufuran itu adalah agama yang sama.

Dengan akal mereka cetek itu juga , mereka berhujah ke atas baginda nabi dengan Quran yang diturunkan kepada baginda. Sudah pasti Rasulullah lebih mengetahui apa yang diturunkan kepadanya kerana lafaz penggunaan bentuk jama’ ini merupaka majaz dalam Bahasa Arab dan Quran bukannya lafaz seperti Taurat atau Injil. Asal penggunaan majaz (pada konteks ini) dalam Bahasa Arab ialah jika suatu perutusan yang datang dari raja maka penggunaan kata-kata dalam perutusan itu digunakan dalam bentuk jama’ untuk menunjukkan bahawa kata-kata raja itu adalah perkara yang perlu dipatuhi. Maka Allah berbicara kepada bangsa Arab dengan al-Quran yang diturunkan dengan berdasarkan kaedah-kaedah bahasa mereka dalam percakapan. Maka datanglah lafaz pada Quran itu dengan bentuk perkataan atau perutusan yang datang dari Raja.

Penggunaan majaz tidak digunakan pada bahasa selain daripada Bahasa Arab. Selain itu, majaz yang digunakan dalam al-Quran yang didatangkan dengan mengikut hukum akal ; iaitu perkara yang ada sebab untuk dijelaskan kesesuaian penggunaannya dalam frasa Bahasa Arab tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Kalam Allah yang bersifat Qadim manakala majaz dalam Quran adalah lafaz yang diturunkan.
-Tambahan- Penjelasan Imam Suhaili pada menjelaskan bahawa majaz adalah lafaz yang diturunkan adalah untuk menyucikan Kalam Allah daripada tertakluk dengan sebarang kaedah. Sesungguhnya Kalam Allah itu bersifat Qadim yang tiada huruf,suara atau apa jua yang menyamai kalam makhluk. Lalu Imam Suhaili menjelaskan bahawa penggunaan majaz hanya digunakan pada keadaan tertentu. (kerana mempertahankan aqidah inilah Imam Ahmad diseksa)

Berkata Imam Suhaili : Oleh itu kita dapati jika Allah mengkhabarkan

(i) tentang kalam yang ditujukan pada nabi sebelum turunnya atau

(ii)menujukan kalamNya pada selain daripada orang Arab,

maka penggunaan majaz diatas tidak berlaku. Sebaliknya lafaz-lafaz itu turun dalam bentuk mufrad kerana Allah memberitahu tentang kalam yang tidak diturunkan dengan uslub atau gaya bahasa Arab. Allah swt tidak menceritakan tentang lafaz yang diturunkan iaitu bagaimana bentuk lafaz yang diturunkan pada nabi-nabi sebelum Rasulullah namun Quran menceritakan tentang makna kalam, maka penggunaan majaz tidak berlaku pada makna.

Faedah yang kedua pula ialah pada bentuk pendekatan berhujah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah ketika mematahkan hujah-hujah Kristian Najran. Jika kita dapati, Rasulullah hanya menggunakan kaedah logika (dalil aqli) ketika berhujah tentang perkara teras agama ini iaitu Aqidah. Oleh itu penggunaan dalil aqli yang digunapakai dalam manhaj ilmiah pendidikan Aqidah Ahlus Sunnah yang dipelopori oleh Imam As-Syaa’ri dan al-Maturidi adalah manhaj yang pernah digunakan bukan sahaja oleh salafusoleh bahkan Rasulullah sendiri. Penutup kepada perbahasan itu ialah dalil naqli yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Maka gabungan manhaj pendidikan aqidah yang mendatangkan dalil aqli dan dalil naqli daripada al-Quran dan Sunnah adalah manhaj yang diterima oleh umat ini.

Mentohmah para ulama yang menyebarkan manhaj ini dengan mengatakan bahawa manhaj berhujah dengan logika dan hukum akal adalah manhaj cedokan daripada ahli falsafah yang sesat adalah tohmahan taqlid tanpa melihat kepada usul dan teras manhaj itu diasaskan. Sesungguhnya dengan manhaj inilah aqidah umat Islam ini dipertahankan daripada serangan-serangan falsafah dan agama-agama lain.

Saya pernah mengemukan persoalan kepada Syaikh Saied Abdul Latif Foudah mengenai kesesuaian manhaj As-syaee’rah dan Maturidiah ini pada masa sekarang.memandangkan beberapa golongan yang menyimpang dari ahlus Sunnah seperti Muktazilah,Jabbariah dan Qadiriah tidak ada lagi pada zaman ini. Maka Syaikh Saied mengatakan bahawa, kitab-kitab aqidah mendatangkan dan menamakan kumpulan-kumpulan di atas adalah sebagai contoh maka dalam nama-nama itu mungkin telah tiada namun pendapat dan iktiqad mereka itu masih ada dalam kelompok-kelompok moden sekarang.
Sebagai contohnya ialah golongan yang menginkari azab kubur dengan berhujah bahawa bukan semua orang yang mati itu mempunyai kubur dan mempertikaikan hadith-hadith berkaitan azab kubur. Pendapat golongan ini adalah sama dengan kelompok Muktazilah yang mungkin telah tidak kita dengari sekarang sebagai sebuah kelompok namun iktiqad mereka yang sesat tetap ada dalam umat.
Sementara itu dalam konteks kesesuaian penggunaan manhaj, syaikh menjelaskan bahawa disana ada banyak sebab yang menyebabkan manhaj ini kelihatan lemah sedangkan manhaj pengajaran ilmu tauhid ini merupakan pegangan umat zaman berzaman dan menjadi suatu tanggungjawab kita dalam mengangkat martabat manhaj ini kerana para ulama telah menyusun dan merangka satu manhaj yang tidak mungkin mampu dirangka kembali oleh ulama terkemudian samada dari segi penggunaan istilah-istilah yang sangat teliti mahupun hujah-hujah dalam menangkis serangan terhadap aqidah umat. Mungkin dari beberapa sudut, ada perkara yang tidak sesuai untuk digunapakai dalam pendidikan aqedah namun usul manhaj iaitu penggunaan dalil naqli dan aqli dalam pendidikan aqidah adalah manhaj yang paling kukuh dalam mempertahankan aqidah umat.

Sunday, March 11, 2007

Syaikh Abdullah al-lahaji al-Makki

Disini dinaqalkan sebahagian daripada kisah mengenai hayat seorang ulama rabbani yang menjalani hidupnya dengan manhaj nabawi, al-alim al-allamah al-faqih as-syaikh Abdullah bin Saied al-Lahaji, seorang ulama yaman yang menetap di Makkah al-Mukarramah sehingga akhir hayatnya.

Berkata as-Syaikh Dr. Ahmad Abdul Aziz al-Haddad dalam kitab “Naswatu as-Syaji fii at-tarjamati syaikhina Abdullah bin Saied al- Lahaji” bahawa Syaikh Abdullah adalah seorang ulama yang sangat wara’. Beliau menyediakan bekalan untuk dunia ini seperti seorang seorang yang hendak bermusafir semata-mata. Beliau membahagikan pula rezeki yang diperolehinya kepada 3 bahagian:

1- Bahagian yang diambil daripada rezeki itu untuk diberikan makan kepada keluarganya. Dan bahagian ini ialah rezeki yang diperolehi dengan usahanya daripada mengajar ataupun yang dating daripada pemberian orang yang dipercayai (thiqah) agamanya dan wara’nya.

2- Bahagian yang lain pula digunakan untuk membeli kitab-kitab atau menyempurnakan keperluan hidupnya dan anak-anaknya tetapi bukan bahagian rezeki yang diguna untuk membeli makanan. Rezeki daripada bahagian ini adalah datang daripada orang yang diketahui ketaatannya pada agama dan amanahnya tetapi tidak tahu sejauh mana wara’nya.

3- Bahagian yang akhir ialah digunakan pada perkara-perkara yang selain dua perkara diatas.Ini adalah bahagian rezeki yg datang daripada orang yang tidak diketahui sejauhmana ketaatannya pada agama dan wara’nya.

(ada lagi jer org sewara' syaikh abdullah skrang?? jawabnya ADA...kita jer tak jmpa. )

Diantara guru-guru beliau di Makkah ialah
al-Allamah Syaikh Sayyed Alawi bin Abbas,
al-Allamah al-Fahhamah Syaikh Hasan Masyhat,
al-Allamah Sayyed Muhammad Amin Kitbi al-Makki,
al-Allamah musnid ad-Dunya Muhammad Yassin al-Fadani.

Diceritakan bahawa Syaikh Abdullah setelah berhijrah ke Makkah. Maka kehidupan sibuk dengan mengajar pelbagai ilmu di halaqah ilmunya berdekatan dengan Bab Umrah di dalam Masjidil Haram. Beliau mengajar feqh Syafie berpandukan matan Abi Syuja’ yang diulang beberapa kali agar penuntut ilmu betul-betul faham sebelum berpindah ke kitab Minhaj at-Tolibin karangan Imam Nawawi. Selain itu beliau juga mengajar kitab Nahu Namun pada 24 Sya’ban 1403 hijri (6 Jun 1983), syaikh mentawaqqufkan pengajian kitab minhaj itu pada bab waqaf dan kerana pengajian feqh Syafie tidak dibenarkan diajar lagi di Masjidil Haram. Maka sehingga kini….halaqah dan tempat mengajarnya tidak diganti oleh sesiapa.

Syaikh Abdullah al-Lahaji telah melahirkan ramai ulama yang mashyur. Boleh dikatakan semua ulama-ulama yang mengaji di Makkah merupakan anak murid beliau. Diantara mereka ialah
Al- Allamah Syaikh Muhammad bin Alwi al-Maliki, (telah meninggal)
al-Muhaddith Syaikh Mahmud Saied Mamduh, (ulama hadith yang menetap di dubai)
Syaikh Dr. Musa al-Humairi,(ulama emirates..pengarang kitab bidaah hasanah ialah salah satu usul daripada usul-usul pensyariatan....baca..baca..mmg jelas hurainnya)
Syaikh Dr. Ahmad Abdul aziz Al-Haddad.(ulama di Emiriah Arab Bersatu dan beliau mentahqiq banyak kitab. Tesis Phd nya adalah mengenai Imam Nawawi yang ada dijual di pasaran)

Tidak ketinggalan juga ialah al- Allamah as-Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari yang banyak memetik perkataan Syaikh Abdullah daripada kitab “Iidaah Qawaied Feqhiah” untuk dimuatkan dalam kitab yang dikarang oleh Syaikh Nuruddin sendiri iaitu Durar Sunniah fii Qawaeid Feqhiah.

Yang memberikan gelaran al-Allamah kepada Syaikh Nuruddin bukan saya, tapi Syaikh Dr. Ahmad Abdul Aziz al-Haddad sendiri dalam kitab yang saya sebutkan diatas. ini baru nama taqrir ulama terhadap ulama. ada sape2 ulama arab yg taqrir mufti perlis dgn allamah???? takdgr lagi kan... org awam (termasuk lah protaz) yer ramai kata dia alim. tp tak dgr plak mana2 ulama kat mufti perlis alim kan. akhir zaman.. yg tak alim dikata alim,yang alim dikata jahil.

schistosoma_malayi